Nikmat Bersama Dikongsi Di Bulan Ramadhan Bersama Anak Yatim Titian Kasih

As salamualaikum

IMG_2989

Semalam surau tempat tinggal Nur telah mengadakan majlis sambutan berbuka perdana bersama anak yatim. Ye lah bulan puasa ni ramai nak ambil keberkatan di mana kebaikan yang dilakukan digandakan kepada 70x kan, siapa yang tidak nak.. Lagi-lagi bulan ramadhan sebulan dalam setahun jadi tidak salah untuk kita melakukan yang terbaik.

IMG_2931

Suami dan Nur, sukarela untuk membeli hamper bagi diberikan kepada rumah kebajikan Titian Kasih, Setiawangsa. Dari makanan hingga ke hadiah semua adalah sumbangan penduduk sri baiduri dan UP4 yang prihatin terhadap anak-anak yatim ini. Semoga sumbangan kalian dirahmati Allah dan sentiasa diberkati.

IMG_2905

 

Antara juadah yang dihidangkan dalam majlis berbuka hasil sumbangan jemaah surau nasi arab, nasi tomato, roti canai, putu mayam, kuih-kuih dan bubur lambuk.

Antara aktiviti yang diadakan seperti tazkirah pendek, sumbangan duit raya kepada anak yatim, sumbangan keperluan asas kepada rumah anak yatim, sumbangan hamper, sumbangan tudung dan kain pelikat serta jamuan berbuka puasa.
IMG_2979

IMG_2982

Nak tengok kemeriahan berbuka bersama mereka jom layan gambar-gambar di bawah : 

IMG_2909

 

IMG_2930

IMG_2961

IMG_2976Rasa bersyukurnya kita masih ada kasih sayang ibubapa, ada rumah perlindungan dan keselamatan daripada keluarga, mereka ada yang tidak mempunyai ibu bapa, mak ayah meninggal, saudara tidak mampu nak jaga dan pelbagai masalah yang dihadapi.

Semoga Allah teruskan membuka hati masyarakat kita menyumbang kepada golongan yang tidak berkemampuan seperti ini bukan sahaja pada bulan ramadhan tetapi bulan-bulan seterusnya.

Ok lah, selamat menikmati memori indah ini..

Advertisements

2 thoughts on “Nikmat Bersama Dikongsi Di Bulan Ramadhan Bersama Anak Yatim Titian Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s