Panduan Pemakanan Seimbang Penting Untuk Ibu Berpantang

As salamualaikum dan salam sejahtera!

Bertungku-Pantang

Selepas bersalin perkara yang perlu anda lakukan adalah proses berpantang namun tidak ramai wanita moden hari ini yang tidak peduli atau ambil berat tentang amalan berpantang ada juga yang menganggap amalan berpantang ini sebagai satu perkara yang remeh..

Hakikatnya amalan berpantang selepas kelahiran sehingga 44 hari anda melahirkan mempunyai kebaikan untuk anda pada masa sekarang dan akan datang. Bagi mereka yang tahu rahsia berpantang kepada kesihatan dalaman dan luaran serta kecantikan pasti akan tidak mengabaikan amalan berpantang selepas bersalin

Bagi mereka yang membilang hari untuk bersalin perkara penting adalah ubah sikap anda tentang amalan berpantang dan ketahuilah cara berpantang yang betul bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda juga..Ketika proses bersalin keseimbangan hormon wanita itu terganggu dan pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi yang berlaku akibat perubahan fizikal mereka.

Malah ketika proses bersalin wanita akan mengerah tenaga serta mengalami luka luar dan dalaman. Jadi amalan berpantang selepas bersalin bukan perkara yang boleh anda abaikan. Amalan berpantang selepas bersalin adalah melibatkan dua aspek :

  1. Aspek fizikal 
  • Ia melibatkan amalan berurut, mandi herba, bertangas, berpilis, bertungku, berbengkung dan mandi lulur.
  1. Aspek pemakanan 
  • Pemakanan adalah aspek penting yang perlu dilihat oleh ibu bersalin ketika berpantang. Pemakanan yang salah akan menyebabkan kesan yang kurang baik kepada tubuh badan ibu selepas bersalin.
  • Antara makanan yang perlu dielakkan adalah makanan berlemak, bergoreng, hidangan pedas, makanan yang gatal dan sejuk.
  • Pemakanan memainkan peranan penting bagi memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dan mempercepatkan luka bersalin sembuh sama ada secara normal atau secara caesaran
  • Aspek pemakanan ini juga penting bagi ibu yang menyusu bayi untuk mendapatkan pemakanan seimbang bagi penghasilan susu ibu.

PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG IBU BERSALIN 

protein-1

  1.  Mengambil makanan yang mengandungi lebih banyak protein seperti daging tanpa lemak, ayam dibuang kulit, tempe, soya dan kekacang. pengambilan makanan jenis ini penting untuk menghasilkan susu ibu. Makanan tersebut perlu diambil sebanyak 3 hidangan sehari manakala susu 3-4 hidangan sehari.
  1. Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dalam hidangan harian seperti nasi, mee, bijirin atau roti.

  1. Disarankan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada ibu bersalin dalam 3-5 hidangan sehari. Antara buah yang baik adalah buah anggur, mangga dan strawberi. Buah-buahan dan sayur-sayuran penting bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang diperlukan untuk ketahanan badan ibu dan perkembangan bayi anda.

makanan berminyak

  1. Anda perlu mengurangkan makanan yang mengandungi lemak dan gula berlebihan untuk mengatasi masalah berat badan yang akan menyebabkan kegemukan. Makanan ini juga merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi mengelakkan masalah kesihatan anda.

tips-minum-air-putih-setiap-hari

  1. Mengamalkan pengambilan air sebanyak enam hingga lapas gelas sehari perlu diamalkan oleh ibu bersalin yang tengah berpantang
  1. Perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan kaya dengan zat besiseperti hati dan kerang bagi membina semula sel-sel darah merah yang telah hilang semasa proses melahirkan anak dan pengeluaran darah nifas.

produksi-susu

  1. Pengambilan susu adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah osteoporosis pada waktu menopaus. Selain itu anda boleh dapatkan kalsium daripada buah avocado, brokoli, jus oren, kacang almond, seleri dan banyak lagi.

Perkara di atas bukanlah sukar untuk anda amalkan ketika sedang berpantang selepas bersalin. Berfikiran positif adalah kunci penting dalam menjalani proses berpantang dengan gembira..

Apa yang anda perlu tahu proses berpantang bukanlah satu perkara yang menyeksakan anda tetapi untuk kepentingan kesihatan tubuh anda pada masa akan datang.. Diharapkan perkongsian ini membuka mata anda tentang kepentingan proses berpantang.. Selamat mencuba!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s