Cara Mengatasi Masalah Sengugut Teruk Membantu Cepat Hamil

As salamualaikum semua  Masalah sengugut tidak dapat dipisahkan dengan wanita ketika tarikh datang bulan kunjung tiba. Sakitnya ada yang ibaratkan seperti saat ingin melahirkan..
Tidak tahu macam nak gambarkan sakit sengugut ni hanya tuhan yang Maha Mengetahui !! Ada wanita yang sememangnya mengalami masalah sengugut ni sejak zaman remaja sehingga berlarutan sehingga berkahwin. Bila sengugut ni menyerang apa kerja pun tak boleh buat dan banyak kerja terganggu sehingga suami terabai. 

 

Sengugut adalah satu kesakitan yang dialami di bawah perut atau saintifik di bahagian pelvis wanita. Apa yang ada di kawasan tersebut tentunya harta berharga seorang wanita seperti rahim, ovari, tiub fallopio.   Masalah sengugut yang dialami oleh wanita menyebabkan sakit kepala, muntah, loya, pening, sakit pinggang, cirit birit dan sakit belakang.

Wanita yang mengalami masalah sengugut apatah lagi sengugut teruk perlu tau komplikasinya kepada kesuburan. Sengugut boleh menyebabkan kesuburan anda terganggu dan mengalami tekanan yang berlebihan. Bila kesuburan terganggu pastinya peluang hamil juga tipis kan?? Bagi mereka yang ingin hamil, atasi masalah sengugut anda segera!

 

Ketika sekolah menengah Nur duduk asrama, ada kawan sebilik yang mengalami masalah sengugut yang sangat teruk ketika datang bulan.. Nur yang tengok memang kesian, di mana sampai satu tahap bila sakit sangat dia akan berguling-guling atas katil, hantuk-hantuk kepala ke dinding sambil menangis untuk menahan kesakitan sengugut yang amat teruk tu. 
Setiap kali datang bulan dia memang tak hadir ke sekolah dan ada sehingga dua hari. Selama mengalami datang bulan kawan Nur ni memang bergantung kepada pain killer warna pink tu untuk melegakan sakit yang di alami tetapi tidak lah sepenuhnya.
Kak Maria wanita yang saya kenali ini juga tidak lari daripada masalah sengugut yang sangat teruk umpama mengalami sakit saat melahirkan. Bukan itu sahaja beliau juga mengalami seperti terasa pinggang nak patah tau! Namun kini, semua masalah itu selesai.
Ingin ketahui bagaimana kak Maria ini mengatasi masalah sengugut teruk beliau tanpa pain killer dan secara semulajadi dan selamat jom tonton video ini. 
Alhamdulillah kini Kak Maria bebas daripada sengugut yang dialami, anda yang mengalami masalah sengugut teruk takkan nak biarkan masalah itu terus menganggu anda ye tak? takkan anda nak biar sakit anda terus melarat dan boleh menganggu peluang untuk hamil..

Cara Untuk Mengatasi Sengugut

1.  Minum air banyak dan kerap –  Minum air dalam kuantiti banyak dan kerap membantu anda melegakan sakit sengugut ketika datang bulan. Minumlah air suam ataupun air panas dapat melegakan kekejangan yang anda alami seterusnya melancarkan peredaran darah anda. Anda dinasihatkan untuk tidak
2.  Gunakan Pemanas – Anda boleh tuam bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang  anda menggunakan kantung pemanas, tuala direndam air panas ataupun tungku. Dengan cara ini, ia dapat melegakan kesakitan  sengugut anda dengan cepat dan berkesan. Malah pengaliran darah badan anda dapat berjalan lancar. 

3. Senaman – Amalkan senaman dalam kehidupan anda, dengan senaman yang dilakukan ia dapat mengelakkan anda mengalami kekejangan ketika datang bulan. Melakukan senaman seperti aerobik melancarkan peredaran darah dalam tubuh dan dapat menghasilkan endorfin yang mengurangkan masalah sengugut.
4. Pengambilan kalsium – Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan kalsium untuk mmberikan ketenangan dan menhindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan anda. 
5. Cara pemakanan – Banyakkan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Keperluan vitamin C dalam badan orang dewasa adalah 7 biji limau sehari. Kurangkan pengambilan garam ketika anda mengalami sengugut. Juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti jagung, bijirin dan oat.

6. Amalkan makanan tambahan (supplemen) – Bagi wanita yang mengalami masalah sengugut ambillah supplemen yang kaya dengan sumber Vitamin B6 dan Vitamin E  untuk mengelakkan ketegangan pada perut.

sms/whatsapp : 014 263 9901

COD Vitamin Shaklee : Ukay Perdana, Keramat, Gombak, Semenyih, Beranang dan Puncak Alam ( Selangor & Kuala Lumpur )

Pengeposan : Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s