4 Langkah Melakukan Senaman Kegel @ Senaman Lantai Pelvis

Mungkin ada yang biasa lakukan senaman lantai pelvis mungkin ada yang tidak tahu langsung apa yang dikatakan senaman pelvis atau ada yang mengenali sebagai senaman kegel. 

Ada juga yang mengatakan senaman lantai pelvis adalah senaman untuk wanita hamil tetapi sebenarnya ia harus diamalkan atau boleh menjadi Rutin oleh setiap individu yang bergelar wanita tidak kira usia..kerana senaman ini mempunyai kelebihan dan kebaikan dalam tempoh masa yang panjang..


Antara tujuan senaman lantai pelvis atau senaman kegel adalah Menguatkan otot-otot disekeliling pembukaan pundi kencing wanita. Namun untuk melakukan senaman ini anda perlu mengetahui langkah atau teknik yang betul. 

Langkah 1  : Anda boleh melakukan senaman kegel ini  ketika anda duduk (menghadap komputer, menonton televisyen), berdiri ataupun berbaring.. Ketika melakukan senaman ini anda perlu menjarakkan kaki anda sedikit dan pada masa yang sama otot paha, punggung dan abdomen anda direhatkan seketika.

Langkah 2 : Ketatkan semua otot di bahagian hadapan dan belakang anda dengan mengerakkan otot ke atas.

Langkah 3 : Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali dengan cepat. 

Langkah 4 : Lakukan senaman kegel ini sekurang-kurangnya empat hingga lima kali sehari..

Mudah je kan nak buat senaman lantai pelvis ni.. Namun ketika anda melakukan senaman ini jangan tahan nafas, jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas, jangan ketatkan otot perut punggung dan paha anda serta pada percubaan pertama kali jangan lakukan ia  terlalu kerap. 


Kalau masih tak reti nak buat senaman kagel ni macam mana jom kita tengok video di bawah mudah kan?? 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu untuk membuka mata anda tentang kepentingan senaman lantai pelvis ini atau senaman kegel. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s