6 Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan Suami Dan Isteri Untuk Hamil

As salamualaikum

makanan meningkatkan kesuburan wanita & lelaki

Matlamat dan impian sebuah perkahwinan tentunya menginginkan zuriat untuk menyambun generasi kehidupan keluarga. Namun tidak semua yang dapat merasai nikmat memiliki zuriat di awal perkahwinan mereka. Mulalah orang berkata itu dan ini.

Hati mana tidak terusik bila sering di tanya bila ingin menimang cahaya mata?? sudah ada isi?? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan seorang wanita atau sang isteri itu tersentuh hati..

Wahai manusia di luar sana fahamilah bahawa semua yang anda persoalkan tidak dapat dijawab oleh manusia  itu kerana semua ini  adalah Rahsia ALLAH.. Jodoh,Rezeki dan ajal setiap manusia itu sudah disusun oleh ALLAH kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang..

Tapi itulah hakikat kehidupan, kita sering berhadapan dengan macam-macam perangai manusia kan.. Yang pastinya Si Isteri adalah tempat mereka sering bertanya dan semestinya Sang Suami terlepas dari soalan cepumas ini. Namun sebagai suami anda perlu menjadi penguat kepada isteri anda kerana hati isteri itu akan terasa walaupun sang isteri itu Redha dengan ketentuan Illahi ini.

PERINGATAN : ISTERI tidak digalakkan untuk stres dalam masalah ini yang akhirnya akan menganggu usaha untuk anda hamil.. Sambil usaha apa kata anda santai-santai dalam kehidupan anda. Pastinya anda lebih bahagia!!!

Sedikit perkongsian yang saya perolehi dilaman sesawang dan juga ketika saya berjalan-jalan ke blog-blog lain boleh membantu anda dalam meningkatkan kesuburan.. Semoga bermanfaat untuk anda dan JANGAN BERHENTI USAHA!!

MAKANAN KESUBURAN WANITA


1. Daging merah

Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia pada seseorang wanita. Daging merah juga membantu ovulasi dan efisien mempertahankan pembelahan sel.

2. Kacangmakanan kesuburan isteri

Kacang almond boleh membantu seseorang dari mengatasi masalah kemandulan.. Kacang almond mengandung vitamin E yang tinggi yang mampu meningkatkan rangsangan seks wanita, Selain membantu melindungi embrio dari keguguran.
3.Tiram
makanan kesuburan wanitaSebahagian orangberpandangan tiramitu tidak berkhasiat tetapi bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan tiram dapat membantu anda.  Tiram mengandung zat besi yang amatpenting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kekacang.

4. Kentang panggang

Kentang panggang mengandung vitamin B yang sangat tinggi.  Kandungan vitamin B dan E  yang ada  dalam makanan ini mampu membantu anda meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sihat.

5. Pisang 
pisang membantu kesuburanBukan sekadar lazat dan menyihatkantetapi tahukah anda buah pisang membantu untuk meningkatkan kesuburan wanita. Kandungan B6 yang terdapat di dalamnya membantu dalam mengawal hormon dalam tubuh wanita. Kekurangan kandungan B6 akan menyebabkan wanita memiliki sel telur yang buruk dan haid yang tidak teratur.

6. Asparagus 
meningkatkan kesuburan lelaki dan wanitaPengambilan yang kerap dapatmengurangkan risiko kegagalan ovulasi kepada wanita dan meningkatkan kesuburan anda sehingga proses kehamilan anda.


MAKANAN KESUBURAN LELAKI

1. Buah segarmakanan kesuburan suami

Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kesuburan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat membantu mencegah sperma dari lemah. Selain membantu anda meningkatkan kualiti sperma. Antara buah-buahan yang baik untuk anda kaum hawa ialah buah kiwi, mangga, strawberi, atau anggur. (Lepas baca ni terus beli ye!)

2. Bawang putih

Amalan memakan bawang putih sebenarnya dapat membantu anda meningkatkan kesuburan Anda.
3. Minyak ikanmakanan kesuburan lelaki - minyak ikan

Salmon, mackerel, dan sardin dapat sangat membantu Anda menjadi sihat dan subur. Minyak ikan mengandungi asam lemak esensial (EPA) yang membantu meningkatkan pengaliran darah ke seluruh sistem reproduksi dan meningkatkan pembentukan kualiti sperma anda wahai kaum lelaki.

4.Zink

makanan meningkatkan kesuburan lelaki

Lelaki yang kekurang zink akan mengalami kekurangan jumlah sperma, mobiliti (pergerakan sperma) dan rendah tahap hormon testosterone. Makanan yang kaya sumber zink adalah daging sapi, kuning telur, seafood, ayam dan kekacang.

5. Kacang walnut 

Kandungan lemak omega-3 dalam kacang walnut membantu meningkatkan aliran darah yang baik ke zakar. Malah kandungan anti oksida kacang walnut adalah dua kali ganda daripada kacang lain membantu dalam kesuburan lelaki.

6. Bayam bayam membantu kesuburan

Kandungan asid folik di dalam sayur bayam dapat meningkatkan kualiti sperma dan ia turut menghasilkan sperma yang sihat dan meningkatkan motiliti sperma itu yang mampu bergerak dan bertahan lebih lama.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda dalam kehamilan yang dirancang. Selain usaha terus berdoa dan berdoa tanpa putus asa.. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Semoga Allah makbulkan doa kalian InshaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s