Pengedar Shaklee Ukay Perdana

Nur merupakan pengedar sah shaklee Ukay Perdana.
Bagi mereka yang tinggal area Ukay Perdana, boleh dapatkan produk daripada Nur pengedar shaklee Ukay Perdana. Mudah bagi anda untuk dapatkan produk shaklee secara COD (Cash On Delivery) lebih pantas dan tuntas.
Nur merupakan agen Shaklee Ukay Perdana yang boleh memudahkan anda mendapatkan produk shaklee dengan segera tanpa risau barang sampai lambat atau rosak.
Area yang Nur cover adalah seluruh kawasan Ukay Perdana dari Ukay Bistari, Sering Ukay, Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa dan Taman Mulia.
Kalau kawasan luar Ukay Perdana Keramat, Lembah Keramat atau Masjid Al-Ridhuan.
Zoo Negara, Taman Permata dan Taman Melawat pun Nur sedia memberi perkhidmatan untuk anda.
Kawasan Lembah Klang Shaklee sediakan satu branch untuk memudahkan pengedar shaklee untuk membeli produk iaitu di Sri Rampai tapi kalau bukan ahli maaf anda tidak dibenarkan untuk membuat sebarang belian.
Untuk mengelakkan masa anda terbuang pergi dan balik tangan kosong, boleh terus hubungi Nur selaku pengedar sah shaklee Ukay Perdana. Mudah kan?
Cari Pengedar Shaklee Ukay Perdana ?? SMS/WA : 014-2639901

pengedar-shaklee-ukay-perdana

10 Tips Memilih Pakaian Untuk Si Kecil Agar Cantik Dan Selesa

As salamualaikum dan Salam Sejahtera!

tips-memilih-baju-anak

Membeli pakaian untuk anak-anak merupakan satu keutamaan bagi ibu bapa apatah bila anda pertama kali mendapat anak pastinya pelbagai jenis pakaian yang akan anda beli untuk mereka. Apatah lagi si ibu yang pertama kali merasai pengalaman menjadi ibu. 


Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil setiap kali ke kedai bayi, baju kanak-kanak adalah tempat pertama yang akan dituju.. Namun tidak dinafikan ada masanya anda akan menghadapi dilema dalam memilih atau membeli baju buat anak kecil anda..

10 Tips Untuk Memilih Pakaian Untuk Si Bayi Anda : 

1. Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak anda adalah kualiti pakaian tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu dalam memilih pakaian anda perlu memilih pakaian terbaik untuk mereka. Kain kapas merupakan bahan atau material yang baik dan sesuai untuk anak anda.

2. Bagi memastikan keselamatan baju yang anda beli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum anak anda memakai pakaian tersebut. Ia bagi mengelakkan si kecil anda daripada dijangkiti bahan-bahan melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin menyebabkan rengsakan kulit anak-anak.. 

3. Pilih pakaian yang sesuai dengan saiz anda adalah salah satu tips memilih pakaian untuk anak anda. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.. Oleh itu, pilihlah kedai atau penjual online yang menawarkan khidmat kembali atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.

4. Pilihlah warna-warna yang terang dan ceria untuk si kecil anda lagi-lagi si puteri kesayangan mama dan papa. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan unggu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti warna hitam yang memberi kesan manis kepada anak anda.. 

anak suka baju mereka

5. Apabila anda memilih pakaian untuk anak lelaki anda pilihlah baju T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda memilih baju yang berpetak dan berjalur pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak. 

6. Baju kanak-kanak lebih menarik bila ia kelihatan comel apabila dipakai, bewarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

7. Sekiranya memilih baju yang bercorak bunga atau sebagainya pilihlah corak baju yang tidak melebihi 3 warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.

8. Cari atau beli baju yang mudah dibasuh dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jika baju yang dipilih yang bewarna carilah baju yang tidak mudah luntur.

9. Pilih saiz yang besar dalam membeli pakaian si kecil untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan memberi pengaliran udara yang baik dan mampu mengelakkan ruam. 

10. Bagi mengikuti fesyen terkini anda tidak perlu membazir membeli baju baru tetapi pelbagai gaya dan padankan kain serta warna yang berbeza.

Diharapkan tips yang diberikan dapat membantu anda dalam membeli pakaian terbaik untuk si manja anda.. Selamat membeli dan mencuba!!

Betulkah Kekurangan Protein Menyebabkan Pelbagai Penyakit Pada Tubuh?

