7 Langkah Marmet : Kaedah Memerah Susu Ibu Yang Efektif

As salamualaikum

bf mommy

Kini kerajaan Malaysia memandang berat mengenai penyusuan susu ibu dan ekoran hal ini kebanyakkan hospital dan klinik membuat kempen penyusuan susu ibu.. Bagi ibu yang pertama kali berpengalaman untuk melahirkan pastinya masih kabur tentang kepentingan susu ibu untuk bayi mereka..

Pasti ada ibu-ibu yang mencari-cari langkah memerah susu yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang banyak kan? Banyak pahala ibu-ibu yang memberi susu ibu kepada si kecil mereka jadi jangan berputus asa teruskan usaha ye..  Haaa disebabkan itu juga, Nur terpanggil untuk berkongsi dengan anda teknik terbaik untuk memerah susu ibu anda..

Terdapat dua kaedah untuk mengumpul perahan susu ibu iaitu cara pam atau menggunakan tangan.. Jadi bagi anda yang baru anda boleh memilih teknik penyusuan anda.. Namun anda disarankan untuk mengetahui 2 kaedah ini bagi mengelakkan masalah lain.. Teknik terbaik memerah susu ibu adalah TEKNIK PERAHAN MARMET..

happy bf

Sebagai ibu anda disarankan untuk mengetahui cara memerah susu ataupun MARMET.. Hal ini bagi mengelakkan masalah disebabkan oleh pam payudara anda rosak ataupun lupa dibawa bersama anda.. Walaupun terdapat masalah sebegitu anda boleh memerah susu untuk si manja anda..

Pada awalnya  mungkin teknik MARMET agak leceh tetapi bila ibu menggunakan teknik ini dengan betul dan melakukan perahan banyak kali ia diakui membantu ibu mengumpul susu ibu tanpa bergantung kepada pam payudara semata-mata.. 

Apa yang menarik teknik ini adalah lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu ibu lebih lancar dan ia juga dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam dan mengelak kulit sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam payu dara yang keterlaluan.. 

Langkah 1 

  • Lakukan pegangan bentuk C dengan meletakkan ibu jari anda lebih kurang 1sm daripada aerola dan jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah payu dara.. Dalam pada itu, anggaplah payu dara anda seperti jam di mana arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada dalam posisi jam 6..

Langkah 2 

  • Tekan payu dara anda secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah.

Langkah 3 

  • Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting kemudian lepaskan.. Ulang kaedah tersebut dengan melakukan pergerakan picit kemudian lepas , picit dan lepas..

Langkah 4

  • Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran  susu anda mula berkurangan.. 

Langkah 5 

  • Setelah selesai alihkan posisi ibu jari anda  ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7. Manakala jari tengah pula ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah dari langkah 1 hingga 4  supaya saluran susu anda dapat diperah sepenuhnya dengan sebaik mungkin.. 

Langkah 6 

  • Tadah susu ibu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan susu ibu yang bersih.. 

Langkah 7 

  • Alihkan jari anda pada payu dara yang satu lagi sekiranya susu badan anda telah kosong dengan sebaik mungkin.. 

Diharapkan semoga tips ini membantu anda untuk memberi susu ibu kepada anak anda secara ekklusif sehingga enam bulan ataupun boleh berterusan sehingga 2 tahun. Yang pastinya kerana khasiat yang terdapat pada susu ibu sangat penting untuk kesihatan menyeluruh anak anda secara menyeluruh..

Selamat berjaya!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s