Kepentingan Asid Folik Untuk Kesuburan Dan Untuk Ibu Hamil

As salamualaikum.

asid-folik-untuk-kehamilan

Kenapa asid folik tu penting kepada wanita? Kalau yang merancang untuk hamil dan yang hamil Dr. pasti akan bagi pil warna kuning banyak-banyak kan? Dahlah baunya ya ampun busuk sangat.. Nak tahu apa kepentingan asid folik untuk kesuburan dan kehamilan jom baca entri ini selanjutnya.

Bagi anda yang ingin hamil dan sedang berusaha untuk mendapatkan anak, entri ini mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk merealisasikan impian anda itu. Pengambilan asid folik adalah satu langkah yang boleh diambil bagi anda yang merancang untuk hamil. Ramai yang tahu asid folik dapat membantu mereka cepat hamil, tetapi perlu diingat asid folik bukanlah ubat ajaib untuk kesuburan.. 

asid-folik-ibu-mengandung-1

Disamping berdoa dan berserah kepada Allah, anda perlu berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan mengamalkan pemakanan sihat dan juga boleh mengambil vitamin-vitamin tertentu yang dapat meningkatkan kesuburan tidak kira wanita ataupun lelaki. 

 

APA ITU ASID FOLIK???

Asid folik adalah salah satu vitamin yang berada dalam kumpulan B iaitu vitamin B9. Vitamin B9 ini sangat diperlukan dalam membina sel-sel baru di dalam tubuh badan yang diperlukan oleh bayi dalam rahim. Pengambilan asid folik juga penting untuk membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak di dalam sel-sel badan. 

Kekurangan asid folik pada ibu akan menyebabkan kesihatan bayi di dalam rahim mungkin terjejas dan ada yang sehingga mengalami keguguran disebabkan bayi yang ada tidak membesar mengikut saiz yang sebenarnya. 


Asid folik boleh didapati daripada makanan kita seperti hati ayam, daging, ayam, telur, kekacang, ikan salmon, ubi kentang, brokoli, pisang, oren, jagung, barli, beras perang dan lain-lain. Sekiranya makanan ini terlebih masak, sumber asid folik yang ada pada makanan tersebut akan hilang oleh itu, cara masakan yang betul perlu anda ketahui bagi mengekalkan nutrien yang ada pada makanan tersebut.  

MENGAPA ASID FOLIK PERLU DIAMBIL ??

  • Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan ibu daripada mengalami kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pembentukan saraf tunjang. (spinal bifida). Spinal bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 
  • Pengambilan asid folik juga boleh mengurangkan keguguran, lahir mati, kekurangan darah (anemia), bayi cacat dan kelahiran pra matang. 
  • Kajian juga mendapati kekurangan asid folik oleh ibu hamil akan menyebabkan bayi yang lahir mengalami sumbing lelangit, kecacatan pada sistem pembuangan air, kecacatan pada jantung dan pembentukan kaki dan tangan tidak sama.

MASA DAN DOS YANG SESUAI MENGAMBIL ASID FOLIK 

  • Pengambilan asid folik bagi yang merancang untuk hamil adalah sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mereka mengandung. 
  • Bagi wanita hamil, sejurus selepas anda disahkan hamil anda perlu mengambil asid folik sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Dalam usia kandungan anda 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Setelah melewati tempoh tersebut anda boleh berhenti mengambil asid folik tetapi doktor menyarankan anda terus mengambil asid folik sehingga kelahiran. 
  • Bagi wanita biasa doa asid folik yang diperlukan adalah sebanyak 0.4mg sehari manakala wanita hamil diantara 06-0.8mg sehari. Penambahan dos anda  perlulah mendapatkan nasihat doktor anda.

BAGAIMANA ASID FOLIK MEMBANTU KESUBURAN??

  • Asid folik bukan sahaja untuk wanita tetapi juga membantu masalah kesuburan dalam kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang tidak sihat atau cacat apabila disenyawakan dengan ovum menghasilkan janin yang tidak sempurna dan tidak mampu hidup lama. Masalah keguguran pada awal kehamilan adalah disebabkan oleh faktor ini. 
  • Asid folik merupakan supplemen penting dalam membantu proses spermatogenesis (bagi lelaki). 
  • Bagi wanita pengambilan asid folik membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin mula berada di dalam rahim. 
  • Pengambilan vitamin ini perlu diambil sebelum mengadung lagi untuk membina sel-sel bayi dalam kandungan. Oleh itu bagi anda yang sukar hamil atau merancang untuk mendapatkan zuriat perlu mengambil asid folik sebagai usaha hamil mahupun mengatasi masalah kesuburan yang berlaku.

CADANGAN SUPPLEMEN : B COMPLEX SHAKLEE

b complex

Mengapa Nur cadangkan B Complex Shaklee, sedangkan tengah membincangkan tentang asid folik??? Haaa di sini istimewanya B Complex Shaklee di mana dalamnya terdapat asid folik yang dikatakan membantu dalam mengatasi masalah kesuburan..

Antara kandungan yang terdapat pada B Compelx Shaklee ini ialah Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niasin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12… Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.

B COMPLEX SHAKLEE

APAKAH KEPERNTINGAN B COMPLEX PADA TUBUH KITA?? 

  • Membantu melawan simptom dan punca tekanan (stress) atau kemurungan 
  • Mereka yang merancang untuk mengandung 
  • Mereka yang mengandung , dalam pantang dan menyusu badan 
  • Mencegah penyakit anemia
  • Membekalkan tenaga kepada badan
  • Memelihara rambut, kuku, kulit dan otot yang sihat
  • Pengambilan asid folik bagi ibu yang mengandung dapat mengurangkan kelahiran bayi yang cacat otak dan saraf tunjang. 

B Complex Shaklee bukan sahaja untuk membantu masalah kesuburan tetapi adalah untuk kesihatan menyeluruh dan ia boleh diambil oleh lelaki dan perempuan. Bagi anda yang ingin memilih B Complex yang baik anda perlu mengetahui kandungan yang terdapat dalam vitamin tersebut. B Complex Shaklee yang lengkap adalah memiliki kelapan-lapan vitamin B. 

Oleh itu, pengambilan asid folik adalah salah satu cara membantu mengatasi masalah kesuburan yang berlaku pada pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan anak atau yang ingin menambah jumlah anak.. Tidak salah untuk kita mencuba pelbagai cara tetapi perlu diingat setiap usaha perlu disertakan doa dan pergantungan kepada sang pencipta untuk kita lebih bersyukur. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Leave a comment