Sambutan Hari Raya 2015 Yang Sederhana Tanpa Pembaziran

As salamualaikum

Jom kita beraya

Alhamdulillah, semalam 1 syawal kita telah menyambut hari kemenangan selepas berjaya menamatkan madrasah ramadhan selama sebulan.. Sungguh tahun ini persiapan hanya ala kadar dan hati masih sedih meninggalkan ramadhan yang telah pergi.. Adakah aku akan menemui bulan yang penuh kemuliaan itu lagi pada tahun akan datang? dalam hati itu persoalan yang bermain-main.

Namun dalam kesedihan ramadhan pergi tanpa boleh disekat kita perlu meraikan hari raya dengan gembira. Saya, suami dan keluarga ingin mengucapkan :

“تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ”

“Taqabballallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tapi tahun ni beraya tanpa mak, mak balik kampung dengan adik no.5.. Jadi semua persiapan hanya ala kadar je. Tahun ni giliran Nur beraya di Beranang. Aktiviti raya pastinya pagi akan solat sunat hari raya di Masjid Raja Alang, Beranang. Jalan kaki je la Masjid depan rumah je kan.

gambar raya 4Sempat lagi selfie dulu sebelum solat hari raya.. dah solat kita menjamu hidangan raya di rumah dan seterusnya melawat rumah saudara mara.. Kita digalakkan untuk kunjung mengunjung di hari raya untuk mengeratkan silaturahim sesama saudara dan saudara islam. Adab ketika mengunjung ke rumah orang juga perlu di jaga.

Tak nak berceloteh panjang jom layan gambar kami berselfie di rumah dan rumah saudara mara.

gambar raya 8
Family tapi tak cukup korum
gambar raya 5
Nampak sedap sampai menjilat jari
gambar raya 6
mr. hubbybie siap sedia jadi driver
gambar raya 7
muka kekenyangan dah ni
gambar raya1
Beraya Di rumah pakcik
gambar raya 2
acting je lebih

 Malam raya memenuhi jemputan kak ila. Nampak muka dah kekenyangan almaklumlah dah merayap ke 4 buah rumah sebelum sampai kat rumah kak ila.. Makan apa yang termampu je la jawabnya.

gambar raya 7
Rumah Kak Ila

Ini lah episod raya kami sekeluarga untuk tahun ini, ala kadar semuanya!

Advertisements

One thought on “Sambutan Hari Raya 2015 Yang Sederhana Tanpa Pembaziran

  1. Seronoknya bila Nur datang berkunjung ke rumah. InsyaAllah andai ada kelapangan bolehlah Mek ila datang beraya ke Beranang pula nanti. Nak rasa juga kek Nur yang sedap tu 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s