6 Nutrien Penting Untuk Wanita Hamil Sihat & Cergas

As salamualaikum

Nutrien wanita hamil

Setelah disahkan hamil tentunya kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan tingkah laku mahupun perkataan apatah lagi kehadiran cahaya mata sesuatu yang dinanti-nantikan…

Sebaik anda disahkan hamil melalui ujian kehamilan sendiri atau pun melalui pemeriksaan doktor perkara yang penting adalah anda menjaga kandungan  dan diri sendiri..Begitu juga dari aspek pemakanan dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan kandungan.. Pengambilan makanan dengan nutrien terbaik membantu kandungan anda berkembang dengan sihat dan sempurna.. 

Antara nutrien penting dan terbaik ketika hamil : 

Protein – protein diperlukan oleh tubuh badan dalam menghasilkan sel-sel darah.. Antara makanan yang mengandungi protein ialah ikan, telur, kekacang dan daging 

1. Karbohidrat dan lemak –

Jenis nutrien ini sangat penting diambil dalam diet harian apatah lagi apabila anda hamil. Karbohidrat dan lemak merupakan sumber tenaga yang diperlukan badan.. Pengambilannya juga dapat mengelakkan masalah letih dan lesu

2.Kalsium 

makanan yang mengandung banyak kalsium

Ketika anda hamil kalsium adalah nutrien yang sangat penting.. Kalsium penting bagi kandungan kerana ia membantu pertumbuhan bayi manakala anda yang sedang hamil perlu kan kalsium bagi mengelak dari risiko osteoporosis.. Apabila ibu hamil kurang kalsium, kemurungan tersebut Akan diambil daripada tulang anda.. Makanan yang mengandungi kalsium kekacang, sayur-sayuran dan produk tenusu..

3. Zat Besi 

Pengambilan zat besi ketika hamil adalah penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi pada ibu akan menyebabkan risiko penyakit anemia. Zat besi boleh diperolehi pada sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung serta daging.

4. Vitamin B Kompleks 

B kompleks adalah penting dan baik untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal.

5. Vitamin D

 Vitamin ini penting dalam pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi dalam kandungan anda.. Sumber vitamin D boleh diperolehi daripada ikan, kuning telur dan susu..

6.Asid Folik 

asid folik merupakan sejenis vitamin B amat digalakkan untuk diambil sekurang-kurangnya 400mg sehari seawal tiga bulan sebelum hamil dan diteruskan Sehingga minggu ke-12.. Kekurangan asid folik mengurangkan risiko keguguran dan kerosakan janin dalam kandungan..

Oleh itu, pemakanan ibu hamil sangat penting kepada Kedua-duanya iaitu ibu dan anak dalam kandungan.. Pemakanan yang sihat semasa hamil adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.. Dengan perkongsian ini Nur berharap anda dapat mengamalkannya untuk kesihatan ibu dan tumbesaran si bayi anda!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s