As salamualaikum dan salam sejahtera!

why protein

Tidak semua yang tahu apa khasiat dan kepentingan protein kepada tubuh manusia. Adakah anda tahu protein adalah salah satu sumber makanan yang penting untuk tubuh kita? 

Khasiat protein pada tubuh badan ini sangat besar untuk tubuh kita di mana tubuh manusia mengandungi 1/6 protein daripada berat badan manusia. Ia sangat baik untuk perkembangan sel-sel dengan membantu menghasilkan sel baru akibat terdapat sel-sel mati dan lama yang perlu disingkirkan dan ia juga menjaga kekuatan dan ketahanan tubuh badan kita.

Sumber protein boleh diperolehi daripada banyak sumber antaranya daripada ikan, ayam, daging, kekacang, keju, telur dan banyak lagi. Namun protein akan hilang atau musnah daripada sumber-sumber ini sekiranya cara memasak atau suhu yang digunakan ketika memasak dalam keadaan tinggi..

Food pyramid isolated on white

Hal ini akan menyebabkan kita akan mendapat sedikit sahaja sumber protein dan yang banyaknya kita menyerap lemak atau minyak terutama bagi kaedah memasak yang bergoreng.. Maknanya anda tidak dapat menerima sumber protein yang diperlukan badan sekiranya masalah ini berlaku.

Hakikatnya kejadian mansia adalah di mana struktur badan kita terdiri daripada sel dan sel itu akan membentuk tisu. Manakala tisu akan membentuk organ yang seterusnya membentuk sistem badan manusia. Oleh itu protein merupakan makanan yang penting bagi sel-sel. Kuantiti protein yang mencukupi akan membentuk sel yang baik di mana sel-sel lama akan digantikan dengan sel yang baru. 


KENAPA BADAN MEMERLUKAN PROTEIN?? 

espkhasiar


Untuk pengetahuan anda, segala penyakit pada era moden ini adalah disebabkan oleh pengumpulan sel-sel lama dan sel-sel lemah. Kekurangan protein menyebabkan badan tidak mampu membentuk sel-sel mati kepada sel baru. 


Kesihatan optimum pada diri seseorang disebabkan oleh kandungan protein yang cukup di dalam badan. Menurut Dr. Bruce Miller di dalam bukunya mengatakan bahawa sebanyak 25% daripada badan kita berasal daripada protein. Protein diperlukan bagi menghasilkan hormonm enzim, antibodi dan neurotransmitter ( bahagian otak manusia). 


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN 


Pelbagai penyakit yang boleh wujud apabila seseorang itu kekurangan protein antaranya : 

  • Penyakit buah pinggang 
  • Penyakit hati 
  • High cholestrol (kolestrol tinggi) 
  • Tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi 
  • Fungsi saraf tidak stabil 
  • Ulser perut / usus
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen sampai ke darah)
  • Cepat letih
  • Lemah 
  • Badan mengeletar
  • Tinggi kandungan air di dalam tisu badan 
  • Mudah mendapat penyakit
  • Luka lambat sembuh 
  • Pengaliran darah tidak lancar
  • kegagalan fungsi organ 

CADANGAN SUPPLEMEN PROTEIN – Energizing Soy Protein (ESP Shaklee)

esp

ESP Shaklee adalah produk yang menjadi kegemaran ramai dan terdapat sejarah di mana ESP Shaklee kehabisan stok di seluruh Malaysia, akhirnya ramai yang melopong.

Tahukah anda Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Penghasilan ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia kerana ia mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta mempunyai kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.

Keistimewaan ESP Shaklee juga adalah menggunakan kacang soya yang terpilih iaitu kacang soya yang mempunyai kandungan “non-GMO” iaitu ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 


Satu hidangan ESP Shaklee mempunyai persamaan dengan 2 kali hidangan daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, tiada asid uric, tiada kolestrol, tiada lemak dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

ESP Shaklee juga merupakan satu-satu produk soya yang berada di dalam pasaran yang mengandungi dan menyediakan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia juga mengandungi 5 sumber vtamin dan 4 sumber mineral. Kacang soya merupakan sumber protein yang lengkap dan yang bermutu tinggi. 


Penghasilan produk soya Shaklee dicuci dengan menggunakan air bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dandaiszein seterusnya mengekalkan khasiat yang terdapat pada soya. Kandungan Glisemik (G.I) yang terdapat dalamnya juga rendah iaitu sebanyak 39 di man ia sesuai untuk penghidap kencing manis. 

KELEBIHAN ESP SHAKLEE ??? 

