7 Tips Asas Untuk Mengembirakan Hati Yang Sedih Dan Kecewa

As salamualaikum

Kadang kala perasaan sedih dan kecewa tidak lari pada diri seorang manusia sehingga menyebabkan hati mula semakin sakit dan menjadi merana. Bagi anda yang mengalami masalah hati yang sedih dan kecewa pelbagai cara boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sedih, kecewa dan sengsara.

Walau apa pun cara yang anda guna untuk mengubat perasaan sedih, kecewa atau perasaan sengsara hati anda, ia terpulang kepada ketahanan emosi, mental dan sejauh mana kesabaran anda dalam mengubati perasaan tersebut.

Antara 7 tips yang anda boleh gunakan untuk mengembirakan hati yang sedih, sengsara dan kecewa ialah :

  1. Melatih minda melupakan kenangan pahit yang dialami                                           *** Melupakan kenangan pahit perlu dilakukan secara berterusan dan dilakukan secara berperingkat-peringkat, sangat mustahil untuk melupakan dengan mudah.                                                                                                                *** Malah memikirkan kenangan pahit akan menyebabkan perasaan sedih dan suram kembali dalam kotak fikiran anda. Kenangan pahit yang dahulu perlu dipisahkan daripada perasaan kini. Anda perlu fokus kepada masa depan anda, keluarga, kerjaya, cita-cita dan impian anda.
  2. Buang perasaan risau yang melampau                                                                           download (1)*** Risau yang melampau akan menyebabkan anda akan menarik masalah atau musibah dan ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.                                                                                         *** Perasaan risau melampau akan menyebabkan perasaan sedih dan kecewa semakin menjadi-jadi sehingga menjadi perasaan takut. Anda perlu belajar untuk bertenang dan mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.
  3. Sentiasa bersyukur                                                                                                             syukur
     *** Setiap rezeki yang diterima anda patut mensyukuri rezeki yang diterima walaupun ia rezeki sekecil zarah sekalipun. Dapat menarik nafas setiap kali bangun daripada tidur dan mempunyai keluarga yang baik. Semua itu nikmat yang Allah berikan kepada anda.
  4. Menjadi seorang pemaaf                                                                                              images (1) *** Sikap pemaaf dapat membersihkan hati kita daripada perasaan negatif dan segala emosi negatif. Dengan sikap pemaaf juga dapat meneutralkan sikap negatif yang ada pada diri seseorang itu.                                                                    *** Perasaan sedih dan kecewa timbul apabila anda sakit kerana tidak memaafkan kesalahan diri dan orang lain disekeliling anda. Belajarlah untuk memafkan agar diri anda menjadi lebih tenang.
  5. ketawa, ketawa dan terus ketawa                                                                                   images (2)                                                                                                                                            *** Ketawalah apabila terdapat perkara yang mengembirakan perasaan anda dan anda boleh ketawa dengan menonton video komedi.                                      *** ketawa secara semula jadi dan pastinya ia membuatkan anda gembira.
  6. Mengubah fikiran                                                                                                                download *** Ubah fikiran anda kepada fikiran yang sentiasa positif dan kita kena ubah fikiran yang buruk kepada perkara yang membuatkan anda gembira dan seronok.                                                                                                                            ***Anda perlu mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
  7. Keraskan hati                                                                                                                        *** Anda perlu keras melawan perasaan yang negatif dan sentiasa elakkan hati daripada godaan-godaan yang tidak baik.                                                                   *** Keraskan hati juga di sini bermaksud individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima musibah serta dugaan dengan hati terbuka.

Kita mampu untuk mengubah hati yang sedih kepada hati yang penuh ceria dan gembira  asalkan kita yakin Allah sentiasa memberikan kita jalan terbaik permasalahan kita. Dan yang penting adalah hati kita!

Hati yang bersih akan menimbulkan perasaan yang gembira dan bahagia..

Selamat beramal!

