Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut Mudah & Sedap

gambar hiasan daripada blog kak azlita masam manis

As salamualaikum semua !!

Sebenarnya bila bercerita bab kek Nur bukanlah penggemar kek yag fanatik dan paling tak gemar bila makan kek krim rasa melekat-lekat lemak pada lidah dan lelangit. Tapi bila cerita bab kek sarang semut atau kek gula hangus atau kek sarang lebah ni memang Nur terliur sangat.. 

Mula-mula Nur memang tak kenal pun kek ni tapi mak yang selalu beli masa Nur ikut mak ke kedai makan kami.. Mak selalu suruh Nur beli kek sarang semut katanya.. Walah memang sedap dan kenyal je kek ni.. Sejak hari tu Nur selalu mengidam kek ni walaupun tak pregnant..

Rasanya pun tak lah muat kenyal-kenyal gitu dan bila masa sendiri ni kita boleh kurangkan jumlah gula mengikut rasa yang kita suka sama ada manis atau kurang manis. Kali ni Nur mencuba resepi daripada blog kak azlita .

Sepanjang mengadun Nur menyimpan hajat dan impian (wahhh impian gitu) supaya kek ni menjadi. Dalam blog kak ita ni ada tips untuk kek sarang semut ni menjadi dengan lubang-lubang kita kena perap dalam 2-3 jam sebelum masukkan ke dalam oven. Tapi disebabkan Nur adun dah jadi Nur perap dalam 7-8 jam jugalah sebelum masak.

Esok pagi jam 5 Nur sudah masukkan adunan ke dalam oven dalam masa 45 minit. Bila bunyi oven jantung dup dap dup dap dan diri bermonolog sendiri bertanya jadi kah tidak kek hati aku ni. Alhamdulillah bila keluar menjadi kek cuma tidaklah secantik kek kak ita.

RESEPI KEK GULA HANGUS

resepi asal bonda kak Nor

1 1/4 cawan gula halus

1 cawan air panas

125gm butter

4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

 

Langkah pertama masukkan gula ke dalam kuali (Nur guna pan leper) untuk kita buat gula hangus. Ratakan guali di dalam pan dan biarkan dengan api yang perlahan. Tidak perlu kacau gula takut gula berketul-ketul dan jangan biarkan gula hangus. 

Apabila gula yang dimasak sudah cair baru tuangkan air ke dalam pan. Sekiranya anda menggunakan air panas percikan akan sedikit berbanding anda menggunakan air sejuk. Setelah sebati biarkan gula di dalam suhu bilik.  

Dalam periuk yang lain cairkan mentega dan biarkan sejuk dalam suhu bilik. Apabila kedua-dua bahan gula dan mentega sudah sejuk, bolehlah kita sediakan bahan-bahan seterusnya. 

Pecahkan telur dan kacau telur hingga kuning rata sahaja tidak perlu dipukul. Kemudian masukkan susu pekat yang juga dibiarkan dalam suhu bilik. kemudian masukkan esen vanila. Gaul sekejap sebelum masukkan tepung yang sudah diayak dan soda bikarbonat.

Akhir sekali masukkan gula hangus ke dalam adunan kek tadi. Nur perap selama 3-4 jam untuk mendapatkan sarang pada kek yang akan dihasilkan. Kacau rata 

masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan kertas pembakar dan disapu mentega. 

Sebelum masak kek ke dalam oven Nur panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 170c. Masak kek dengan 40 minit api bawah sahaja dan 5 minit api atas dan bawah. 

45 minit pastinya kek anda sudah masak sekiranya belum masak anda boleh masukkan kek ke dalam oven semula. 

Memang kek ni menjadi tetapi sedihnya Nur tidak sempat ambil gambar sebab kek ni di bawa ke sekolah untuk kawan-kawan. Lain kali Nur buat lagi kek ni, boleh lah Nur tepek kat sini. 

Terima kasih kak Azlita dan Kak Nor atas sumbangan resepi. 

Ok lah sampai sini dulu.. Jumpa lagi.. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s