  • Bagi wanita atau lelaki yang inginkan kulit cantik dan kelihatan awet muda produk ini memang digalakkan ambil di mana asid amino yang terdapat di dalamnya adalah untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan organ lain. 
  • Pengambilan yang kerap dapat memberi kesan kulit yang awet muda dan juga membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan pada wajah. 
  • Pengambilannya juga dapat membaiki memori iaitu meningkatkan kualiti memori, dorongan seksual dan rangsangan 
  • Kandungan isoflavones di dalam kacang soya adalah sama dengan fungsi hormon wanita. Malah mencegah risiko osteoporosis, merendahkan paras kolestrol dan sakit jantung
  • Genistein yang terdapat dalam kacang soya adalah baik untuk prostat dengan menghalang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia turut memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Juga mengelakkan pembesaran prostat, pemulihan uterus, ovari dan menopaus.
  • Pengambil ESP juga dapat memberi tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun yang dapat mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

Jadi begitu banyak kebaikan dan khasiat yang terdapat pada Energizing Soy Protein takkan anda nak tengok dan tunggu orang lain dapat khasiat baru nak beli kan?? wajiblah anda dapatkan segera untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda dan keluarga anda. Semua golongan boleh mengambil ESP Shaklee dan dapat konsultasi terbaik daripada pengedar shaklee pilihan anda.

Berminat sms/whatsapp : 014-2639901

Cara Menurunkan Kadar Kolestrol Secara Semulajadi Dengan Phytocol-St

As salamualaikum dan salam sejahtera!

bahaya-kolesterol-tinggi-P7w

Hari ini Nur nak bercerita tentang phytocol-st Shaklee yang dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan seseorang.. Tahukah anda hampir 6 juta rakyat Malaysia mempunyai kolestrol yang tinggi di dalam badan.. Adakah anda ingin jadi salah seorang daripada mereka pastinya tidak kan? Bahayanya kolestrol tinggi boleh menyebabkan salur darah anda tersumbat seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. 

tinggi-kolestrol

Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam tubuh seseorang akan menyebabkan risiko sakit jantung yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kandungan kolestrol yang rendah atau optimum.

Hampir 15.6% kematian disebabkan oleh serangan jantung dan 11% penyakit angin ahmar yang berpunca daripada kandungan kolestrol yang tinggi. Selain daripada dua penyakit itu, kolestrol tinggi boleh menyebabkan ketidaksuburan, penyakit hati dan tekanan darah tinggi. 

Antara faktor kolestrol tinggi adalah : 

  • Cara pemakanan yang lebih berlemak, berminyak dan bergoreng
  • Merokok 
  • Penyakit hati
  • Tekanan
  • Minum minuman keras

Antara langkah yang boleh mengurangkan atau mengelakkan kolestrol tinggi ialah : 

  • Mengamalkan makanan seimbang dan mengamalkan makanan berserat 
  • Mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega-3
  • Mengawal berat badan atau menguruskan berat badan bagi yang mempunyai masalah obesiti atau berlebihan berat badan 
  • Mendapatkan rawatan doktor untuk menggunakan ubat menurunkan kolestrol

CADANGAN SUPPLEMEN BAGI MENGELAK MASALAH KOLESTROL 

PETUA KURUSKAN BERAT BADAN

Kajian yang dijalankan menunjukkan dengan menghalang penyerapan kolestrol di dalam darah, fitosterol dapat membantu untuk menurunkan kadar kolestrol LDL. Institusi kesihatan Kebangsaan (NIH) menyarankan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam sajian makanan anda bagi merendahkan paras kolestrol secara semula jadi. Kini anda tidak perlu pening-pening memikirkan untuk makan 200 batang lobak, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato bagi mendapatkan sumber fitosterol 

Shaklee telah menciptakan supplemen yang diperbuat daripada adunan mantap fitosterol yang diperbuat daripada minyak tall. Seperti saranan NIH, phytocol-st Shaklee membekalkan 2000 mg fitosterol dalam sehari. Malah istimewa phytocol-st Shaklee juga adalah tidak mempunyai perisa, tiada pewarna, tiada pemanis atau pengawet makanan. serta pastinya ia adalah produk yag berkesan dan semulajadi. 

Jadi mengelakkan pelbagai masalah kesihatan disebabkan oleh tahap kolestrol tinggi di dalam darah anda wajib beli produk ini untuk anda atau insan tersayang. Bila nikmat sakit itu ditarik semua yang anda sudah tidak mampu menukar kesihatan.. Cegahlah sebelum terlambat.