Advertisements

5 Resepi Skrub Buatan Sendiri Membuat Muka Berseri Dan Bebas Jerawat.

As salamualaikum dan salam sejahtera!

Pergi rumah terbuka sana sini, yang wanita cantik dari atas hingga bawah, yang lelaki pula segak bergaya, memang membuat hati cemburu dan nak seperti mereka juga kan? Tipu lah kalau jumpa perempuan lain kulit wajah yang putih mulus bak sutera kita sebagai perempuan tengok tanpa perasaan cemburu dan tidak teringin seperti mereka.

skrub

Lumrah sebagai perempuan kita inginkan kecantikan dalaman dan luaran. Memang kecantikan luaran tu tak penting sangat tapi adakah kita hanya membiarkan jerawat singgah ke muka kita tanpa perasaan?

Hari Nur nak ajar anda mendapatkan kulit muka sihat, cantik dan bercahaya gitu hanya dengan kos yang murah, tidak perlu dikenakan GST dan semulajadi, bebas bahan kimia dan barang di rumah anda sahaja! Nak ke tidak?? Ada yang tidak suka??

Nur Nampak ramai yang angkat tangan tu sambil sengih-sengih gitu, jadi marilah ikuti perkongsian Nur tentang skrub homemade ni.

Selain membuat muka anda berasa bersih dan diperbaharui, skrub muka yang baik boleh mencegah jerawat dan mengelupas kulit kering atau kulit mati. Artikel kali ini membantu anda membuat lima resepi skrub yang pastinya bahan ada di rumah anda.

  1. Skrub Teh Hijau + Madu + Gula

scrub green tea

Teh hijau yang digunakan untuk kulit membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan kedutaan dan noda serta memperbaiki tisu parut. Manakala madu mempunyai pelembap yang besar dan ciri-ciri antibakteria.

Bahan-bahan :

  • Teh hijau
  • Gula
  • Madu

Cara-cara :

  • Bancuh secawan teh hijau menggunakan air panas dengan kepekatan yang kuat.
  • Teh hijau yang baik adalah teh hijau serbuk berbanding teh hijau dalam uncang.
  • Kemudian tuangkan satu atau dua sudu teh ke dalam mangkuk. Biarkan teh hijau itu sejuk.
  • Setelah teh hijau sejuk masukkan gula ke dalam teh yang disejukkan tadi sehingga adunan menjadi kental dan boleh digosok ke kulit wajah anda.
  • Tetapi pastikan masih dama keadaan basah. Akhir sekali masukkan satu sudu madu dan gaul sebati.
  1. Skrub Minyak Kelapa + Gula + Lemon

images

Minyak kelapa telah digunakan selama berabad-abad oleh ramai orang sebagai tonik kulit yang baik. Manakala gula dan lemon dapat melembutkan kulit wajah.

Bahan-bahan :

  • ½ cawan Minyak Kelapa @ minyak zaitun @ minyak grapeseed
  • Gula
  • Lemon

Cara-cara :

  • Letakkan ½ cawan minyak kelapa di dalam mangkuk.
  • Tambah 2 sudu besar gula ke dalam mangkuk dan pastikan gula di kacau sehingga mempunyai ketulan pasir.
  • Tambah 1 sudu jus lemon bagi wangian yang menyegarkan dan ia berfungsi untuk pembersihan yang mendalam.
  1. Skrub Kopi

homemade-coffee-scrub

Serbuk kopi membantu sebagai pengelupas semulajadi kulit wajah, menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit muka anda berasa segar dan lembut. Selain itu, skrub kopi ini membantu dalam masalah selulit dan ia boleh disapu pada tumit kaki yang pecah-pecah.

