6 Tips Didik Anak Tentang Penjagaan Kebersihan Diri

As salamualaikum

Bila bercerita bab anak semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah serta penyejuk mata pelbagai didikan yang kita perlu terapkan dalam kehidupan mereka. Didikan hendaklah bermula daripada anak itu kecil, kata pepatah biarlah melentur buluh daripada rebungnya.

berus gigiBermula dengan berjalan, bercakap, makan dan sebagai. Setelah anak sudah mula pandai berdikari anda boleh memulakan atau memperkenalkan amalan kebersihan dalam aktiviti seharian mereka. Amalan kebersihan merupakan salah satu asas yang penting dalam kehidupan yang perlu diberi penekanan bagi memudahkan anak anda pada masa depan.

Pada peringkat ini juga si manja anda sudah mula dan mampu mendengar arahan yang dan berilah arahan yang mudah-mudah supaya mereka mudah untuk memahami dan melaksanakannya. Jangan pula mendidik anak dengan cara kasar kerana ia sukar untuk diserap dan diikuti anak anda. Kalau Nur pun malas nak dengar arahan dengan cara yang kasar.

Oleh itu, tiba masanya anda memulakan langkah mengajar mereka tentang kebersihan yang perlu diamalkan. Sebagai ibu atau ayah anda perlu bijak dan kreatif untuk menarik anak anda dari segi penjagaan kebersihan diri walaupun dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Penerapan nilai kebersihan ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan si manja anda dan mengurangkan risiko terkena pelbagai penyakit dan jangkitan. Antara tips yang boleh anda gunakan untuk mendidik anak anda tentang penjagaan kesihatan antaranya :

didik anak bersih

  1. Ajarkan anak anda basuh tangan selepas melakukan apa-apa aktiviti terutama setiap kali selepas menggunakan tandas dan terdedah kepada benda-benda kotor. Selain sabun anda juga boleh memberi anak anda menggunakan pembersih tangan tanpa bilas (hand sanitizer)yang boleh membunuh kuman penyebab penyakit
  2. Anda boleh memberitahu anak agar mereka tidak berkongsi cawan, tuala, berus gigi, barang-barang peribadi mereka dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan penyakit berjangkit.

    Didik anak tentang kebersihan
    Didik anak tentang kebersihan
  3. Latih anak anda agar menggunakan tisu atau sapu tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin. Beritahu anak anda kepentingan menutup mulut dan cara yang betul menutup mulut menggunakan tisu atau sapu tangan mereka. Ingatkan anak anda sekiranya menggunakan tisu, tisu tersebut perlu dibuang ke tong sampah setiap kali setiap kali setelah digunakan.
  4. Mengajar anak anda membasuh tangan selepas selesai bermain dengan haiwan peliharaan bagi mengelakkan penyakit yang tidak dijangka.
  5. Memberitahu anak anda bahawa makanan yang sudah jatuh ke lantai tidak boleh diambil kerana lantai tersebut mempunyai pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

kebersihan di tandas

  1. Ajar anak anda untuk memberitahu sekiranya mereka membuang air kecil atau membuang air besar secara tidak sengaja. Juga tidak boleh menyentuh darah atau najis orang lain.

Anda perlu ketahui bahawa kebanyakkan penyakit boleh berjangkit melalui agen sentuhan dan cecair badan. Antara penyakit penyakit berjangkit tersebut adalah penyakit mulut, kuku dan mulut, hepatitis B, keracunan makanan dan banyak lagi.

Bagi anda sebagai ibu bapa, kebersihan adalah perkara yang penting untuk menjamin kesihatan anak anda.. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendidik anak anda tentang kebersihan., Insha Allah.

Semoga berjumpa lagi 😉

Advertisements

One thought on “6 Tips Didik Anak Tentang Penjagaan Kebersihan Diri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s