Panduan Pemakanan Seimbang Penting Untuk Ibu Berpantang

As salamualaikum dan salam sejahtera!

Bertungku-Pantang

Selepas bersalin perkara yang perlu anda lakukan adalah proses berpantang namun tidak ramai wanita moden hari ini yang tidak peduli atau ambil berat tentang amalan berpantang ada juga yang menganggap amalan berpantang ini sebagai satu perkara yang remeh..

Hakikatnya amalan berpantang selepas kelahiran sehingga 44 hari anda melahirkan mempunyai kebaikan untuk anda pada masa sekarang dan akan datang. Bagi mereka yang tahu rahsia berpantang kepada kesihatan dalaman dan luaran serta kecantikan pasti akan tidak mengabaikan amalan berpantang selepas bersalin

Bagi mereka yang membilang hari untuk bersalin perkara penting adalah ubah sikap anda tentang amalan berpantang dan ketahuilah cara berpantang yang betul bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda juga..Ketika proses bersalin keseimbangan hormon wanita itu terganggu dan pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi yang berlaku akibat perubahan fizikal mereka.

Malah ketika proses bersalin wanita akan mengerah tenaga serta mengalami luka luar dan dalaman. Jadi amalan berpantang selepas bersalin bukan perkara yang boleh anda abaikan. Amalan berpantang selepas bersalin adalah melibatkan dua aspek :

  1. Aspek fizikal 
  • Ia melibatkan amalan berurut, mandi herba, bertangas, berpilis, bertungku, berbengkung dan mandi lulur.
  1. Aspek pemakanan 
  • Pemakanan adalah aspek penting yang perlu dilihat oleh ibu bersalin ketika berpantang. Pemakanan yang salah akan menyebabkan kesan yang kurang baik kepada tubuh badan ibu selepas bersalin.
  • Antara makanan yang perlu dielakkan adalah makanan berlemak, bergoreng, hidangan pedas, makanan yang gatal dan sejuk.
  • Pemakanan memainkan peranan penting bagi memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dan mempercepatkan luka bersalin sembuh sama ada secara normal atau secara caesaran
  • Aspek pemakanan ini juga penting bagi ibu yang menyusu bayi untuk mendapatkan pemakanan seimbang bagi penghasilan susu ibu.

PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG IBU BERSALIN 

protein-1

  1.  Mengambil makanan yang mengandungi lebih banyak protein seperti daging tanpa lemak, ayam dibuang kulit, tempe, soya dan kekacang. pengambilan makanan jenis ini penting untuk menghasilkan susu ibu. Makanan tersebut perlu diambil sebanyak 3 hidangan sehari manakala susu 3-4 hidangan sehari.
  1. Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dalam hidangan harian seperti nasi, mee, bijirin atau roti.

  1. Disarankan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada ibu bersalin dalam 3-5 hidangan sehari. Antara buah yang baik adalah buah anggur, mangga dan strawberi. Buah-buahan dan sayur-sayuran penting bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang diperlukan untuk ketahanan badan ibu dan perkembangan bayi anda.

makanan berminyak

  1. Anda perlu mengurangkan makanan yang mengandungi lemak dan gula berlebihan untuk mengatasi masalah berat badan yang akan menyebabkan kegemukan. Makanan ini juga merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi mengelakkan masalah kesihatan anda.

tips-minum-air-putih-setiap-hari

  1. Mengamalkan pengambilan air sebanyak enam hingga lapas gelas sehari perlu diamalkan oleh ibu bersalin yang tengah berpantang
  1. Perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan kaya dengan zat besiseperti hati dan kerang bagi membina semula sel-sel darah merah yang telah hilang semasa proses melahirkan anak dan pengeluaran darah nifas.

produksi-susu

  1. Pengambilan susu adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah osteoporosis pada waktu menopaus. Selain itu anda boleh dapatkan kalsium daripada buah avocado, brokoli, jus oren, kacang almond, seleri dan banyak lagi.

Perkara di atas bukanlah sukar untuk anda amalkan ketika sedang berpantang selepas bersalin. Berfikiran positif adalah kunci penting dalam menjalani proses berpantang dengan gembira..

Apa yang anda perlu tahu proses berpantang bukanlah satu perkara yang menyeksakan anda tetapi untuk kepentingan kesihatan tubuh anda pada masa akan datang.. Diharapkan perkongsian ini membuka mata anda tentang kepentingan proses berpantang.. Selamat mencuba!!

