Ketahui Punca, Kesan Dan Kaedah Rawatan Bagi Pesakit PCOS Penyebab Sukar Hamil

 As salamualaikum.

PCOS-labeled-web

PCOS macam pernah dengar je apa tu? Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang menjadi salah satu penyebab ketidak suburan. ungkin ada yang pernah dengar masalah ini tetapi mungkin masih kurang faham ataupun tidak mengetahu punca berlaku dan bolehkah golongan  PCOS ini hamil kan?

APA ITU PCOS?? 

PCOS adalah satu masalah endokrin pada sistem reproduksi wanita dan ia juga adalah masalah hormon yang tidak seimbang yang memberi kesan kepada kitaran haid dan ovulasi. Wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai ovari yang membesar yang mempnyai folikel cecair di setiap ovari. PCOS merupakan punca utama (80%) wanita mengalami masalah infertiliti di mana ovulasi gagal berlaku. 

Kajian juga menunjukkan bahawa 90% wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur mengalami masalah PCOS dan 30% mereka yang tidak datang haid langsung juga berisiko menghidap PCOS.

SIMPTOMS-SIMPTOMS / CIRI-CIRI PENGHIDAP PCOS 

9-Dirty-Foods-That-Cause-PCOS

Setiap wanita yang mengalami PCOS mempunyai perbezaan antara satu sama lain namun punca sebenar penyakit PCOS ini masih belum diketahui secara jelas. Antara simptom-simptoms mereka yang menghidapi PCOS adalah : 

1. Ketidak tentuan atau ketiadaan ovulasi 

Kedatangan haid tidak teratur (Oligomenorea) dan mungkin tidak datang haid (emenorea) salah satu simptom yang boleh anda lihat. Darah turun secara berlebihan dan panjang berbeza daripada biasa.

2. Mempunyai ciri-ciri hyperandrogenism

Ciri-ciri hyperandrogenism boleh dikesan secara klinikal atau pun melalui ujian darah. hyperandrogenism adalah di mana berlaku pada wanita yang mempunyai paras hormon androgen atau testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi di dalam darah. Hal ini menyebabkan anda berhenti untuk ovulasi dan mempunyai jerawat yang teruk.  Akibat hormon lelaki yang berlebihan juga boleh menyebabkan bulu muka tebal dan menjadi lebih gelap. Rerambut lebih banyak pada dada, perut dan belakang badan. 

3. Masalah kesuburan 

Kebanyakkan wanita yang mengalami penyakit PCOS mempunyai masalah di dalam kesuburan di mana mereka sukar hamil. Tetapi rezeki itu milik Allah ada juga yang berjaya hamil.. Kajian antarabangsa yang dijalankan menunjukkan bahawa kira-kira 20% wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah PCOS dan lebih daripada 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

KESAN ATAU IMPLIKLASI PENYAKIT PCOS 

  • Penyakit ini boleh menyebabkan peningkatan seseorang menghidap penyakit diabetes melitus (jenis 2) dan peningkatan tahap kolestrol di dalam darah. 
  • Kesan jangka panjang pesakit PCOS berisiko untuk medapat penyakit jantung atau lebih dikenali sebagai penyakit kardiovaskular. 
  • Juga boleh menyebabkan penyakit Hyperplasia dinding rahim dan ia boleh menyebabkan kanser rahim. Penyakit ini terjadi disebabkan rangsangan estrogen pada dinding rahim yang terlalu lama. 

SHAKLEE

PUNCA PENYAKIT PCOS

Para pengkaji masih tidak menemui punca sebenar masalah penyakit PCOS ini memandangkan ia berlaku berbeza-beza setiap wanita. Pengkaji mengariskan beberapa sebab terjadinya PCOS antaranya ;

  • Genetiik 
  • Rintangan insulin – Insulin di dalam badan tidak berfungsi dengan baik menyebabkan lebih banyak insulin akan dihasilkan. 
  • Hyperadrogenism – Terdapat hormon lelaki di dalam darah yang berpunca daripada peningkatan hormon LH. 
  • Obesiti – Gampir 35%-60% wanita yang menghidap PCOS mempunyai lebih daripada 30. Keadaan ini menyebabkan berlakunya rintangan insulin. 