Bahan-bahan :

  • Kopi
  • 1 sudu gula perang atau  gula pasir
  • 1 sudu madu

Cara-cara :

  • Kisar beberapa biji kopi atau gunakan sisa-sisa kopi yang ada ditepi cawan anda.
  • Kemudian tambah 1 sudu gula perang dan 1 susu madu dan gaul hingga rata.
  • Lumurkan skrub kopi ke muka anda dengan gerakan membulat.
  • Biarkan hingga kering sebelum di basuh.
  1. Skrub Beras

Rice-Scrub-For-Blackheads

Bahan-bahan :

  • Beras (apa-apa jenama)
  • Madu
  • Lemon / limau

Cara-cara :

  • Beras dikisar kepada saiz yang kecil tetapi jangan kisar terlalu lama takut ia menjadi serbuk halus.
  • Cukup sekadar kisaran yang sederhana untuk menghasilkan beras yang mempunyai manik kecil.
  • Tambah madu di dalam beras untuk adunan yang tebal.
  • Potong limau ½ biji dan perah ke dalam adunan beras dan madu.
  • Gosok lemon yang terdapat serbuk beras dan madu pada muka.
  • Sekiranya tidak ada lemon, boleh gunakan tangan yang bersih.
  1. Skrub Almond + minyak badam + minyak essential

almond scrub

Bahan-bahan :

  • Almond
  • minyak badam
  • minyak essential

Cara-cara :

  • Letakkan 1 cawan badam makan dalam mangkuk dan kisarkan hingga hancur tetapi jangan terlalu lama.
  • Gunakan badam mentah
  • Campurkan ½ cawan minyak badam atau minyak zaitun/minyak kelapa
  • Tambah beberapa titik minyak pati untuk wangian yang menyegarkan.

Bagi menyimpan skrub ini dalam tempoh yang agak lama iaitu 1-2minggu, masukkan skrub yang sudah siap di dalam bekas bertutup. Simpan di tempat sejuk dan kering.

Menggunakan skrub untuk muka yang baru dicuci. Gosok gosok di seluruh muka anda dan berikan tumpuan di kawasan-kawasan yang kering. Gunakan tuala kecil basah untuk membuang gosok, dan percikan air sejuk di muka anda apabila anda selesai.

selamat mencuba!

Resepi Biskut Coklat Chip Seumpama Famous Amos Mudah dan Sedap

As salamualaikum dan selamat sejahtera!

Memandangkan kuih raya dah habis di gap oleh adik-beradik kat rumah dan ada tetamu yang nak dating Nur gagahi juga buat biskut untuk tetamu. Ye la tahun ni Nur buat cukup-cukup jak kuih raya. Setiap biskut satu adunan sahaja kecuali biskut ulat bulu Nur buat dua adunan. Kali ini Nur buat biskut coklat chip ala-ala famos Amos.

Bila balik rumah mak sabtu tu dah habis licin biskut Nur bawa balik, memang tak de satu pun. Adik pula sibuk nak bawa biskut raya balik rumah sewa dia. Nak makan jadi Nur buat syarat, Nur adun dia yang akan bakar dan adik Nur setuju barulah biskut ini direalisasikan.. hahaha (ugutan memang kena!).

Nak buat biskut coklat chip ni tidaklah susah mana, tak lama nak adun, tadaaa siap!

Ok lah Nur tak nak membebel lama-lama jom kita terjah resepi biskut coklat chip ala-ala famous amos style Nur.

photo_2015-07-26_15-20-03

Bahan-bahan :

  • 1 cawan mentega / butter
  • ½ cawan gula kastor
  • ¾ cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar (Nur guna Susu segar Dutch lady)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • ½ cawan almond
  • 1 ½ cawan coklat chip
  • ½ kacang walnut (Nur tak letak, kacang walnut tiada stok)

Cara-caranya :

photo_2015-07-26_15-19-49

  1. Pukul butter , gula kastor dan gula perang hingga sebati kemudian masukkan telur dan gaul.
  2. Setelah adunan sebati masukkan minyak, susu segar, esen vanilla, garam , cream of tartar, soda bikarbonat dan gaul semula sebelum masukkan tepung gandum.
  3. Setelah aduan sudah diadun sebati masukkan coklat chip dan kacang walnut.
  4. Adunan sedikit lembut.
  5. Kemudian sudukan adunan sederhana dan jarakkan kerana biskut akan kembang sedikit.
  6. Bakar adunan biskut pada suhu 175c selama 10 hingga 15 minit atau sehingga biskut masak (bergantung kepada suhu oven yang anda ada).
  7. Setelah biskut kekuningan tandanya biskut masak, angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  8. Siap sudah! Mudah kan.