Krim Ajaib Yang Banyak Membantu Masalah Kulit Seisi Keluarga

As salamualaikum dan Salam Sejahtera!

photo_2015-07-28_16-15-48

Sebelum mengenali krim ajaib ini Nur selalu mengaru sehingga berdarah dan en. suami siap kutuk lagi kaki tu yang mengerutu. Sedih! Setelah mengenali krim ajaib ini Nur tidak ada masalah kepada sakit kulit yang dialami sejak 2003 lagi memang tak boleh hilang.

Sebenarnya krim ajaib ini adalah singkatan nama kepada krim yang bernama Herbal Blend Shaklee. Pengguna tegar di luar sana yang memanggilnya dengan nama krim serbaguna memandangkan ia adalah krim pelbagai guna. 

images

kenapa ramai memanggil ia krim serbaguna?? Ini disebabkan krim herbal blend boleh digunakan oleh seluruh isi keluarga dan pelbagai penyakit atau masalah boleh dikurangkan antaranya masalah ekzema, kulit sensitif, ruam susu dan banyak lagi kegunaannya.

Dengan hanya serendah RM30 sahaja anda boleh mendapatkan krim ajaib ini dan diaplikasikan kepada keluarga anda dan anda akan mendapat krim yang semulajadi, selamat dan berkesan. 

Herbal Blend keluaran Shaklee ini juga tidak panas dan mempunyai rasa mentol yang sejuk dan nyaman apabila digunakan pada kulit anda. Malah apabila disapu pada kulit ia tidak melekit dan tidak berminyak..

Kandungan yang terdapat dalam krim ini adalah daripada bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat. Antara bahan yang digunakan adalah sage leafChamomilla Recutita (Matricaria) Flower , (Horse Chestnut) Seed, Coltsfoot Leaf, Rosemary Leaf, yarrow dan banyak lagi.

Jom kenali kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam kandungan Herbal Blend Shaklee :

1. Sage Leaf Extract 

  • Sage leaf boleh mempercepatkan pemecahan sel-sel lemak dan membantu dalam mengurangkan masalah selulit. 
  • Penggunaannya juga dapat memperbaiki tekstur kulit dan dapat melambatkan penuaan kulit dengan mencegah kedutan dan garis-garis halus.
  • Ia juga mempunyai ciri-ciri penghalau serangga.  

2. Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract : 

  • Ekstrak Chammilla Recutita dihasilkan daripada ekstrak flowerheads daripada Chamomilla recutita (Matricaria) Flower head. 
  • Dapat mengurangkan kemerahan pada kulit, berguna untuk kulit sensitif dan sangat menenangkan. 
  • Mengurangkan keadaan radang seperti jerawat, ruam dan terbakar. 
  • Mempunyai ciri-ciri anti radang, anti septik dan mempunyai ciri-ciri penyembuhan
  • Kandungan vitamin B dalam chamomilla dapat melegakan, melembapkan dan menghalang pertumbuhan bakteria. 

3. (Horse Chestnut) Seed Extract 

  • Merupakan herba anti-radang
  • Merawat alergik pada kulit dan masalah ekzema

4. Coltsfoot Leaf Extract

  • Coltsfoot Leaf mengandungi zink yang telah terbukti mempunyai tindakan anti radan.
  • Digunakan untuk merawat luka, gigitan serangga, terbakar dan pelbagai jangkitan kulit.
  • Herba ini juga mempunyai kandungan tinggi cystine (asid amino), sulfur dan mineral yang kedua-duanya bermanfaat untuk kulit dan rambut. 

5. Rosemary Leaf Extract

  • Apabila disapu pada kulit ia membantu mencegah dan merawat kebotakan, ekzema dan sakit sendi 
  • Ia juga digunakan untuk penyembuhan luka dan sebagai penghalau serangga

Antara testimoni Herbal Blend Krim Ajaib Shaklee : 

Alergik anak hilang

Ruam Susu anak hilang 

Perlukah Kita Mengambil Sarapan Pagi Setiap Hari?

As salamualaikum dan Salam Sejahtera!

Mungkin ada yang merasakan sarapan pagi ini tidak penting dan tidak kisah jika tidak diambil.. Tetapi sebenarnya sarapan pagi adalah perkara atau hidangan penting yang wajib anda ambil setiap hari untuk tubuh badan yang sihat. Teringat pesan orang-orang tua di mana sarapan perlu diambil untuk kekal sihat dan langsing serta kesihatan fizikal dan mental yang baik.. 

