Misi Mencari Kelengkapan Baju Raya Tidak Sengaja

As salamualaikum.

Jumaat selepas berbuka dah ingatkan suami sabtu nak ke perpustakaan negara kebetulan sabtu minggu ni sang suami bekerja, kebetulan lalu jalan yang sama jadi Nur malas nak memandu takut jalan jem.. Sebelum ke perpustakaan, suami kena tengok site di Ampang yang menempatkan bangunan baru di Glenangles.. Melawat tapak dan tengok pekerja membuat kerja barulah kami bergerak ke perpustakaan Negara.

Tepat jam 10.35 pagi kami sampai di depan pintu pagar perpustakaan, pintu pagar tertututp dan ramai budak remaja berada di luar bangunan tersebut, aiii dalam hati tutup ke perpustakaan ni..

Suami : pergilah awak tanya pak cik tu tutup ke hari ni?

Saya : “Pak CIk library tutup ke hari ni? (saya pun pergi ke pintu pagar tu)

Pak cik guard tu menjawab : “”Ya, hari ni kan Nuzul Al-Quran

Ya Allah, astagfirullah azim boleh aku lupa hari ni  cuti sempena hari Nuzul Al-Quran..Bukan tak ingat hari tu tapi tak ingat perpustakaan cuti hari ni.. Sang suami confirm memang tak cuti, maklumlah bekerja dengan bos cina la katakan. Nampaknya bila kes macam ni Nur kenalah ikut suami melawat tempat site yang telah dia jadualkan.. Panaslah punggung duduk dalam kereta.

suami di site

Dari Ampang ke Petaling Jaya jumpa klien dan akhirnya ke Kuchai Lama tengok pekerja dan berbincang masalah site.. Wahh hari ni tak jadi kerja la jawabnya.. Disebabkan sang isteri ini telah menemaninya kerja, hadiahnya adalah shopping ke Jakel.. (macam hebat sangat je tempat shopping kan)..

Dalam jam 1.30 petang sampai Jakel, kita solat dulu lah, dekat Jakel ni ada dua surau perempuan satu aras G dan satu aras 5 manakala surau lelaki berada pada tingkat 5 dan keluasannya agak besar. Setiap tingkat terdapat tandas perempuan dan tandas lelaki jadi tak perlu risau kalau sakit perut ke apa kan. \

surau jakel

Sebenarnya Nur tak de lah nak shopping baju raya, sebab baju raya Nur jahit sendiri dan kain pun hujung tahun lepas dan beli tapi sampai sekarang tak mula lagi potong. Bila sampai je ada promosi karpet memang murah2 la karpet ada potongan 50% hingga 70%..Suami dah pandang-pandang gitu!

karpet di Jakel

Memang luas kawasan Jakel Mall, Kuala Lumpur yang baru ni.. Tapi bila Nur dan suami turun bawah wauuu terdapat ramai orang yang sedang berpusu-pusu datang,nasiblah Nur datang awal kalau tak boleh pengsan dengan keadaan sesak dan berhimpit2. Nak naik lif bersesak-sesak Nur buat keputusan mengunakkan escelator walaupun sesak tapi masih boleh berjalan..

Opss lupa pula tujuan Nur datang ke sini sebenarnya untuk membeli border lace untuk baju Nur yang kosong dari atas hingga bawah juga nak beli kain most crepe buat tudung. Kain tudung tak de yang berkenan. Lama juga lah nak pilih Nur suka design tu, suami tak suka, suami suka, Nur pula tak suka, Pilih punya pilih akhirnya Nur dan suami jumpa border lace yang dua-dua serasi dan cita rasa pun sama.. Tapi harga boleh tahan la border lace tu, jurujual kata design baru.. Mula-mula harga RM32 semeter, minta kurang dapatlah RM30.

koleksi terbaru

Selain itu, pelbagai koleksi terbaru yang menjadi rebutan orang ramai berkunjung ke Jakel ini antaranya keluaran sempena hari raya baju melayu Upin Ipin dan baju raya Che Ta serta baju melayu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad..

Misi mencari border sudah selesai,terbeli pula cadar sulam. Dalam hati kena keluar cepat ni, kalau tak akan mengalirlah duit bagai air yang deras. Bila keluar terus menuju ke bahagian karpet yang boleh dikatakan memang murah jugalah.. akhirnya duit melabur ke dua karpet..
Ramai orang tengah shoppingDengan letih dan keadaan orang ramaiNur ajak suami balik, memang tak selesa dengan keadaan ramai orang membuat badan penat dan rasa rimas.. Masa nak balik tu makin ramai pengunjung yang memasuki pintu Jakel.. Tak kuasa Nur kalau makin lama di situ..

Ok lah sampai sini dulu perkongsian Nur hari ini.. Nikmatilah beberapa hasil tangkapan Nur dan suami di Jakel..

Advertisements

2 thoughts on “Misi Mencari Kelengkapan Baju Raya Tidak Sengaja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s