Ok lah selamat mencuba semua!

Kecantikan Semulajadi Dengan Set Penjagaan Wajah Shaklee Si Putih Sutera

As salamualaikum dan salam sejahtera!

Baru seminggu Nur guna produk NUTRIWHITE Shaklee en. Hubby d muka isterinya yang mula bersih  berseri-seri.. Wahhh ini yang buat Nur nak guna setiap jam ni..ok lah bercerita tentang produk NutriWhite yang dikeluarkan Shaklee dihasilkan daripada gabungan 16 bahan-bahan botani yang mujarab..

Shaklee telah menjelajah seluruh dunia untuk mencari nutrien paling tulen dan herba paling berkuasa untuk produk ini..

NutriWhite Shaklee

NutriWhite Shaklee bekerja dengan 5 cara iaitu : 

1. Menghalang 

  • Kerosakan daripada matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit anda daripada rosak, gelap kesan sinar cahaya cahaya matahari dan UV

2. Berkurangan 

  • Pigmen gelap dan kulit kusam akan berkurangan dengan penggunaan NutriWhite.. Kulit akan menjadi lebih cerah dan bercahaya serta muka akan bersih tanpa cela

3. Menyekat 

  • Kulit yang mempunyai pigmen gelap dari sel-sel kulit asas akan memindahkan kepada lapisan atas dan membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam

4. Mencerah 

  • Penggunaan NutriWhite akan melindungi kulit daripada melanin yang sedia ada dan membawa kepada wajah yang lebih rata dan kulit lebih cerah.

5. Memperbaharui

  • Ia dapat mengeluarkan sel-sel mati dengan lebih cepat dan mewujudkan tona kulit yang lebih cerah dan kulit lebih bercahaya

PERBEZAAN NUTRIWHITE SHAKLE

  • Dihasilkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat 
  • Sebelum dikeluarkan NutriWhite menjalani 3 tahun pembangunan produk dan menjalani ujian yang menyeluruh
  • Produk unik dan penghasilan yang eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan..
  • Produk selamat dan berkesan serta terbukti untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sampingan..

Jadi bagi anda yang inginkan kulit muka putih, lebih cerah dan bercahaya wajib gunakan produk NutriWhite untuk set penjagaan kulit harian anda!! 

7 Tips Sihat Gaya Rasulullah Yang Perlu Diamalkan Untuk Kekal Sihat

As salamualaikum

Allah menjadikan hambaNya sebaik-baik kejadian dan diciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna. Begitu juga lahirnya manusia di muka bumi ini dengan diberi kesihatan di mana badan manusia sememangnya diberi ketahanan dalam mengelakkan ancaman yang datang daripada persekitaran mereka.

Namun semua itu mustahil apabila gaya hidup manusia yang semakin kurang sihat menganggu keseimbangan yang diberikan Allah kepada mereka. Kebanyakkan penyakit yang berlaku ke atas manusia adalah akibat daripada kerosakan yang mereka lakukan sendiri.

Mengambil contoh terbaik Nabi Muhammad S.A.W adalah cara yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang sihat. Nabi S.A.W mengajar manusia bagaimana meningkatkan badan secara holistik secara fizikal dan mental. Selain memiliki jiwa dan minda yang sihat nabi juga memiliki stamina yang optimum patut dicontohi kita.

Gaya hidup sihat yang dipaparkan oleh nabi adalah melalui cara makan, jenis makanan yang diambil dan dipilih, cara menjaga kebersihan, penampilan, senaman yang dilakukan dan juga cara nabi membentuk jiwa dan minda yang sentiasa sihat.

