10 Khasiat dan Kelebihan Buah Delima Yang Merah Lagi Menawan

As salamualaikum

Nampak tak buah delima di atas memang terliur kot dengan warna merahnya yang menawan, nasib kat rumah Nur ada stok buah delima.. Nur suka makan buah delima rasanya manis dan seronok pula nak kena kutil-kutil buah delima ni.. Nur suka makan buah delima ni sejuk-sejuk dan yang sudah siap dikutil.. Lagipun buah delima ini memang tahan lama kalau kita simpan dalam peti sejuk..

Tahukah anda apa khasiat buah delima ni?  Buah delima bukan sahaja rasanya yang manis dan segar malah ia mengandungi fitokimia dan mempunyai kandugan antioksidan yang tinggi. 

Di dalam Al Quran sendiri menyebut tentang buah delima yang merupakan salah satu buah yang terdapat di syurga yang dikurniakan Allah sebagai satu nikmat untuk manusia. Firman Allah bermaksud ” Dan dialah yang menjadikan kebun2 yang berjunjung, pohon kurma, tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu ) bila ia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhny Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. [surah Al An’aam ayat 141] 

Di dalam surah lain  dalam Al Quran juga ada disebut tentang kehebatan buah delima ini.. iaitu surah Al-RAhman ayat 66-68 Allah berfirman yang bermaksud ” Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yang memancar. Mana ni’mat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan. Di dalam kedua-duanya (syurga) itu ada macam-macam buah-buahan dan kurma serta delima”.

Nampak tak kehebatan ciptaan Allah pada buah delima ini yang juga merupakan buah daripada syurga.. Kenapa begitu istimewa dan apa kelebihan buah delima yang diciptakan untuk makhluknya di muka bumi ini?? Jadi sebagai manusia haruslah anda mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah untuk anda.. 

Tentunya setiap ciptaan Allah itu mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri begitu juga penciptaan buah delima yang mempunyai rasa manis dan dihujungnya sedikit pahit. Daripada sudut sains dalam sebiji buah delima ini mengandungi zat besi, fosforus, ribaflavin, magnesium, Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan tiamin.

Disebabkan buah delima adalah buah yang berkhasiat dan ia disarankan untuk dimakan bagi mengimbangi pemakanan makanya di dalam buah delima mempunyai hanya sedikit kandungan zat protein dan lemak. Bukan hanya buah sahaja tetapi kesuluruhan penciptaan buah delima ini mempunyai khasiat untuk tubuh badan manusia juga dari segi pengubatan. 

khasiat dan kelebihan buah delima : 

1. Kajian yang dijalankan menunjukkan buah delima dan bijinya boleh memusnahkan sel kaser payu dara seterusnya mengekalkan sel sihat yang sedia ada. Kajian di Universiti Chicago menemukan jus delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Manakala kajian di Wisconsin mendapati buah delima dapat menghalang sel kanser kulit daripada membesar. 

2. Buah delima mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan ia dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin seseorang di mana kajian yang dijalankan menunjukkan khasiat yang sama dengan pil viagra yang membantu meningkatkan fungsi syahwat lelaki. Jika anda sedang berusaha untuk mendapatkan anak mungkin ia boleh dijadikan sebagai satu langkah yang anda boleh cuba. Bauh delima mempunyai kandungan antioksidan dua kali ganda berbanding buah anggur merah. 

3. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa buah delima boleh mencegah dan melambatkan masalah penyakit Alzheimer. 

4. Ia juga boleh mengurangan risiko penyakit diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan individu yang mempunyai masalah diabetes apabila mengamalkan jus delima dapat menurukan dan merendahkan kemungkinan pengerasan arteries. Kajian yang dijalankan melihat gula bercantum kepada antioksidan yang unik di mana gula berperanan dalam perlindungan melawan pengerasan arteries. 

5. Mempunya khasiat kepada ibu mengandung. Apabila anda disahkan hamil anda boleh mengambil atau mengamalkan jus buah delima atau buah delima itu sendiri di mana ia boleh mengelakkan masalah ‘morning sickness’. Selain itu ia boleh membantu menstabilkan dengupan jantung pada kadar yang normal yang penting bagi perkembangan ibu dan fetus di dalam perut.

Kajian yang dijalankan kepada ibu hamil yang mengamalkan delima mendapati rahim wanita tersebut lebih kuat dan dapat menampung pergerakan bayi dan memberikan kulit bayi yang sihat, gebu dan cantik. Potassium yang terdapat di dalam delima juga membantu ibu hamil daripada mengalami kekejangan kaki.

6. Pengambilan buah atau jus delima juga dapat melindungi otak bayi yang akan dilahirkan apabila anda mengamalkan jus delima ketika mengandung. Kekurangan asid folik boleh diganti dengan mengamalkan jus delima yang memenuhi bekalan asid folik yang mengandungi vitamin dan mineral yang memainkan peranan penting dala perkembangan bayi di dalam kandungan. 

7. Pengambilan delima juga dapat membantu melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan seseorang. Kandungan antioksidan yang tinggi pada delima dapat menurunkan pembinaan lemak pada dinding arteri dan membantu memperbaiki kawasan sel yang rosak. Ia juga mengandungi flavonoid dan polifenol yang tinggi yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser. 

8. Membantu mencerdaskan minda dan memberi daya ingatan yang kuat pada kanak-kanak, pelajar atau orang dewasa

9. Amalan meminum atau memakan buah delima juga dapat mengurangkan berat badan di aman ia berfungsi melawan lemak dengan membantu dalam penyaluran makanan ke sistem pencernaan. Dengan itu, badan akan mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan metabolisma badan turut meningkat. Pengambilan delima juga akan berkesan dalam membersihkan sistem dan mengurangkan keadaan buncit. 

10. Sumber asid folik dan antioksidan di dalam buah delima memberi kesan yang semulajadi dalam meningkatkan kecantikan kulit dan menyahkan toksin yang ada di dalam badan. Manakala kandungan gula yang ada pada delima berfungsi dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati bagi memberi kulit anda lebih segar dan berseri selalu. Selain itu ia juga dapat menghilangkan jerawat dengan jadikan kulit delima menjadi serbuk. (jemur kulit buah delima sehingga kecut kemudian dikisar sehingga menjadi serbuk. Apabila ingin gunakan serbuk delima itu campurkan perah air limau nipis.

wauuu banyak kan khasiat buah delima ni, memang wajib la buah ni ada dekat rumah kita semua kan? khasiatnya memang banyak dan rasanya pun sedap. Siapa tak makan buah ni memanglah rugi tau!
Advertisements

One thought on “10 Khasiat dan Kelebihan Buah Delima Yang Merah Lagi Menawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s