Resepi Lala Masak Pedas Menu Berbuka Puasa

As Salamualaikum,

Lala masak pedas

Walaupun baru 17 ramadhan kita menyambut bulan ramadhan tetapi Nur dah semakin buntu untuk memikirkan menu yang perlu disediakan untuk berbuka puasa hari ini.. Tengok punya tengok masa ke NSK hari tu Nur teringin nak makan lala, sepanjang perkahwinan tiga tahun lebih sebenarnya Nur tidak pernah masukkan makanan lala dan kumpulannya masuk ke rumah untuk di masak..

Kali ni, entah tangan ni terasa nak ambil je lala yang di bungkus dalam plastik dengan nila RM6+ sahaja. Nur tak tahu sama ada lala tu murah ke tidak lah sebenarnya.. Panjang pula Nur bercerita tentang sejarah lala ni.. Bagaimana anda hari ini? sudah bersedia untuk berperang didapur?

Fikir dari tengahari tadi akhirnya Nur memilih masakan jenis pedas sebagai menu makanan berbuka kami hari ini.. Dalam 20 minit lahirlah makanan yang dinamakan Lala masak pedas ini..Jom kita terjah bahan-bahan dan cara memasak menu ini.. Mudah dan cepat untuk dihidangkan.. Resepi Nur kongsi daripada blog kak Azlita

BAHAN-BAHAN : 
Resepi Oleh : Dj Dayang Jack

250 gram lala ~ cuci bersih
1 sudu besar cili giling
5 biji cili api ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk atau hiris halus
1 cm halia ~ di ketuk atau hiris halus
1 batang serai ~ diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 helai daun limau purut ~ di siat-siat atau hiris halus
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit daun bawang atau daun sup ~ di hiris ita letak daun ketumbar
sedikit garam
minyak untuk menumis

photo_2015-07-03_22-08-05

Sebelum masak jangan lupa ye basuh bersih-bersih lala ni..Makanan berasal daripada laut ni faham2lah serasi dengan pasir.

Kemudian, Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga naik bau
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut.
Kacau sebati.
Masukkan lala dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
Hidangkan setelah masak.

Emmm resepi ni memang sedap, suami pun menjilat-jilat tangan tau.. Nak masak pun tidak sesusah mana dalam 5-10 minit tadaaa siap!!

Ok lah setakat ini je perkongsian Nur kali ni.. Lain kali kita jumpa lagi ye..

Advertisements

5 thoughts on “Resepi Lala Masak Pedas Menu Berbuka Puasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s