4 Kunci Kehamilan Yang Membuat Anda Sihat Ketika Hamil

As salamualaikum

Bagi setiap wanita yang hamil mereka mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza ada yang sihat dan mampu melakukan kerja rutin seperti biasa tanpa rasa lelah dan penat tetapi ada wanita hamil yang keluar masuk hospital disebabkan kesihatan yang merundum. Untuk sihat ketika hamil anda perlu melakukan 4 kunci kehamilan yang disarankan oleh ramai doktor kepada ibu hamil.

wanita hamil sihat

Kesihatan ibu hamil juga penting bagi memberi kesihatan kepada kandungan dan tumbesaran anak dalam kandungan mereka. Jom kita lihat 4 kunci kehamilan yang membantu anda sihat ketika hamil :

1. Persiapan Diri Untuk Hamil 

pemeriksaan sebelum hamil

  • Lakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah sebelum anda ingin hamil. Ujian ini adalah untuk mengetahui faktor Rh dan imun daripada rubella. Jika ujian negatif anda boleh mendapatkan imunisasi dan perlu melakukan pencegahan kehamilan sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Sekiranya anda mengalami penyakit seperti diabetis, anemia, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, epilepsi dan penyakit-penyakit keturunan lain anda disarankan mendapat nasihat doktor sebelum hamil. Penyakit ini bukan sahaja mempengaruhi kesihatan ibu hamil tetapi juga perkembangan janin itu sendiri.
  • Apabila hamil, tubuh wanita adalah menjadi rumah kepada bayi dalam proses tumbesaran sepanjang kehamilan. Oleh itu, kesihatan ibu hamil sangat penting dalam perkembangan dan tumbesaran si bayi secara optima atau tidak.
  • Sebelum kehamilan, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor o&g untuk pemeriksaan kesihatan bagi membantu mengesan perkara yang kurang baik bagi kehamilan seperti jangkitan toksoplasma, kekurangan khasiat, gangguan hormon dan perkara-perkara lain. Pengesanan ini membantu doktor untuk merawat masalah yang dikesan sebelum kehamilan.
  • Persediaan psikologi bakal ibu dan ayah juga perlu dilihat sebagai satu perkara penting di mana kehamilan akan mempengaruhi kehidupan anda seharian dalam pelbagai aspek.

2. Gaya Hidup Sihat 

gaya hidup sihat

  • Kesihatan ibu yang akan hamil akan mempengaruhi janin yang akan dilahirkan. Wanita yang ingin hamil wajib untuk kesihatan makanan, kesihatan diri dan persekitaran mereka.
  • Kesihatan diri meliputi kebersihan tubuh badan secara keseluruhan. Salah satu mandi dua kali sehari untuk menghilangkan debu yang melekat pada badan. Bersihkan tempat penting seperti puting payudara. Seeloknya bersihkan dengan air suam untuk mengelakkan kuman dan persediaan penyusuan akan datang.

pemakanan sihat

  • Kesihatan makanan meliputi memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang serta menjaga berat badan yang ideal. Elakkan berat badan yang berlebihan. Tiga bulan sebelum kehamilan wanita yang ingin hamil perlu mengambil asid folik setiap hari.
  • Kebersihan persekitaran juga memberi kesan dalam persediaan hamil. Lakukan aktiviti sihat seperti senaman yang kerap supaya ketika hamil anda mudah untuk bersenam. Elakkan pengambilan kafein, merokok, minum minuman beralkohol dan aktiviti yang tidak sihat.

3. Menjaga Tubuh Dari Serangan Penyakit 

diabetes pada ibu hamil

  • Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kesan buruk apabila dihidapi oleh ibu hamil.
  • Antara penyakit yang berbahaya kepada ibu hamil ialah penyakit rubella, varicella dan hepatitis. Oleh itu wanita yang ingin hamil elakkan penyakit berjangkit sebelum hamil.
  • Selain itu, penyakit yang sering dihidapi adalah penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Sebolehnya elakkan badan daripada menghidap penyakit ini, kerana ia boleh menyebabkan pada bayi seperti kelainan metabolik dan bayi membesar melebihi saiz normal.

4. Mengelak Diri Daripada Sukar Hamil 

sukar-hamil

  • Ketika kehamilan tubuh badan akan mengalami perubahan fisiologiseperti pening kepala, muntah-muntah, sembelit, lelah, kejang otot dan sebagainya.
  • Jika keadaan ini beterusan ia bukanlah sesuatu yang normal dan ia dianggap sebagai satu masalah serius. Oleh itu, perubahan fisiologi yang berlaku perlu diberi rawatan agar tidak semakin teruk.
  • Untuk kesihatan bayi apabila dilahirkan, suami isteri perlu mempunyai keadaan kesihatan yang baik dan sentiasa sihat.
  • Oleh itu, pemeriksaan sebelum kehamilan sangat penting untuk kehamilan yang sihat.
  • Lebih baik lagi, pemeriksaan dilakukan kedua bakal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit yang tidak diingini berlaku dan juga anda boleh mencegah penyakit semakin teruk sekiranya diketahui awal.

babyandparents

Diharapkan empat langkah yang dikongsi ini membantu anda sihat sebelum dan semasa hamil. Kesihatan ibu hamil akan melahirkan bayi yang sihat dan bijak.

Advertisements

One thought on “4 Kunci Kehamilan Yang Membuat Anda Sihat Ketika Hamil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s