7 Tips Sihat Gaya Rasulullah Yang Perlu Diamalkan Untuk Kekal Sihat

As salamualaikum

Allah menjadikan hambaNya sebaik-baik kejadian dan diciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna. Begitu juga lahirnya manusia di muka bumi ini dengan diberi kesihatan di mana badan manusia sememangnya diberi ketahanan dalam mengelakkan ancaman yang datang daripada persekitaran mereka.

Namun semua itu mustahil apabila gaya hidup manusia yang semakin kurang sihat menganggu keseimbangan yang diberikan Allah kepada mereka. Kebanyakkan penyakit yang berlaku ke atas manusia adalah akibat daripada kerosakan yang mereka lakukan sendiri.

Mengambil contoh terbaik Nabi Muhammad S.A.W adalah cara yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang sihat. Nabi S.A.W mengajar manusia bagaimana meningkatkan badan secara holistik secara fizikal dan mental. Selain memiliki jiwa dan minda yang sihat nabi juga memiliki stamina yang optimum patut dicontohi kita.

Gaya hidup sihat yang dipaparkan oleh nabi adalah melalui cara makan, jenis makanan yang diambil dan dipilih, cara menjaga kebersihan, penampilan, senaman yang dilakukan dan juga cara nabi membentuk jiwa dan minda yang sentiasa sihat.

Tips yang diberikan Nur adalah melalui pembacaan buku 365 Tips Gaya Sihat Rasulullah yang ditulis oleh Dr. Mohammad Alitoha yang dipertik daripada hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W, petua pengamal perubatan islam terkenal, petua para ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian seluruh dunia dan pengalaman penulis sebagai Doktor.

Nak sihat seperti Rasulullah yang mana seumur hidup hanya sakit dua kali sahaja? Jom kita tengok 7 tips sihat gaya rasululllah dahulu :

  1. Dalam surah Muhammad Allah berfirman dalam ayat 38 : Ïngatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu maha Kaya sedangkan kamu semua adalah orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu”. Punca kebatilan dan kedekut adalah perasaan mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu rungsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan kita akan diserang penyakit paru-paru.jangan marah
  2. Sikap pemarah adalah hasil kesedihan dan perasaan sombong pada diri. Perasaan marah akan menyebabkan badan mengeletar, wajah kemerahan dan jantung berdengup kencang. Perasaan marah akan membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu mengalami penyakit hati. Juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat.
  3. Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa seseorang seterusnya menyebabkan tenaga berkumpul di dalam tubuh. Akibat daripada itu, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik oleh badan. Akibat daripada itu juga, peredaran darah menjadi semakin perlahan hingga menyebabkan gangguan kepada jantung dan otak. Sepotong doa yang diajar oleh Nabi S.A.W : “Allahuma inni a’udzubika minal hammi wal hazn, wa a’udzubika minal ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa a’udzubika min gholabatil-dain wa qohri rijaal”. Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim.
  4. Melindungi diri daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama angin pada waktu malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Mengamalkan pemakanan tidak seimbang sama ada kurang makan, makan  secara berlebihan atau komposisi yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan akan menganggu keseimbangan tubuh dan akan mendatangkan penyakit. doa sebelah kanan
  5. Nabi mengajar umatnya cara tidur yang betul bagi kesihatan yang berpanjangan. Cara tidur yang baik dan diamalkan oleh nabi adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri dibimbangi menekan perut yang akan menganggu proses pencernaan. Malah ia akan menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung dan keupayaan jantung mengepam darah. basuh-tangan
  6. Nabi menyarankan supaya manusia membasuh tangan sebelum makan walaupun pada ketika itu manusia belum mapu melihat kuman. Namun aatas kesedaran di mana tangan sentiasa menyentuh benda yang kotor dan dicemari pelbagai kuman. Kuman yang masuk ke dalam perut seseorang menyebakan seseorang itu mendapat penyakit yang sukar dikesan dan diubati.sedekah
  7. Dalam masyarakat kita, terdapat golongan miskin dan yatim piatu yang memerlukan bantuan kewangan. Selain membayar zakat, kita digalakkan untuk memberikan sedekah bagi meringankan penderitaan golongan ini. Nabi berkata, “sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah”. Orang yang sedang sakit digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaan. Ini kerana dengan bersedekah, penyakit boleh dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan penyakit diringankan.

Setakat ini dulu perkongsian Nur untuk hari ini, InshaAllah Nur akan sambung lain kali.. Semoga 7 tips ini dapat dimanfaatkan kita untuk kesihatan yang berterusan dan dijauhkan sebarang penyakit!

Advertisements

One thought on “7 Tips Sihat Gaya Rasulullah Yang Perlu Diamalkan Untuk Kekal Sihat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s