Tips yang diberikan Nur adalah melalui pembacaan buku 365 Tips Gaya Sihat Rasulullah yang ditulis oleh Dr. Mohammad Alitoha yang dipertik daripada hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W, petua pengamal perubatan islam terkenal, petua para ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian seluruh dunia dan pengalaman penulis sebagai Doktor.

Nak sihat seperti Rasulullah yang mana seumur hidup hanya sakit dua kali sahaja? Jom kita tengok 7 tips sihat gaya rasululllah dahulu :

  1. Dalam surah Muhammad Allah berfirman dalam ayat 38 : Ïngatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu maha Kaya sedangkan kamu semua adalah orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu”. Punca kebatilan dan kedekut adalah perasaan mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu rungsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan kita akan diserang penyakit paru-paru.jangan marah
  2. Sikap pemarah adalah hasil kesedihan dan perasaan sombong pada diri. Perasaan marah akan menyebabkan badan mengeletar, wajah kemerahan dan jantung berdengup kencang. Perasaan marah akan membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu mengalami penyakit hati. Juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat.
  3. Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa seseorang seterusnya menyebabkan tenaga berkumpul di dalam tubuh. Akibat daripada itu, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik oleh badan. Akibat daripada itu juga, peredaran darah menjadi semakin perlahan hingga menyebabkan gangguan kepada jantung dan otak. Sepotong doa yang diajar oleh Nabi S.A.W : “Allahuma inni a’udzubika minal hammi wal hazn, wa a’udzubika minal ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa a’udzubika min gholabatil-dain wa qohri rijaal”. Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim.
  4. Melindungi diri daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama angin pada waktu malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Mengamalkan pemakanan tidak seimbang sama ada kurang makan, makan  secara berlebihan atau komposisi yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan akan menganggu keseimbangan tubuh dan akan mendatangkan penyakit. doa sebelah kanan
  5. Nabi mengajar umatnya cara tidur yang betul bagi kesihatan yang berpanjangan. Cara tidur yang baik dan diamalkan oleh nabi adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri dibimbangi menekan perut yang akan menganggu proses pencernaan. Malah ia akan menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung dan keupayaan jantung mengepam darah. basuh-tangan
  6. Nabi menyarankan supaya manusia membasuh tangan sebelum makan walaupun pada ketika itu manusia belum mapu melihat kuman. Namun aatas kesedaran di mana tangan sentiasa menyentuh benda yang kotor dan dicemari pelbagai kuman. Kuman yang masuk ke dalam perut seseorang menyebakan seseorang itu mendapat penyakit yang sukar dikesan dan diubati.sedekah
  7. Dalam masyarakat kita, terdapat golongan miskin dan yatim piatu yang memerlukan bantuan kewangan. Selain membayar zakat, kita digalakkan untuk memberikan sedekah bagi meringankan penderitaan golongan ini. Nabi berkata, “sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah”. Orang yang sedang sakit digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaan. Ini kerana dengan bersedekah, penyakit boleh dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan penyakit diringankan.

Setakat ini dulu perkongsian Nur untuk hari ini, InshaAllah Nur akan sambung lain kali.. Semoga 7 tips ini dapat dimanfaatkan kita untuk kesihatan yang berterusan dan dijauhkan sebarang penyakit!

Berapa Banyak Susu Ibu Yang Perlu Diberikan Kepada Bayi Anda?

As salamualaikum dan salam sejahtera

Bercerita bab susu ibu, tidak semua ibu di luar sana yang gagah untuk  memberikan susu ibu kepada anak yang telah diharapkan. Mungkin kurang ilmu ataupun kesibukan yang dilalui.

mamalia menyusukan anak

Tahukah anda?? fitrah 5000 spesies mamalia adalah menyusukan anaknya sendiri. Contohnya lembu, kandungan susu yang mengandungi protein tinggi penting dalam membentuk otot anak lembu yang boleh berjalan selepas dilahirkan.

