Bahayakah Pendarahan Ketika Awal Kehamilan?

As salamualaikum 

hamil yang sihat

Emmm.. bila bercakap tentang pendarahan ringan ketika hamil mesti ada yang berasa sedih dan mungkin juga ada yang berasa bimbang… Kenapa Nur katakan begitu??? Pendarahan ringan faraj awal kehamilan telah menyebabkan sesetengah wanita hamil mengalami keguguran..

Yang pasti setiap orang menerima kesan yang berbeza dengan pendarahan yang berlaku ketika awal kehamilan mereka. Jangan ambil mudah apabila anda mengalami pendarahan ketika awal kehamilan!

Apa itu pendarahan awal kehamilan??

Pelekatan telur yang disenyawakan pada dinding uterus membolehkan pendarahan berlaku ketika hamil. Pendarahan ini dipanggil implantasi yang berlaku selama 1 atau 2 hari. Pendarahan ringan dari faraj atau spotting biasanya berlaku di awal kehamilan dari persenyawaan dan berakhir ketika kandungan wanita itu berusia 20 minggu.

Pendarahan faraj juga disebut spotting dan ia serupa darah haid. sebenarnya pendarahan awal kehamilan adalah normal tetapi kerisauan tetap ada apatah lagi kehamilan tersebut adalah kehamilan pertama yang dinantikan bertahun-tahun oleh seorang wanita. Manakala sesetengah wanita hamil yang mengalami pendarahan menganggap ia “SATU PERKARA BIASA” dan tidak mendatangkan masalah.

pendarahan ketika hamil
Kajian menunjukkan bahawa 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan faraj dalam trimester pertama mereka. Bagi wanita yang pernah menjalani IVF atau rawatan kesuburan lain berkemungkinan besar mereka akan mengalami pendarahan ringan bergantung kepada bagaimana bayi anda disenyawakan dan mungkin terdapat dua embrio diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan salah satunya tidak kekal yang boleh menyebabkan pendarahan. ..


Namun pendarahan awal ketika hamil boleh menjadi lebih serius seperti keguguran ataupun kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim). Di mana pendarahan ini disertai dengan sakit perut dan kekejangan. 

Adakah anda tahu sebanyak 20% daripada kehamilan yang berlaku akan mengalami keguguran dan 80% berlaku ketika usia kandungan wanita itu 2 atau 3 bulan usia kehamilan. Haaaaa…mesti ramai yang bimbang kan??? 

Keguguran pada awal kehamilan berlaku disebabkan bayi tidak berkembang dengan betul seterusnya pendarahan berlaku semakin banyak secara beransur-ansur. Keguguran awal sememangnya sering berlaku kepada waita hamil malah sesetengah wanita yang mengalami keguguran tersebut tidak mengetahui tentang kehamilan mereka dan menganggap mereka sedang haid. 


Keguguran ektopik (kehamilan luar rahim). Kehamilan ini berlaku apabila telur disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Tanda anda mengalami kehamilan ektopik ialah apabila berlaku pendarahan yang berterusan tanpa henti. Pendarahan yang berlaku berwarna gelap dan cair umpama jus prun. Kehamilan ini menyebabkan kesakitan yang teruk. 

Faktor Penyebab Pendarahan Faraj Ketika Kehamilan

  • Hormon yang menyebabkan kehamilan boleh mengubah permukaan serviks seterusnya uterus cenderung untuk berdarah dan mungkin mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks. 
  • Mungkin juga anda mengalami fibroid iaitu ketumbuhan pada dinding rahim.. JANGAN BIMBANG fibroid bukan kanser tetapi terdapat plasenta melekat di tempat yang terdapat fibroid. 
  • Kemungkinan juga anda mengalami jangkitan serviks atau jangkitan di bahagian faraj. 
  • Terdapat juga kemungkinan anda mempunyai ketumbuhan kecil pada serviks anda dan ini dipanggil polip serviks atau cervical polyp yang tidak membahayakan
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks @ jangkitan faraj 

Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku pendarahan??

  • Anda perlu segera berjumpa dengan doktor anda untuk mengenalpasti penyebab kepada pendarahan. Ia juga mengelakkan masalah semakin teruk seperti keguguran. 
  • Doktor akan membuat pemeriksaan dalam faraj untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan baik atau sebaliknya. Imbasan ultrabunyi juga dilakukkan untuk melihat bayi yang anda kandung berada dalam keadaan baik di dalam uterus atau pendarahan tersebut disebabkan oleh kehamilan ektopik. 
  • Mungkin juga doktor anda akan membuat beberapa ujian rutin seperti mengambil darah dan air kencing untuk melihat tahap hormon kehamilan anda.
  • InsyaAllah bayi anda akan selamat sekiranya tidak ada masalah..Sesetengah wanita hamil yang mengalami masalah pendarahan ketika hamil akan dapat meneruskan kandungan mereka sehingga detik kelahiran.

Pemakanan juga amat penting untuk anda yang sedang hamil bagi menjamin kandungan anda sentiasa selamat dan sihat. Apabila anda disahkan hamil usahakan untuk anda menjaga kesihatan tubuh dan kesihatan makanan anda.

Makanan anda perlu dilengkapi semua nutrien sejak awal kehamilan hingga tarikh kelahiran. Bagi anda yang sedang hamil untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dapatkan set kehamilan shaklee yang membantu dalam kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan. 

Advertisements

4 thoughts on “Bahayakah Pendarahan Ketika Awal Kehamilan?

  1. Pendarahan ketika hamil tidak boleh dipandang ringan. Memang perlu segera ke hospital agar pakar boleh memeriksa kandungan kita. Banyakkan berehat dan elakkan aktiviti berat andainya pendarahan berlaku.

    Like

  2. Pendarahan semasa mengandung sangat merisaukan. Sebaiknya cepat hubungi doktor anda jika anda mengalaminya. Jagalah diri baik-baik bila sudah mengetahui anda mengandung. Jaga diri dan pemakanan agar terhindar dri hal yg tak diinginkan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s