Tips Memilih Botol Susu Yang BAik untuk Anak Syurga


As salamualaikum

Biar betul botol susu?? Ya Nur suka nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana memilih botol susu yang baik untuk si manja anda.. Kebanyakkan wanita di luar sana sekarang ini keluar bekerja jadi untuk memberi susu ibu secara terus pasti mengalami kesukaran lagi-lagi kalau rumah dengan tempat kerja jaraknya jauh kan?? . Tidak kira sama ada si ibu memberi susu ibu secara perahan atau susu formula, botol susu adalah satu kemestian. 


Pastinya bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman dalam memilih botol susu yang baik dan selamat untuk bayi mereka ia bukan satu masalah. Namun bagi ibu yang baru mempunyai anak pertama tentunya ia adalah satu perkara yang janggal dan menjadikan mereka risau dalam memilih botol susu yang yang bersesuaian dengan selera anak mereka. 

Bagi ibu-ibu baru pelbagai persoalan yang belegar-legar di ruang minda adakah botol yang dijual dipasaran sesuai dengan si manja mereka. Tidak semua bayi yang mudah untuk menerima botol susu apabila sudah selesa dengan susu ibu.. Haaa bagi bayi macam ni pastinya anda pening memilih botol susu untuk mereka kan?? Tapi jangan risau kini banyak botol susu yang mempunyai puting yang seakan-akan payudara ibu dari segi bentuk dan saiz..

Antara tips yang boleh anda gunakan dalam memilih botol susu si manja anda apa kata anda ikuti tip di bawah : 


1. BELI JUMLAH SEDIKIT 

  • Bagi anda yang baru pertama kali membeli botol susu anda disarankan membeli satu atau dua sahaja bagi jenama yang anda pilih. 
  • Pembelian dalam jumlah sedikit adalah untuk melihat respons anak anda dengan botol tersebut. 
  • Jika anda membeli satu set botol susu yang anda pilih dalam jumlah yang banyak mungkin akan meyebabkan pembaziran sekiranya bayi bayi anda tidak menyukai botol susu tersebut. 

2. BAHAN BOTOL 

  • Botol susu kini sudah kembali dengan bahan dasar kaca ataupun bahan plastik. 
  • Kelebihan botol susu kaca adalah sangat mudah dibersihkan, tahan lama, mudah dijaga dan tahan haba panas sehingga tidak melarutkan bahan kimia. Masalah apabila menggunakan botol susu daripada bahan kaca adalah risiko luka kepada ibu dan anak bila pecah. 
  • Terdapat syarikat yang mempertingkatkan keselamatan botol kaca dengan membuat balutan silikon atau foam untuk melindungi botol kaca daripada pecah.
  • Kelebihan botol susu daripada plastik adalah tidak mudah pecah dan retak bila terjatuh. Malah ia lebih murah walaupun tidak bertahan lama. Keburukan botol plastik adalah tidak tahan panas dan melarutkan zat kimia berbahaya. 
  • Jika anda memilih botol susu yang diperbuat daripada plastik pastikan anda memilih botol susu yang bebas Bisphenol A (free BPA). Sekiranya botol susu anda mengandungi BPA, jangan dedahkan botol susu kepada haba yang tinggi dan pastikan anda membuang botol itu andai terdapat tanda kerosakan seperti tercalar atau menjadi keruh.

3. BENTUK PUTING 

  • Bagi anda yang jarang-jarang menyusukan bayi anda menggunakan botol susu sebaiknya anda membelikan puting yang menyerupai bentuk payudara anda.

4. JENIS PUTING 

  • Pemilihan jenis puting adalah penting apabila anda perlu membeli botol susu untuk simanja anda. 
  • Puting silikon untuk botol susu tidak memerangkap bau atau rasa yang ada disekeliling walaupun digunakan berulang kali. Juga tidak berpontensi untuk menyebabkan alahan kepada  bayi. Puting jenis ini sukar untuk dikunyah oleh bayi yang dapat mengelakkan puting bocor dan bayi anda tercekik. 
  • Puting getah atau lateks boleh menyebabkan alahan pada bayi dan juga mudah untuk digigit yang akan memudaratkan bayi apabila tercekik. 

5. KADAR ALIRAN PUTING 

  • Apa yang perlu anda tahu, di pasaran terdapat pelbagai kadar aliran puting mengikut jenama. Terdapat beberapa jenama yang menjual tiga jenis aliran puting iaitu aliran cepat, sederhana dan lambat. 
  • Bagi anda yang baru melahirkan anak, kadar puting susu yang sesuai dengan si manja anda adalah aliran puting yang lambat. Ini bagi mengelakkan daripada anak anda mengalami masalah perut sekiranya anda memberikan aliran puting yang cepat. 
  • Setelah bayi membesar anda boleh menukarkan aliran puting mereka kepada sederhana ataupun lebih cepat.

6. SAIZ BOTOL 

  • Bagi yang baru lahir botol bersaiz 2oz sudah memadai tetapi sekiranya anda ingin memakai botol susu itu lama belilah botol yang lebih besar iaitu saiz botol 7oz. Ini kerana kuantiti susu yang diperlukan bayi akan meningkat apabila usia mereka mula meningkat. 
  • Anda juga digalakkan untuk membeli botol susu yang disarankan mengikut usia anak anda bagi memudahkan penggunaannya.
  • Model susu sekarang sudah mula berkembang, oleh itu jika anda risau anak anda tersedak susu ketika minum susu botol anda disarankan membeli botol susu yang lengkap dengan regulator. 

Diharapkan dengan sedikit tip memilih botol susu ini, membantu anda memilih botol susu terbaik untuk anak anda. Malah pemilihan botol susu juga dapat menjamin keselamatan dan kesihatan anda secara berterusan. 

Advertisements

One thought on “Tips Memilih Botol Susu Yang BAik untuk Anak Syurga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s