Kepentingan sarapan pagi ini disarankan oleh pakar pemakanan sendiri dan kajian yang dijalankan kepada mereka yang mengambil sarapan pagi menunjukkan mereka lebih langsing, menikmati kualiti hidup berkualiti, daya pemikiran yang baik, ceria dan sentiasa berfikiran positif..

Namun kesilapan masyarakat ini apabila mereka mengabaikan sarapan pagi dengan alasan yang pelbagai antaranya kesibukan kerja, tidak sempat makan, tidak selera nak makan pagi dan bimbang berat badan naik. 

Di dalam islam itu sendiri menyarankan umatnya bersahur apabila hendak berpuasa menggantikan sarapan pagi bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Bersahur ini bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh badan seseorang tetapi juga amat digalakkan dalam islam itu sendiri.

Dalam riwayat Ibnu Hibban “Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air”. Ini menunjukkan bahawa sarapan pagi itu amat penting untuk tubuh badan kita walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma ia mampu memberi perubahan yang jelas pada diri seseorang. Jadi anda tidak boleh memandang rendah kepada kepentingan sarapan kepada tubuh badan kita yang telah dicipta sempurna oleh Allah.

Pengambilan sarapan juga bergantung kepada aktiviti anda dan sebaik-baiknya mengambil sarapan dalam 300 hingga 500 kalori. Sarapan juga boleh meningkatkan berat badan sekiranya pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi ketika sarapan. Begitu juga makanan yang kurang berkhasiat akan menyebabkan pertambahan berat badan terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, tidak bersenam dan gaya hidup yang kurang aktif.

Sarapan pagi yang perlu dielakkan seperti makanan berminyak, bergoreng dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Antara makan tersebut roti canai, nasi lemak, kek, ayam goreng, mee goreng dan banyak lagi. Sarapan yang disarankan pula adalah makanan yang mempunyai serat tinggi atau karbohidrat kompleks seperti gandum, bijirin, buah-buahan, susu rendah lemak, kurma dan madu.

KENAPA SARAPAN PENTING KEPADA TUBUH???

1. Memenuhi Nutrisi yang diperlukan tubuh badan setiap hari 

Pemilihan sarapan pagi yang baik adalah sarapan yang lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi nutrien seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat yang rendah, lemak yang rendah dan air. Malah pengambilan sarapan yang baik seharusnya makanan yang memberi tenaga yang berpanjangan sepanjang hari, dapat memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan mengawal keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dengan waktu makan tengahari.

2. Meningkatkan daya tumpuan otak 

Sarapan yang baik untuk tubuh adalah sarapan yang menyediakan tenaga segera yang penting kepada sel-sel otak untuk berfungsi dengan baik. Sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen adalah sebahagian besar digunakan pada hari-hari sebelumnya. Dengan pengambilan makanan yang mengandungi glukosa ia dapat digunakan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan seseorang. Dengan adanya glukosa badan akan bertenaga dan dapat menumpukan perhatian.

3. Menurunkan berat badan 

Menurut Zuckerbrot,R.D sarapan pagi yang diambil ketika perut masih kosong akan meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori akan menjadi lebih baik. Namun semua adalah penting kita lihat apa makanan yang kita ambil sama ada yang berkhasiat ataupun sebaliknya. Sebagai contoh makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana seperti donut akan menaikkan kadar glukosa tetapi akan turun dengan cepat yang menyebabkan anda rasa cepat lapar. Karboidrat kompleks sangat sesuai untuk diambil kerana mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula dan dicerna dengan lambat yang akan memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama.  

4. Mencegah penyakit jantung

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melewatkan sarapan mempunyai kolestrol buruk LDL berbanding mereka yang mengamalkan sarapan sihat dan bernutrien serta tinggi serat. Menurut Havard Nurses Health pengambilan serat yang tinggi dapat menurunkan risiko penyakit jantung 50%. 

Haaaa nampak tak kepentingan sarapan pada tubuh badan kita?? Sekarang ni tidak terlambat untuk ubah gaya hidup anda kepada lebih sihat. Badan bukan nak pakai kejap je jadi hargailah tubuh anda dan berilah makanan yang berkhasiat untuknya.. Selamat beramal! Ok lah jumpa lagi kita di lain entri.. 