Susu ibu yang dianugerahkan kepada wanita bergelar ibu adalah anugerah istimewa yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Susu ibu juga patutnya dianggap hadiah terbaik yang dapat diberikan kepada anak mereka tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang mahal. Modal dalam pemberian susu ibu hanya mudah iaitu ilmu dan kasih sayang!

susu ibu dan anak

Tetapi masih ramai ibu di luar sana mengabaikan keistimewaan yang ada pada mereka. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk si bayi syurga anda daripada aspek fizikal, emosi dan seterusnya ia mempengruhi rohani anak itu sendiri.

Di dalam kandungan ibu, bayi berasa selesa bila mana ibu memeluknya dengan penuh kasih sayang, menerima makanan yang diperolehi daripada tali puasat dan didodoi dengan denyutan jantung ibu. Setelah keluar di alam dunia, penyusuan susu ibu adalah bertujuan memastikan si bayi berasa selamat dan tidak berasa keseorangan.

Bagi ibu hamil nikmati anugerah Allah yang istimewa ini dan penyusuan susu ibu kepada anak syurga adalah satu fasa dalam melengkapkan fasa kehidupan seorang wanita itu. Ruginya siapa yang dianugerahkan anak tapi mengabaikan fasa penyusun kepada anak syurga mereka.

Manakala bayi yang akan dilahirkan mengetahui makanan yang akan menunggu mereka apabila mereka melihat dunia setelah dilahirkan. Selepas proses kelahiran berlaku bayi yang tidak berada di pengaruh ubat-ubatan akan mampu terus menyusu tanpa ada sebarang masalah. Ini melihat kepada keadaan bayi yang di dalam kandungan lagi sudah mampu membuka mulut dan menghisap jari.

Ibu yang menyusu bayi perlu berfikiran positif dan sentiasa yakin bahawa susu ibu adalah lebih daripada penyusuan tetapi penyusuan susu ibu adalah symbol kasih saying tidak ada bandingan antara ibu dan anak malh penyusuan susu ibu adalah jaminan keselamatan yang memberi kesan mendalam kepada si anak dalam tumbesaran emosi dan psikologi mereka.

Dalam pemberian susu ibu ibu perlu tahu bahawa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sangat sesikit. Hal ini bersesuaian dengan saiz perut si bayi anda pada waktu tersebut. Kajian yang dijalankan diterangkan di bawah :

  1. Hari Pertama Hingga Kedua Kelahiran

buah ceri

  • Saiz perut bayi : Sebesar buah ceri
  • Saiz perut bayi adalah sebesar kacang hazel atau pun buah ceri.
  • Bayi memerlukan susu ibu dalam kuantiti 5 hingga 7 ml.
  1. Hari Ketiga Hingga Hari Keempat Kelahiran

kacang walnut

  • Saiz perut bayi : sebesar kacang walnut
  • Saiz perut bayi adalah sebesar genggaman tangan bayi atau pun kacang walnut.
  • Pada ketika ini susu ibu yang diperlukan adalah sebanyak 22-27ml atau lebih kurang 1 auns.
  1. Hari Kelima Hingga Hari Keenam Kelahiran

aprikot

  • Saiz perut bayi : sebesar buah aprikot
  • Perut bayi pada hari ke-5 dan ke-6 dapat menampung susu ibu sebanyak 1.5 hingga 2 auns.
  1. Hari Ketujuh, Minggu Kedua & Minggu Ketigatelur.1b
  • Saiz perut bayi : sebesar saiz sebiji telur
  • Pada hari dan minggu ini barulah bayi memerlukan susu ibu lebih daripada 2 auns.