Pakar-pakar dari Amerika dan Eropah menyatakan bahawa penyakit PCOS perlu mempunyai simptom-simptom dua daripada tiga simptoms di bawah iaitu :

  • Mengalami masalah pengovulan iaitu tempoh kitaran haid yang tidak teratur, tempoh pendarahan yang lama dan juga mengalami pendarahan yang sedikit bila kedatangan haid. 
  • Pemeriksaan darah atau ujian klinikal menunjukkan hormon androgen tinggi di dalam badan dan juga botak di bahagian kepala
  • Pemeriksaan scan atau ultra bunyi menunjukkan terdapat folikel-folikel kecil yang tidak membesar secukupnya bagi mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan terjadi.

Penyakit PCOS boleh dikesan dengan melakukan ujian-ujian seperti pemeriksaan imbasan bunyi pelvis dan ujian hyperandrogenism. Juga melakukan ujian darah pada hari ke-2 anda datang haid bagi melihat paras serum hormon LH dan FSH. 

Adakah PCOS ini boleh dirawat?? 

PCOS perlu ditangani sebelum ia terus merebak dan akan menjadi kanser rahim yang serius. Selain itu rawatan bagi pesakit PCOS ini memerlukan rawatan dalam jangka yang agak panjang dan motivasi dari diri sendiri juga penting. Rawatan PCOS ini berbeza mengikut apa yang ingin diselesaikan. 

1. Rawatan kesuburan 

Kajian yang dijalankan menunjukkan 80% daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidak suburan atau lebih ramai orang sebut adalah kemandulan. Kini terdapat pelbagai rawatan yang membantu golongan ini untuk mendapatkan anak. Ramai mereka telah berjaya hamil atas kekuasaan ALLAH. 

Antara ubat yang sering digunakan dalam menangani masalah ketidaksuburan adalah Clomiphene Citrate. Hasil pegambilannya penghidap PCOS hampir 90% menunjukkan kejayaan dalam proses pengovulan.

Menurut Dr. Nik Hazlina pengunaan Clomiphene Citrate mencatat kadar pengovulan 70%-80% dan sebanyak 40% berjaya hamil. Namun ada juga yang tidak berjaya walaupun diberikan dos yang maksimum kerana berlaku kerintangan Clomiphene Citrate. 

Selain itu, terdapat suntikn hormon Gonadotrofin untuk membantu dalam ovum berovulasi tetapi mengambil masa yang lama dan menelan perbelanjaan yang tinggi. Terdapat juga penghidap PCOS menjalankan rawatan persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVF) yang mempunyai kadar peratus berjaya hamil sebanyak 30%. Jangan upa untuk menurunkan berat badan sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan. 

2. Memperbaiki kitaran haid

Bagi anda yang berada pada tahap obesiti menurunkan berat badan sangat penting bagi membetulkan kitaran haid anda dan mengambil pil perancang keluarga. 

3. Mengatasi masalah hyperandrogenism

Pengambilan ubat anti androgen boleh membantu dalam merawat jerawat dan masalah rerambut yang banyak pada wanita. Pengambilan selama 6-9 bulan adalah digalakkan bagi menunjukkan keberkesanannya. Pil perancang juga membantu mengurangkan hormon androgen selain mengatasi masalah hyperandrogenism. 

Bagi anda yang mempunyai simptom-simptom atau ciri-ciri diatas digalakkan berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan yang lanjut. Rawatlah PCOS anda sebelum ia semakin parah dan mengakibatkan pelbagai penyakit yang lebih kronik. Paling utama dalam merawat penyakit PCOS adalah dengan menurunkan berat badan kepada berat badan yang ideal.  

Nak kurus dan atasi masalah PCOS boleh cuba set kurus Shaklee yang memang ramai berpuas hati.

Advertisements

3 thoughts on “Ketahui Punca, Kesan Dan Kaedah Rawatan Bagi Pesakit PCOS Penyebab Sukar Hamil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s