4 Langkah Melakukan Senaman Kegel @ Senaman Lantai Pelvis

Mungkin ada yang biasa lakukan senaman lantai pelvis mungkin ada yang tidak tahu langsung apa yang dikatakan senaman pelvis atau ada yang mengenali sebagai senaman kegel. 

Ada juga yang mengatakan senaman lantai pelvis adalah senaman untuk wanita hamil tetapi sebenarnya ia harus diamalkan atau boleh menjadi Rutin oleh setiap individu yang bergelar wanita tidak kira usia..kerana senaman ini mempunyai kelebihan dan kebaikan dalam tempoh masa yang panjang..


Antara tujuan senaman lantai pelvis atau senaman kegel adalah Menguatkan otot-otot disekeliling pembukaan pundi kencing wanita. Namun untuk melakukan senaman ini anda perlu mengetahui langkah atau teknik yang betul. 

Langkah 1  : Anda boleh melakukan senaman kegel ini  ketika anda duduk (menghadap komputer, menonton televisyen), berdiri ataupun berbaring.. Ketika melakukan senaman ini anda perlu menjarakkan kaki anda sedikit dan pada masa yang sama otot paha, punggung dan abdomen anda direhatkan seketika.

Langkah 2 : Ketatkan semua otot di bahagian hadapan dan belakang anda dengan mengerakkan otot ke atas.

Langkah 3 : Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali dengan cepat. 

Langkah 4 : Lakukan senaman kegel ini sekurang-kurangnya empat hingga lima kali sehari..

Mudah je kan nak buat senaman lantai pelvis ni.. Namun ketika anda melakukan senaman ini jangan tahan nafas, jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas, jangan ketatkan otot perut punggung dan paha anda serta pada percubaan pertama kali jangan lakukan ia  terlalu kerap. 


Kalau masih tak reti nak buat senaman kagel ni macam mana jom kita tengok video di bawah mudah kan?? 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu untuk membuka mata anda tentang kepentingan senaman lantai pelvis ini atau senaman kegel. 

Resepi Biskut Coklat Chip Seumpama Famous Amos Mudah dan Sedap

As salamualaikum dan selamat sejahtera!

Memandangkan kuih raya dah habis di gap oleh adik-beradik kat rumah dan ada tetamu yang nak dating Nur gagahi juga buat biskut untuk tetamu. Ye la tahun ni Nur buat cukup-cukup jak kuih raya. Setiap biskut satu adunan sahaja kecuali biskut ulat bulu Nur buat dua adunan. Kali ini Nur buat biskut coklat chip ala-ala famos Amos.

Bila balik rumah mak sabtu tu dah habis licin biskut Nur bawa balik, memang tak de satu pun. Adik pula sibuk nak bawa biskut raya balik rumah sewa dia. Nak makan jadi Nur buat syarat, Nur adun dia yang akan bakar dan adik Nur setuju barulah biskut ini direalisasikan.. hahaha (ugutan memang kena!).

Nak buat biskut coklat chip ni tidaklah susah mana, tak lama nak adun, tadaaa siap!

Ok lah Nur tak nak membebel lama-lama jom kita terjah resepi biskut coklat chip ala-ala famous amos style Nur.

photo_2015-07-26_15-20-03

Bahan-bahan :

  • 1 cawan mentega / butter
  • ½ cawan gula kastor
  • ¾ cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar (Nur guna Susu segar Dutch lady)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • ½ cawan almond
  • 1 ½ cawan coklat chip
  • ½ kacang walnut (Nur tak letak, kacang walnut tiada stok)

Cara-caranya :

photo_2015-07-26_15-19-49

  1. Pukul butter , gula kastor dan gula perang hingga sebati kemudian masukkan telur dan gaul.
  2. Setelah adunan sebati masukkan minyak, susu segar, esen vanilla, garam , cream of tartar, soda bikarbonat dan gaul semula sebelum masukkan tepung gandum.
  3. Setelah aduan sudah diadun sebati masukkan coklat chip dan kacang walnut.
  4. Adunan sedikit lembut.
  5. Kemudian sudukan adunan sederhana dan jarakkan kerana biskut akan kembang sedikit.
  6. Bakar adunan biskut pada suhu 175c selama 10 hingga 15 minit atau sehingga biskut masak (bergantung kepada suhu oven yang anda ada).
  7. Setelah biskut kekuningan tandanya biskut masak, angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  8. Siap sudah! Mudah kan.

Ok lah selamat mencuba semua!

