7 Tips Untuk Cepat Hamil Elak Mak Mertua Kerap Bertanya

As salamualaikum…

7 tips cepat hamil
Apabila berkahwin tentunya salah satu tujuan pasangan itu untuk berkahwin dan mendapatkan zuriat. Tapi apa yang dirancang tidak mampu menguasai ketentuan Allah. Sekiranya Allah masih belum memberi kita rezeki yang bernama zuriat ia tentu tidak berlaku..Menanti kehadiran cahaya mata bertahun-tahun tentunya mengundang rasa sedih dan kecewa apabila ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif.
Nur faham perasaan anda tetapi tidak salah untuk terus berusaha dan mencuba pasti nanti akan ada sinar bahagia untuk anda dan pasangan. Pastinya semua tahu rezeki, jodoh dan maut adalah ketentuan Allah yang kita tidak tahu bila semua akan berlaku namun sebagai hamba yang yakin dengan ketentuan Allah percayalah sesungguh setiap anda mempunyai rezeki masing-masing yang Allah telah ditetapkan
Hari ini Nur ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk cepat hamil , DIINGATKAN perkongsian Nur adalah salah satu usaha yang boleh anda lakukan bukan bila tak jadi salahkan Nur ye.  .

.

Nasihat pertama Nur, nikmatilah kebahagiaan berdua ini selagi Allah belum memberikan zuriat, berhentilah daripada terus tertekan dengan masalah ini tetapi berusahalah dengan pelbagai kaedah antaranya kaedah moden atau tradisional. Malah anda boleh cuba mengamalkan set kesuburan Shaklee salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat atau cara cepat hamil.
TIPS UNTUK CEPAT HAMIL : 

BERDOA1. BANYAKKAN BERTAUBAT & BERISTIGHFAR (Orang Islam)

  • Memohon keampunan kepada Allah atas kesalahan yang anda lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Mungkin kesukaran anda untuk hamil adalah kifarah dosa yang kita lakukan pada masa lalu. Selain itu anda boleh memperbanyakkan puasa sunat sebagai salah satu ikthiar yang anda boleh lakukan untuk hamil. 

2. BERDOA

  • Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin jadi mohonlah, merayulah kepada tuhan tanpa jemu. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. Kita hanya merancang selebihnya itu semua urusan Allah oleh itu lengkapkan usaha anda dengan doa yang penuh pengharapan kepada Allah. 

3. KITARAN HAID

  • Bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid tidak teratur akan menyebabkan anda sukar untuk mengira waktu subur anda. Tubuh badan juga memainkan peranan dalam kitaran haid di mana tubuh yang terlalu kurus atau yang terlalu gemuk akan menganggu kestabilan hormon yang menjadi penyebab kitaran haid tidak teratur. Ingin mengetahui waktu subur boleh picit-picit link seterusnya CARA MENGIRA WAKTU SUBUR

4. POSISI KETIKA BERSAMA

  • salah satu cara untuk anda cepat hamil di mana pakar kesuburan banyak berpendapat bahawa posisi suami di atas ketika bersama adalah cara terbaik dan membeikan peluang terbaik untuk kehamilan berlaku berbanding posisi yang lain. Dengan posisi tersebut anda sebagai wanita boleh meletakkan bantal di bawah punggung bagi memudahkan servik menampung sperma yang banyak. Disarankan wanita untuk tidak bergerak dalam 10-20 minit selepas ejakulasi pasangan terjadi.

5. MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

gaya hidup yang sihat

  • Gaya hidup yang sihat bukan sahaja wanita tetapi bagi lelaki juga perlu dan dilihat sebagai perkara yang serius. Bagi suami yang merokok sebaiknya anda berhenti merokok agar usaha untuk mendapatkan anak lebih mudah.
  • Lakukan senaman secara berkala untuk dapatkan badan yang sihat dan memudahkan untuk anda mudah hamil.
  • Elakkan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan tinggi gula dan karbohidrat terutama makanan ringan yang akan menghasilkan kualiti telur yang kurang berkualiti. Makanan serat yang diambil membantu mendapatkan kehamilan yang sihat.

6. DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL 

  • Berat badan juga boleh mempengaruhi kesuburan seseorang terutama wanita di mana bagi wanita yang berbadan besar mempunyai risiko menghidap penyakit endosmetrosis
  • Manakala bagi lelaki kekurangan berat badan akan menyebabkan penghasilan sperma berkurang dan sedikit manakala bagi wanita kekurangan berat badan atau terlebih berat badan akan menyukarkan pembuahan telur dan ia akan menjadi masalah ketika hamil. 

7.PEMAKANAN 

gaya hidup sihat

  • Makanan tambahan (Supplemen) atau mengambil makanan yang mempunyai zat-zat yang berkhasiat dan membantu meningkatkan kesuburan penting untuk anda. Sekiranya anda mampu mendapatkan nutrien lengap daripada makanan, makanan tambahan tidak perlu diambil tetapi kini mustahil anda mendapatkan semua zat yang diperlukan tubuh daripada makanan.
  • Antara makanan yang menyumbang kepada kesuburan antaranya vitamin C, (meningkatkan kualiti sperma) Vitamin D, Vitamin E ( baik untuk kesuburan lelaki dan wanita) , Asid folik baik untuk wanita yang ingin hamil untuk mengelakkan bayi bakal dilahirkan mengalami kecacatan. 

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini dari Nur, lain kali kita jumpa lagi.. Nur berharap tips yang dikongsikan ini dapat membantu merealisaikan impian anda dan yang paling penting teruskan berdoa dan sentiasa berfikiran positif!! Anda mampu menangani Insha Allah..

Advertisements