Resepi Biskut Coklat Chip Seumpama Famous Amos Mudah dan Sedap

As salamualaikum dan selamat sejahtera!

Memandangkan kuih raya dah habis di gap oleh adik-beradik kat rumah dan ada tetamu yang nak dating Nur gagahi juga buat biskut untuk tetamu. Ye la tahun ni Nur buat cukup-cukup jak kuih raya. Setiap biskut satu adunan sahaja kecuali biskut ulat bulu Nur buat dua adunan. Kali ini Nur buat biskut coklat chip ala-ala famos Amos.

Bila balik rumah mak sabtu tu dah habis licin biskut Nur bawa balik, memang tak de satu pun. Adik pula sibuk nak bawa biskut raya balik rumah sewa dia. Nak makan jadi Nur buat syarat, Nur adun dia yang akan bakar dan adik Nur setuju barulah biskut ini direalisasikan.. hahaha (ugutan memang kena!).

Nak buat biskut coklat chip ni tidaklah susah mana, tak lama nak adun, tadaaa siap!

Ok lah Nur tak nak membebel lama-lama jom kita terjah resepi biskut coklat chip ala-ala famous amos style Nur.

photo_2015-07-26_15-20-03

Bahan-bahan :

  • 1 cawan mentega / butter
  • ½ cawan gula kastor
  • ¾ cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar (Nur guna Susu segar Dutch lady)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • ½ cawan almond
  • 1 ½ cawan coklat chip
  • ½ kacang walnut (Nur tak letak, kacang walnut tiada stok)

Cara-caranya :

photo_2015-07-26_15-19-49

  1. Pukul butter , gula kastor dan gula perang hingga sebati kemudian masukkan telur dan gaul.
  2. Setelah adunan sebati masukkan minyak, susu segar, esen vanilla, garam , cream of tartar, soda bikarbonat dan gaul semula sebelum masukkan tepung gandum.
  3. Setelah aduan sudah diadun sebati masukkan coklat chip dan kacang walnut.
  4. Adunan sedikit lembut.
  5. Kemudian sudukan adunan sederhana dan jarakkan kerana biskut akan kembang sedikit.
  6. Bakar adunan biskut pada suhu 175c selama 10 hingga 15 minit atau sehingga biskut masak (bergantung kepada suhu oven yang anda ada).
  7. Setelah biskut kekuningan tandanya biskut masak, angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  8. Siap sudah! Mudah kan.

Ok lah selamat mencuba semua!

Advertisements

One thought on “Resepi Biskut Coklat Chip Seumpama Famous Amos Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s