Resepi Biskut Ulat Bulu Yang Popular di Sabah

As salamualaikum semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog permatamama. Hari ni Nur nak berkongsi dengan pembaca blog Nur satu biskut yang popular di sabah dan Nur masih belum temui biskut ni dekat sini..

Tadaaa inilah biskut yang popular di sabah Nur memperkenalkan biskut ulat bulu. Kebanyakkan rumah di Sabah memang terdapat biskut ulat bulu ni. Rasanya memang sedap! Kalau tanya Nur kenapa nama biskut ni biskut ulat bulu Nur pun tak tahu mungkin rupanya menyamai dengan rupa ulat bulu kot.

photo_2015-07-20_11-18-59

Tapi jangan risau biskut ni tak gatal, nama je macam gatal sikit.. hehe. Ok lah jom kita semak resepi biskut ulat bulu ni :

Bahan-bahan : 
300gm Tepung gandum
150gm Tepung jagung
50gm susu tepung
280 gm mentega
100gm gula icing (Nur kurangkan 80gm)

Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang
Gula Kastor (Hiasan luar)

Cara-cara : 

  1. Putar mentega dan gula icing sehingga adunan sebati.
  2. Kemudian masukkan perisa pandan, pewarna hijau (mengikut selera anda, Nur letak sedikit je) dan susu tepung dan putar sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga aduan sebati.
  4. Bentuk doh sekecil ibu jari dan masukkan hirisan kurma di dalamnya.
  5. Tekan atas adunan dengan garfu untuk membentuk rupa ulat
  6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit mengikut kepanasan pembakar. Cara lain tengok bawa biskut kalau kekuningan tanda sudah masak.
  7. Akhir sekali, taburkan gula kastor pada biskut yang sudah masak.

photo_2015-07-20_11-18-51  photo_2015-07-20_11-19-10

photo_2015-07-20_11-18-59

Itu je langkah-langkah buat biskut ni, mudah kan? selamat mencuba!

Advertisements

One thought on “Resepi Biskut Ulat Bulu Yang Popular di Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s