Kenapa Sirap Merah Bernama Vivix Menjadi Kegilaan Ramai??

As salamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini Nur nak bercerita tentang kehebatan dan keistimewaan kandungan dalam vivix Shaklee yang menjadi produk terlajak laris sekarang ini!! Vivix??

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Jom kita tengok apa keunikan bahan yang digunakan dalam Vivix Shaklee sehingga ia berbeza denga produk lain.

1. ANGGUR MUSCADINE 

KENAPA ANGGUR MUSKAT?? 

  • Anggur muskat merupakan anggur liar yang bersaiz sekitar lima sentimeter (5cm) dan ia seakan-akan sama dengan sebiji buah plum. 
  • Anggur muskat adalah anggur super di mana mempunyai lebih banyak khasiat.
  • Berbeza dengan buah anggur lain anggur muskat mempunyai satu kromosom tambahan. Iaitu 20 kromosom berbanding  hanya19 kromosom bagi anggur-anggur lain. 
  • Dipercayai kromosom tambahan ini dapat membekalkan sejenis nutrien anti-penuaan khas. 
  • Anngur muskat juga mengandungi kompaun polifenol 40 kali ganda lebih tinggi daripada polifenol yang terdapat dalam wain merah. 
  • Kaya dengan antioksidan di mana boleh melawan radikal-radikal bebas di sekeliling kita. Antioksidan ini juga membantu mencegah pembentukan plug pada saraf yang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer (penyakit nyanyuk). 
  • Kandungan antioksidan dalam buah anggur muskat turut membantu mencegah pertumbuhan sel seterusnya memberi signal pada sel kanser supaya terus mati.
  • Antioksidan yang terdapat pada buah anggur dapat menyekat sel-sel kanser diperingkat selullar (kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS)
  • Anggur muskat adalah satu-satunya anggur yang mengandungi ellagic acid.  ellagic acid berfungsi dalam menghalang pembentukan protein age (Advanced Glycation Endproducts)

Dalam Al-quran juga Allah telah menyebut mengenai buah Anggur sebanyak 6 kali. Antara surah yang menceritakan tentang buah anggur adalah  Surah Al-Mu’minuun [23] : 19 yang bermaksud : 

“Lalu dengan air itu, kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur : di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebaagian daripada buah-buahan  yang banyak dan sebahagian daripada buah-buahan itu kamu makan”. 

Hebatkan ciptaan Allah ni, dengan pengambilan anggur muskat anda mampu mengelakkan pelbagai penyakit yang dihadapi anda mahu pun orang tersayang!

2. European Elderberry 

Haaa inilah rupa buah elderberry Eropah ni.. Mesti ramai yang tak pernah nampak kan?? Elderberry adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembap di Eropah dan Amerika Utara.

Buah ini mengandungi sumber anthocyanins 3x lebih hebat dan baik berbanding dengan karotenoid. Anthocyanins merupakan polyphenol jenis flavonoid. 


APA KELEBIHAN ELDERBERRY??  

  • Elderberry memiliki kandungan flavanoids yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi dan berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
  • Juga bertindak anti-radang dan dapat mengurangkan simptom seperti seperti sakit otot, demam, selesema, influenza dan tonsilitis.
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan asma, batuk, sesak nafas dan penyakit diabetes. 
  • Buah ini turut berfungsi sebagai antibiotik secara semulajadi dan memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular @ jantung. 
  • selain itu elderberry memberi perlindungan kepada penyakit strok, mengurangkan tekanan, memperbaiki penghadaman dan penglihatan

3. POLYGONUM CUSPIDATUM


Polygonum Cuspidatum adalah tumbuhan peribumi yang berasal dari Asia dan terdapat juga di Amerika Utara dan Eropah. Polygonum Cuspidatum merupakan sejenis tumbuhan herba yang tinggi dan lebat yang dikenali sebagai Knotweed Jepun. 


APA KEHEBATAN POLYGONUM CUSPIDATUM??? 

  • Tumbuhan ini sudah lama digunakan oleh kaum berbangsa cina bagi melawat tumor.
  • Polygonum merupakan sumber Resveratrol yang melambatkan penuaan dan dapat melawan penyakit. 
  • Resveratrol turut menghalang pengoksidaan kolestrol yang tidak baik dalam badan dan mencegah platelet bergumpal yang disebabkan salur darah tersumbat sehingga menyebabkan serangan jantung. 
  • Terdapat lebih 3000 kajian yang telah dijalankan terhadap tumbuhan ini yang menunjukkan Resveratrol membantu merendahkan tekanan darah dan mengurangkan berat badan. 

4. PURPLE CARROT


KEISTIMEWAAN PURPLE CARROT??? 

Kalau tanya Nur pernah jumpa tak purple carrot ni mestilah jawapannya TIDAK!! Anda bagaimana?? Dalam sebiji purple carrot  banyak khasiatnya berbanding dengan orange carrot yang biasa kita makan tu.. Jom tengok keistimewaannya ; 

  • Mengandungi sumber Beta-Karotena 2x ganda berbanding dengan apa yang terdapat pada carrot jenis lain.  
  • purple carrot  mengandungi anthocyanins iaitu sejenis antioksidan. Antioksidan dalam purple carrot ini membantu kesihatan mata. Haa apa lagi yang ada masalah mata mai cuba.. 
  • Kandungan yang ada dalam tumbuhan ini juga dapat membaiki memori dan agen anti-radang. 
  • Selain itu ia juga mengelakkan serangan jantung dan mengawal berat badan seseorang. (bagi yang nak kurus tu memang vivix adalah minuman terbaik untuk anda)

Memandangkan kandungan Vivix Shaklee ini daripada tumbuhan yang terbaik dan hebat ciptaan Allah makanya pelbagai penyakit boleh diatasi. 

SIAPA PERLU AMBIL VIVIX SHAKLEE ???

  • Pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). SLE adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan menghasilkan protein darah yang banyak.
  • Mereka yang berisiko menghadapi kanser melalui keturunan ataupun yang telah menghidap kanser.
  • Diabetes
  • Strok
  • Darah Tinggi
  • Cyst
  • Membantu perokok daripada ketagihan rokok
  • Mempunyai masalah mata
  • Pesakit Jantung
  • Anti Penuaan 
  • Selesema/Batuk/Flu 
  • DAN PELBAGAI PENYAKIT YANG INGIN DIATASI  
Advertisements

2 thoughts on “Kenapa Sirap Merah Bernama Vivix Menjadi Kegilaan Ramai??

  1. Vivi adalah formula yang sangat istimewa dan sangat berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Vivix baik untuk anda yang inginkan kesihatan luar dan dalam. Memang sangat istimewa dan rasanya yang lazat menambahkan lagi keistimewaannya. Saya suka Vivix….!!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s