Berapa Banyak Susu Ibu Yang Perlu Diberikan Kepada Bayi Anda?

As salamualaikum dan salam sejahtera

Bercerita bab susu ibu, tidak semua ibu di luar sana yang gagah untuk  memberikan susu ibu kepada anak yang telah diharapkan. Mungkin kurang ilmu ataupun kesibukan yang dilalui.

mamalia menyusukan anak

Tahukah anda?? fitrah 5000 spesies mamalia adalah menyusukan anaknya sendiri. Contohnya lembu, kandungan susu yang mengandungi protein tinggi penting dalam membentuk otot anak lembu yang boleh berjalan selepas dilahirkan.

Susu ibu yang dianugerahkan kepada wanita bergelar ibu adalah anugerah istimewa yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Susu ibu juga patutnya dianggap hadiah terbaik yang dapat diberikan kepada anak mereka tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang mahal. Modal dalam pemberian susu ibu hanya mudah iaitu ilmu dan kasih sayang!

susu ibu dan anak

Tetapi masih ramai ibu di luar sana mengabaikan keistimewaan yang ada pada mereka. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk si bayi syurga anda daripada aspek fizikal, emosi dan seterusnya ia mempengruhi rohani anak itu sendiri.

Di dalam kandungan ibu, bayi berasa selesa bila mana ibu memeluknya dengan penuh kasih sayang, menerima makanan yang diperolehi daripada tali puasat dan didodoi dengan denyutan jantung ibu. Setelah keluar di alam dunia, penyusuan susu ibu adalah bertujuan memastikan si bayi berasa selamat dan tidak berasa keseorangan.

Bagi ibu hamil nikmati anugerah Allah yang istimewa ini dan penyusuan susu ibu kepada anak syurga adalah satu fasa dalam melengkapkan fasa kehidupan seorang wanita itu. Ruginya siapa yang dianugerahkan anak tapi mengabaikan fasa penyusun kepada anak syurga mereka.

Manakala bayi yang akan dilahirkan mengetahui makanan yang akan menunggu mereka apabila mereka melihat dunia setelah dilahirkan. Selepas proses kelahiran berlaku bayi yang tidak berada di pengaruh ubat-ubatan akan mampu terus menyusu tanpa ada sebarang masalah. Ini melihat kepada keadaan bayi yang di dalam kandungan lagi sudah mampu membuka mulut dan menghisap jari.

Ibu yang menyusu bayi perlu berfikiran positif dan sentiasa yakin bahawa susu ibu adalah lebih daripada penyusuan tetapi penyusuan susu ibu adalah symbol kasih saying tidak ada bandingan antara ibu dan anak malh penyusuan susu ibu adalah jaminan keselamatan yang memberi kesan mendalam kepada si anak dalam tumbesaran emosi dan psikologi mereka.

Dalam pemberian susu ibu ibu perlu tahu bahawa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sangat sesikit. Hal ini bersesuaian dengan saiz perut si bayi anda pada waktu tersebut. Kajian yang dijalankan diterangkan di bawah :

  1. Hari Pertama Hingga Kedua Kelahiran

buah ceri

  • Saiz perut bayi : Sebesar buah ceri
  • Saiz perut bayi adalah sebesar kacang hazel atau pun buah ceri.
  • Bayi memerlukan susu ibu dalam kuantiti 5 hingga 7 ml.
  1. Hari Ketiga Hingga Hari Keempat Kelahiran

kacang walnut

  • Saiz perut bayi : sebesar kacang walnut
  • Saiz perut bayi adalah sebesar genggaman tangan bayi atau pun kacang walnut.
  • Pada ketika ini susu ibu yang diperlukan adalah sebanyak 22-27ml atau lebih kurang 1 auns.
  1. Hari Kelima Hingga Hari Keenam Kelahiran

aprikot

  • Saiz perut bayi : sebesar buah aprikot
  • Perut bayi pada hari ke-5 dan ke-6 dapat menampung susu ibu sebanyak 1.5 hingga 2 auns.
  1. Hari Ketujuh, Minggu Kedua & Minggu Ketigatelur.1b
  • Saiz perut bayi : sebesar saiz sebiji telur
  • Pada hari dan minggu ini barulah bayi memerlukan susu ibu lebih daripada 2 auns.

Oleh itu, penyusuan susu ibu adalah anugerah terindah dan permulaan terhebat kepada mereka yang bergelar ibu. Ppastinya ia juga permulaan yang hebat bila mana bayi dilahirkan dan pada saat mulut si kecil mula menghisap payudara anda.  Anda perlu tahu tidak semua orang merasai detik menyusu bayi mereka yang dilahirkan jadi anda sangat bertuah jadi jangan sia-siakan pengalaman ini.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak syurga anda. Selamat Berjaya untuk anak yang sihat!

Advertisements

5 thoughts on “Berapa Banyak Susu Ibu Yang Perlu Diberikan Kepada Bayi Anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s