Resepi Chicken Chop Mudah dan Cepat Untuk Berbuka

As salamualaikum

Hari ini dah masuk hari ke 24 ramadhan dan bagaimana perasaan kita bila ramadhan nak meninggalkan kita? hari ni ada yang akan berbuka puasa di rumah, mungkin ada di surau dan mungkin juga menerima jemputan berbuka puasa daripada rakan atau tempat kerja. Hari ni Nur dan suami akan berbuka di Surau sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Anak Yatim.. Semoga usaha ini diberkati InshaAllah.

Berbalik pada cerita chicken chop ni, puasa ni teringin nak makan western la pulak anak tekak dan kempen zero bazar atau makanan luar. Kebetulann ada kawan ofis jual ayam untuk chicken chop ni. Jadi hajat Nur dapatlah direalisasikan.

Hasilnya tidak lah secantik di kedai tetapi memang rasanya memang sedap ok.. Bukan nak memuji diri sendiri tetapi kalau licin tandanya sedap la tu..

Jom la kita terjah apa bahan-bahan untuk chicken Chop homemade ni.

IMG_4968 (1)

Bahan-bahan A (Ayam)

  1. Ayam
  2. Tepung ajaib (untuk salut ayam)
  3. Lada putih

Cara masak ayam :

  • kita boleh beli siap ayam untuk chicken chop ni atau kita boleh beli ayam dan keluarkan tulang-tulang ayam
  • kemudian kita basuh ayam bersih-bersih sebelum diperap dengan tepung dan  lada putih.
  • Nur perap dalam sejam jugalah biar perapan masuk ke dalam ayam

Bahan-bahan B (Sos)

  1. 1/2 labu Bawang Holland (Dipotong dadu)
  2. 1 Bawang putih (dihiris)
  3. 1 cawan Air rebusan ayam
  4. 2 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
  5. 1 sudu sos tiram
  6. 2 sudu sos cili / sos tomato
  7. 2 sudu makan Kicap
  8. tepung jagung
  9. minyak
  10. garam dan gula

IMG_5124 (1)

Cara membuat sos lada hitam :

  • Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau dan masukkan air rebusan ayam tadi.
  • Apabila sudah pekat masukkan sos tiram, sos cili/tomato, lada hitam, kicap.
  • Bancuh tepung jagung dan gauk hingga sebati dan sehingga kepekatan yang diingini.
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula. (Nur tak letak gula).

IMG_5123Bagi sayur Nur guna kentang, lobak dan tomato, brokoli hijau tidak ada pulak dekat peti sejuk jadi pakai je apa yang ada..

Haaa mudah kan buat chicken chop homemade ni, jadi bolehlah masukkan resepi ni dalam menu berbuka anda!

IMG_4974 (1)

5 thoughts on “Resepi Chicken Chop Mudah dan Cepat Untuk Berbuka

  1. Chop.
    Haji tgk gambar pun dah teringin.
    Hehe
    Biasa makan chicken chop pun di kedai ( biasa la sangat padahal jarang2 🙂 ).
    Ada satu kedai buat western food sedap di belakang masjid bandar kajang. Kedai tu nama ye Po’ Seng. Susah jugaklah nak jumpa kedai buat cchop sedap cmtu.
    Sekian ulasan haji.
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye cik. Tq

    Like

  2. wow! looks yummy, tak susah pun sebenarnya nak buat chicken chop ni, sellau order je, maybe next time boleh cuba:)

    Like

Leave a comment