Tips Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki Dalam Perkahwinan

As salamualaikum…

Sebelum hamil lagi pastinya sang isteri adalah individu yang sudah merancang-rancang jantina anak yang bakal dikandung sama ada perempuan atau lelaki tetapi ada juga sang suami yang terlebih teruja bila bercerita bab jantina anak. Namun perlu diingat apabila anak yang dikandungkan tidak seperti yang anda jangkakan janganlah kita berasa kecewa kerana dalam islam sendiri mengajar kita bersyukur dengan pemberian yang Allah telah berikan kepada kita..

tips mendapat anak perempuan @ lelaki
tips mendapat anak perempuan @ lelaki

Tidak salah untuk kita merancang tetapi jangan sampai syirik tau!! Tapi betulkah jantina dalam kandungan ibu boleh dirancang dan ditentukan oleh kita? mesti ibu-ibu yang tengah membaca tertanya-tanya betulkah boleh? bolehkah aku nak anak perempuan? Sekiranya bernasib baik apa yang anda inginkan akan menjadi kenyataan.. Ada yang inginkan anak kembar berjaya, ada yang mendapat anak lelaki, ada yang mendapat anak perempuan.

Cara-Membuat-Anak-Laki-laki-Atau-Perempuan

OK Bagi Anda Yang Ingin Mencuba Mendapatkan Anak Perempuan atau Anak Lelaki boleh cuba cara di bawah :

ANAK PEREMPUAN

babygirlnames

  • Perbezaan jantina anak adalah bergantung kepada kromosom yang dihasilkan oleh lelaki di mana benih-benih yang dihasilkan akan membawa kromosom X dan Kromosom Y. Manakala bagi perempuan hanya menghasilak kromosom X. Bagi mendapatkan anak perempuan, Ini bermakna sekiranya sperma yang dihasilkan mengandungi kromosom X dan bercantum dengan ovum yang mengandungi kromosom X maka anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan (kromosom XX).
  • Hubungan intim dilakukan sebelum hari subur (ovulasi) dan jangan bersetubuh selama 5 hari bermula dari waktu subur isteri. (Hari subur boleh dikesan dengan ujian kesuburan).
  • Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
  • Bagi isteri digalakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, minuman bergas dan lain-lain.
  • Elakkan makan makanan laut.

ANAK LELAKI

gorgeous newborn baby sleeping
Dapatkan anak lelaki
  • Bagi membentuk janin kepada anak lelaki, lelaki perlu mengeluarkan sperma yang mengandungi kromosom Y dan bercantum dengan kromosom X isteri dengan menghasilkan kromosom XY.
  • Jauhkan makanan yang berasid seperti limau, nenas, minuman bergas, asam dan mangga dalam tempoh 2 bulan sebelum mencuba.
  • Makanan laut digalakkan untuk diambil di mana zat-zat logam kalsium dan magnesium diperlukan dalam menghasilkan kromosom Y.
  • Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu subur (ovulasi)
  • Menukarkan cecair faraj kepada alkalin dengan melakukan ‘douching’ atau basuh ke dalam faraj dengan alat khas (masukkan air bikarbonat ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan). Cecair bikarbonat boleh di beli di farmasi.
  • Selain itu, anda boleh juga lakukan kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’ iaitu dengan menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan memilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..

Setelah anda merancang dan melakukan kaedah seperti di atas, ujian ultrasound bagi menentukan jantina bayi dalam kandungan boleh dilakukan ketika usia kandungan si ibu mencecah 5 ke 6 bulan.

Namun diingat, kita hanya merancang Allah jualah sebaik-baik perancang dan ia akan menentukan sama ada bayi dalam kandungan bayi perempuan atau bayi lelaki. Apa pun Allah adalah pemberi rezeki keoada manusia dan pemberian yang diberi perlu disyukuri dan ia adalah rahsia Allah serta mempunyai hikmat yang tertentu.

Semoga usaha anda membuahkan hasil seperti yang anda ingin seiring dengan usaha selitkan permintaan anda melalui doa dalam setiap solat anda.

Salam 22 Ramadhan dan semoga kita menemui malam Lailatul Qadar, Insha Allah!

One thought on “Tips Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki Dalam Perkahwinan

Leave a comment