7 Tips Sihat Gaya Rasulullah Yang Perlu Diamalkan Untuk Kekal Sihat

As salamualaikum

Allah menjadikan hambaNya sebaik-baik kejadian dan diciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna. Begitu juga lahirnya manusia di muka bumi ini dengan diberi kesihatan di mana badan manusia sememangnya diberi ketahanan dalam mengelakkan ancaman yang datang daripada persekitaran mereka.

Namun semua itu mustahil apabila gaya hidup manusia yang semakin kurang sihat menganggu keseimbangan yang diberikan Allah kepada mereka. Kebanyakkan penyakit yang berlaku ke atas manusia adalah akibat daripada kerosakan yang mereka lakukan sendiri.

Mengambil contoh terbaik Nabi Muhammad S.A.W adalah cara yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang sihat. Nabi S.A.W mengajar manusia bagaimana meningkatkan badan secara holistik secara fizikal dan mental. Selain memiliki jiwa dan minda yang sihat nabi juga memiliki stamina yang optimum patut dicontohi kita.

Gaya hidup sihat yang dipaparkan oleh nabi adalah melalui cara makan, jenis makanan yang diambil dan dipilih, cara menjaga kebersihan, penampilan, senaman yang dilakukan dan juga cara nabi membentuk jiwa dan minda yang sentiasa sihat.

Tips yang diberikan Nur adalah melalui pembacaan buku 365 Tips Gaya Sihat Rasulullah yang ditulis oleh Dr. Mohammad Alitoha yang dipertik daripada hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W, petua pengamal perubatan islam terkenal, petua para ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian seluruh dunia dan pengalaman penulis sebagai Doktor.

Nak sihat seperti Rasulullah yang mana seumur hidup hanya sakit dua kali sahaja? Jom kita tengok 7 tips sihat gaya rasululllah dahulu :

  1. Dalam surah Muhammad Allah berfirman dalam ayat 38 : Ïngatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu maha Kaya sedangkan kamu semua adalah orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu”. Punca kebatilan dan kedekut adalah perasaan mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu rungsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan kita akan diserang penyakit paru-paru.jangan marah
  2. Sikap pemarah adalah hasil kesedihan dan perasaan sombong pada diri. Perasaan marah akan menyebabkan badan mengeletar, wajah kemerahan dan jantung berdengup kencang. Perasaan marah akan membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu mengalami penyakit hati. Juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat.
  3. Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa seseorang seterusnya menyebabkan tenaga berkumpul di dalam tubuh. Akibat daripada itu, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik oleh badan. Akibat daripada itu juga, peredaran darah menjadi semakin perlahan hingga menyebabkan gangguan kepada jantung dan otak. Sepotong doa yang diajar oleh Nabi S.A.W : “Allahuma inni a’udzubika minal hammi wal hazn, wa a’udzubika minal ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa a’udzubika min gholabatil-dain wa qohri rijaal”. Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim.
  4. Melindungi diri daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama angin pada waktu malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Mengamalkan pemakanan tidak seimbang sama ada kurang makan, makan  secara berlebihan atau komposisi yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan akan menganggu keseimbangan tubuh dan akan mendatangkan penyakit. doa sebelah kanan
  5. Nabi mengajar umatnya cara tidur yang betul bagi kesihatan yang berpanjangan. Cara tidur yang baik dan diamalkan oleh nabi adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri dibimbangi menekan perut yang akan menganggu proses pencernaan. Malah ia akan menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung dan keupayaan jantung mengepam darah. basuh-tangan
  6. Nabi menyarankan supaya manusia membasuh tangan sebelum makan walaupun pada ketika itu manusia belum mapu melihat kuman. Namun aatas kesedaran di mana tangan sentiasa menyentuh benda yang kotor dan dicemari pelbagai kuman. Kuman yang masuk ke dalam perut seseorang menyebakan seseorang itu mendapat penyakit yang sukar dikesan dan diubati.sedekah
  7. Dalam masyarakat kita, terdapat golongan miskin dan yatim piatu yang memerlukan bantuan kewangan. Selain membayar zakat, kita digalakkan untuk memberikan sedekah bagi meringankan penderitaan golongan ini. Nabi berkata, “sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah”. Orang yang sedang sakit digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaan. Ini kerana dengan bersedekah, penyakit boleh dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan penyakit diringankan.

Setakat ini dulu perkongsian Nur untuk hari ini, InshaAllah Nur akan sambung lain kali.. Semoga 7 tips ini dapat dimanfaatkan kita untuk kesihatan yang berterusan dan dijauhkan sebarang penyakit!