10 Tips Memilih Pakaian Untuk Si Kecil Agar Cantik Dan Selesa

As salamualaikum dan Salam Sejahtera!

tips-memilih-baju-anak

Membeli pakaian untuk anak-anak merupakan satu keutamaan bagi ibu bapa apatah bila anda pertama kali mendapat anak pastinya pelbagai jenis pakaian yang akan anda beli untuk mereka. Apatah lagi si ibu yang pertama kali merasai pengalaman menjadi ibu. 


Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil setiap kali ke kedai bayi, baju kanak-kanak adalah tempat pertama yang akan dituju.. Namun tidak dinafikan ada masanya anda akan menghadapi dilema dalam memilih atau membeli baju buat anak kecil anda..

10 Tips Untuk Memilih Pakaian Untuk Si Bayi Anda : 

1. Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak anda adalah kualiti pakaian tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu dalam memilih pakaian anda perlu memilih pakaian terbaik untuk mereka. Kain kapas merupakan bahan atau material yang baik dan sesuai untuk anak anda.

2. Bagi memastikan keselamatan baju yang anda beli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum anak anda memakai pakaian tersebut. Ia bagi mengelakkan si kecil anda daripada dijangkiti bahan-bahan melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin menyebabkan rengsakan kulit anak-anak.. 

3. Pilih pakaian yang sesuai dengan saiz anda adalah salah satu tips memilih pakaian untuk anak anda. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.. Oleh itu, pilihlah kedai atau penjual online yang menawarkan khidmat kembali atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.

4. Pilihlah warna-warna yang terang dan ceria untuk si kecil anda lagi-lagi si puteri kesayangan mama dan papa. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan unggu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti warna hitam yang memberi kesan manis kepada anak anda.. 

anak suka baju mereka

5. Apabila anda memilih pakaian untuk anak lelaki anda pilihlah baju T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda memilih baju yang berpetak dan berjalur pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak. 

6. Baju kanak-kanak lebih menarik bila ia kelihatan comel apabila dipakai, bewarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

7. Sekiranya memilih baju yang bercorak bunga atau sebagainya pilihlah corak baju yang tidak melebihi 3 warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.

8. Cari atau beli baju yang mudah dibasuh dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jika baju yang dipilih yang bewarna carilah baju yang tidak mudah luntur.

9. Pilih saiz yang besar dalam membeli pakaian si kecil untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan memberi pengaliran udara yang baik dan mampu mengelakkan ruam. 

10. Bagi mengikuti fesyen terkini anda tidak perlu membazir membeli baju baru tetapi pelbagai gaya dan padankan kain serta warna yang berbeza.

Diharapkan tips yang diberikan dapat membantu anda dalam membeli pakaian terbaik untuk si manja anda.. Selamat membeli dan mencuba!!

Advertisements

19 thoughts on “10 Tips Memilih Pakaian Untuk Si Kecil Agar Cantik Dan Selesa

  1. Wow..info yg menarik…lama dh carik tips mcm ni sbb bukan senang nk carik baju anak2 ni..ada yg cantik tp tk selesa, ada yg selesa tp tk cantik sgt…dilema kekadang tu…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s