9 Cara Cepat Hamil Dari Perspektif Perubatan

As salamualaikum

set-kesuburan-wanita-shaklee-berjaya-hamil

Walaupun kehamilan merupakan kekuasaan Allah SWT, tetapi sebagai hambaNya kita tidak boleh pasrah dan mengharapkan keajaiban semata-mata tanpa terbit rasa ingin berusaha untuk kehamilan yang diinginkan. Pelbagai cara yang boleh anda ikthiar untuk segera hamil yang penting jangan melanggari syariat..

Biarlah apa orang nak pandang apa yang orang nak kata, bagi Nur bagi orang yang suka berkata dan mengata dia tidak percaya pada ketentuan Allah, semua rezeki, jodoh dan maut ditangan Allah, usaha macam mana pun kalau Allah masih belum izinkan, ia tetap bukan milik kita.

Jom kita tengok beberapa tips dari segi perubatan yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri agar segera hamil.. Antara Cara Cepat Hamil :

1. Periksa Keadaan Kesihatan Anda

  • Sebelum anda melakukan apa-apa rawatan, pertama anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan meliputi tubuh sendiri, sistem kesuburan, status kesuburan dan sebagainya.
  • Pemeriksaan ini perlu dilakukan oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri.
  • Ia adalah proses penting dalam kehamilan, sekiranya terdapat masalah rawatan kesuburan perlu dilakukan.
  • Sekiranya anda dan suami sihat, anda boleh menggunakan tips-tips seterusnya.

2. Ketahui Masa Subur Anda 

KitaranHaid-Subur

  • Bagi wanita masa subur ditandai dengan kenaikan tahap hormon Luteinizing (LH) yang berlaku sebelum ovulasi di mana berlaku pelepasan sel telur daripada ovari.
  • Kenaikan LH akan mendorong sel telur keluar dari ovari menuju ke tiub fallopio. Pada tiub ini berlaku pembenihan antara ovum dan sperma.
  • Waktu subur adalah keadaan di mana telur bersedia untuk disenyawakan dan ia berada selama 3-4 hari di dalam tiub fallopio.
  • Waktu terbaik telur disenyawakan adalah dalam tempoh 2 hari.

3. Ketahui dan Elakkan Masalah Kesuburan 

  • Masalah kesuburan berlaku akibat gangguan reproduksi (pembiakan) pada wanita.
  • Manakala masalah ini berlaku kepada lelaki di mana berlakunya penurunan kualiti dan kuantiti sperma lelaki.

4. Waktu Terbaik Untuk Pembenihan 

  • Suatu yang penting untuk mengetahui waktu terbaik untuk melakukan pembenihan adalah pada waktu subur atau ovulasi seseorang wanita tersebut.
  • telur yang matang hidup sekitar 24 jam sahaja manakala sperma hidup selama 48 jam hingga 72 jam dalam tubuh wanita.
  • Oleh itu, waktu terbaik untuk melakukan hubungan adalah sebelum ovulasi daripada selepas sehari atau dua hari selepas ovulasi.

5. Kekerapan Hubungan Seksual 

  • Kekerapan untuk melakukan hubungan seksual adalah bergantung kepada pasangan masing-masing.
  • Apa yang penting adalah kekerapan anda melakukan hubungan seksual pada waktu terbaik untuk pembenihan isteri.

6. Suami Elakkan Memakai Seluar Yang Ketat

  • Seelok-eloknya para suami perlu mengelak dari memakai seluar yang terlalu ketat
  • Juga elakkan mandi air panas
  • Ia menyebabkan penurunan potensi kehamilan kerana proses penekanan atau kepanasan pada testis lelaki yang menghasilkan sperma.

7. Mengamalkan vitamin

set kesuburan

  • Untuk cepat hamil, mengambil vitamin mahupun pelbagai jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan bagi kesuburan adalah sangat penting untuk anda dan pasangan.
  • Vitamin C = meningkatkan kualiti sperma (1000mg)
  • Vitamin D = Meningkatkan kesuburan lelaki dan Perempuan (10mcg)
  • Wanita yang mengambil sesuatu yang masam memiliki potensi hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya.= Berperanan penting dalam penghasilan otak kepada janin

8. Gunakan Posisi Badan Yang Tepat 

  • Pakar kesuburan berpendapat bahawa posisi bahawa posisi badan lelaki sewaktu melakukan seks memberikan peluang terbaik untuk wanita hamil.
  • Untuk lebih efektif, wanita boleh meletakkan bantal di bawah pinggulnya sehingga bahagian serviks. (pangkal rahim). Ia bertujuan untuk menampung lebih banyak sperma
  • Letakkan bantal setelah ejakulasi berlaku antara pasangan, selama 10-20 minit dalam keadaan wanita tetap dalam posisi berbaring
  • Jangan melakukan banyak pergerakan kerana dalam waktu tersebut air mani akan mencair, jika banyak bergerak air mani akan mengalir kembali ke luar (faraj).
  • Pengaliran semula air mani ke faraj akan menyebabkan keadaan lembab yang membuatkan sperma menjadi lemah dan mati
  • Ia juga adalah salah satu usaha agar rahim wanita dapat dijaga dengan baik

subur-hamil2

9. Hadirkan Suasana Santai Ketika Berhubungan 

  • Pasangan suami isteri digalakkan melakukan hubungan dalam keadaan santai dan romatik.
  • Apabila tiba waktu subur rancanglah untuk melakukan hubungan intim dalam tempoh masa yang mencukupi.
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan dalam keadaan penat
  • Sekiranya anda melakukan sesuatu aktiviti, berilah masa untuk anda mendapat kesegeran pada tubuh anda.
  • Jangan stress dan mengharapkan sangat2 hubungan kali ini membuahkan hasil sahaja.

Beberapa tips yang Nur kongsikan ini boleh diamalkan tetapi apa yang penting adalah terus berdoa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah yang menentukan. Jangan berhenti berharap kerana setiap orang mempunyai rezekinya masing-masing.

Think-Positive

Walaupun apa orang kata, biarkan ia berlalu bagai angin kerana sekiranya kita yakin Allah itu Maha mendengar kita tidak perlu mengambil apa yang orang kata.. Oleh itu, lengkaplah usaha anda dengan pengharapan doa yang tidak pernah putus agar diberkati oleh Allah agar cepat dalam mendapatkan zuriat.

Doa adalah senjata orang mukmin yang mungkin, dengan doa yang mustahil akan menjadi kenyataan. Jadi jangan sedih, jangan kecewa tau Allah sentiasa bersama anda menguji sejauh mana hambaNya yakin dan bergantung kepada Nya.

Selamat menemui malam lailatul Qadar, ambil keberkatan bulan ramadhan untuk merintih dan menangis kepada sang pencipta.. Selamat beramal!

Advertisements

2 thoughts on “9 Cara Cepat Hamil Dari Perspektif Perubatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s