5 Kumpulan Makanan Baik Untuk Anak Anda

As salamualaikum

nutrisi-sehat-dari-makanan-yang-bisa-buat-otak-anak-makin-cemerlang

Zat makanan yang diberikan kepada anak adalah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu mahupun ayah dalam kelangsungan hidup mereka. Makanan yang diberi membantu dalam proses perkembangan otak dan tumbesaran tubuh terutamanya anak anda. Jadi jangan ambil mudah tentang pemakanan anda anda sejak bayi lagi.

Zat makanan boleh diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari namun kuantiti makanan yang sedikit menyebabkan berlakunya kekurangan zat makanan. Bagi memastikan keperluan zat makanan yang lengkap, penting untuk ibu dan ayah mempelbagaikan makanan untuk mereka dan juga anak itu sendiri.

Namun hari ini banyak makanan yang telah diproses adakah makanan yang diproses baik untuk diamalkan? Bagi anak anda yang tidak memilih dan cerewet dalam makanan tidak sukar untuk anda berikan makanan yang segar dan tidak diprose untuk mereka. Tetapi agak sukar bagi anak yang cerewet makanan kerana mereka akan memilih makanan yang digemari sahaja.

makanan-yang-sehat-untuk-bayi-e1416097914263-614x424Oleh itu, bagi mengurangkan risiko anak anda mengalami masalah kekurangan zat, anda boleh menjadikan makanan yang diproses dan diperkaya sebagai makanan alternatif. Namun ibu dan ayah perlu peka dengan makanan yang diperkaya itu, sebelum membeli pastikan anda memeriksa label kandungan makanan tersebut. Walaupun makanan yang diproses dan diperkaya diperkaya dengan zat besi namun kebanyakkan bijirin mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Antara makanan yang diperkaya @ diproses :

  1. Roti, nasi, bijirin – Mengandungi Zat besi, Vitamin B (Tiamina, Riboflavin & Niasin)
  2. Jus Oren, Susu Soya – Kalsium
  3. Susu formula , susu diperkaya – Zat Besi
  4. Susu & Marjerin – Vitamin A & D

Pengambilan makanan yang diperkaya membantu anak anda daripada jatuh sakit dan juga membantu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal secara menyeluruh. Oleh itu usahakan anak anda untuk makan makanan yang pelbagai yang penting mengandungi zat yang diperlukan. M

Sumber semulajadi adalah lebih baik sekiranya anda boleh berikan kepada anak anda. Antara makanan baik untuk anak anda :

1. Makanan Yang Mengandungi Vitamin A (Karotena)

  • Kepentingan : Untuk penglihatan, tumbesaran dan menentang penyakit
  • Sumber : Lobak merah, mangga, labu, sayuran hijau, ikan, susu, telur, bayi dan kailan
  • Kekurangan : Rabun malam, sakit kulit, cirit birit, campak, penurunan sistem imun
Makanan Bergizi untuk Anak Anak
Makanan Bergizi untuk Anak Anak

2.  Makanan Yang Mengandungi Vitamin B1 (Tiamina) 

  • Kepentingan : Untuk kesihatan darah dan penghadaman
  • Sumber : bijirin, roti
  • Kekurangan : Lesu, sembelit, hilang selera makan

3. Makanan Yang Mengandungi Vitamin B2 (Riboflavin)

  • Kepentingan : Menentang penyakit dan membantu tumbesaran
  • Sumber : Kekacang, susu, daging, ikan, legum, sayuran berdaun
  • Kekurangan : Masalah mata, sakit lutut, rambut gugur, keradangan mulut dan lidah.

4. Makanan Yang Mengandungi Zat Besi 

  • Kepentingan : Membantu perkembangan otak, menentang penyakit, membawa oksigen dari peparu ke sel badan.
  • Sumber : Daging, ayam, hati, kuning telur dan sayur hijau
  • Kekurangan : Anemia, kelesuan dan kurang tumpuan

images

5.  Makanan Yang Mengandungi Zink 

  • Kepentingan : Mengekalkan kesihatan sistem imun, mengurangkan risiko masalah kulit
  • Sumber : Daging, ikan, ayam, tiram, dadih, brokoli dan kekacang
  • Kekurangan : Tumbesaran perlahan, luka lambat sembuh, rambut gugur dan kurang daya tahan.

Haaa tidaklah susah mana kan apatah lagi untuk anak kesayangan anda.. Pemakanan yang bersih dan halal juga menjadi faktor perkembangan anak anda pada masa akan datang. diharapkan perkongsian sedikit ini membantu anda memberi makanan yang berkhasiat untuk anak syurga anda..

Selamat beramal dan menempuhi malam lailatul-qadar dengan enjin yang laju!

Advertisements

2 thoughts on “5 Kumpulan Makanan Baik Untuk Anak Anda

  1. Jenuh nak suruh anak makan sayur..huhu. Selalu memang ganti dengan benda lain la utk penuhi keperluan yang diperlukan. Biasanya amik Meal Shakes Shaklee ganti sayuran yang dia tak suka makan tu.. Alhmdulillah kalau Meal Shakes laju saje..^_^

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s