Oleh itu, penyusuan susu ibu adalah anugerah terindah dan permulaan terhebat kepada mereka yang bergelar ibu. Ppastinya ia juga permulaan yang hebat bila mana bayi dilahirkan dan pada saat mulut si kecil mula menghisap payudara anda.  Anda perlu tahu tidak semua orang merasai detik menyusu bayi mereka yang dilahirkan jadi anda sangat bertuah jadi jangan sia-siakan pengalaman ini.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak syurga anda. Selamat Berjaya untuk anak yang sihat!

Keistimewaan Dan Kelebihan Kolagen Daripada Sisik Ikan Merah

As salamualaikum dan Salam sejahtera!

Banyak di pasaran hari ini produk kecantikkan berasaskan kolagen, tetapi untuk memilih kolagen yang terbaik anda perlu bijak dan mengetahui sama ada kolagen yang anda akan pakai itu memberi kesan sampingan atau tidak. Nur memang takut untuk membeli produk kolagen ini tapi bila kawan memperkenalkan kolagen daripada sisik ikan merah shaklee collagen powder Nur terus jatuh cinta pandang pertama.

Kesan seawal 3 hari memang sungguh menakjubkan, tetapi pasti ada yang kata tipu kan? ye percaya atau tidak memang 3 hari nampak kesan tersebut. Ya itu pastinya dengan kaedah penggunaan yang betullah! Nak tahu rahsia penggunaan yang memberi kesan kenalah beli dengan Nur baru bagitahu rahsia!

Kenapa sisik ikan merah ??

Tahukah anda??? Kolagen yang bermutu adalah kolagen yang dihasilkan daripada hidupan laut berbanding kolagen yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Namun pemilihan hidupan laut untuk menghasilkan kolagen perlu dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mengelakkan pencemaran pada hidupan marin tersebut.

Kandungan yang terbaik pada hidupan laut menyebabkan Shaklee memilih ikan merah laut sebagai sumber utama penghasilan kolagen. Malah ikan merah laut juga mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding hidupan laut lain.

Shaklee Collagen Powder  merupakan supplemen yang terbaik. Sebanyak 4000mg kolagen diekstrak dari RSS (sisik ikan merah) proprietari, iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi.

Kandungan lain Shaklee Collagen Powder 

Selain sisik ikan merah Kolagen Shaklee juga dihasilkan dengan gabungan 7 bahan aktif iaitu :
Ekstrak biji camellia Japonica – terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan merupakan pelembap kulit yang hebat, isoflavon dan merupakan antioksidan semulajadi yang dapat mengurangkan radikal bebas
Ekstrak Pfaffia – Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camilla japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
Elastin kolagen ikan – elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
Vitamin C – Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikalbebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B2 dan B6 – Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.
Ekstrak kekerang – glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus – membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder

Berbeza dengan kolagen lain, kolagen Shaklee mempunyai berat molekul yang sangat rendah dan seimbang iaitu kira-kira 1000 dalton.. Apa itu dalton?? dalton adalah cara mengira berat molekul kolagen. Dengan kandungan dalton yang rendah ia mudah diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Haaaa nak tahu betul atau tidak anda kenalah beli sendiri!! Berminat anda boleh menghubungi Nur dengan sms / whatsapp : 014-263 9901

Bertenaga Dengan Minum Cinch Energy Tea Mix Shaklee

As salamualaikum dan Salam sejahtera!

Poster-Cinch-Tea

Sejak akhir-akhir ini ramai yang bercerita tentang teh keluaran Shaklee yang satu ini, namanya Cinch Energy Tea Mix. Permintaan untuk teh ini juga semakin laris dan ramai yang mendapatkan produk ini.

Tapi kenapa ramai yang minat teh Shaklee? Best sangat ke cinch energy tea mix shaklee ini? Kalau nak tahu Cinch Energy Tea ini bukan sekadar teh dan bukan hanya sedap sahaja tetapi yang sangat menjadi bualan orang ramai adalah kebaikan produk ini dalam kehidupan harian.
energizing-tea
Kandungan Cinch Energy Tea keluaran Shaklee ini mengandungi Matcha Green Tea, Red Tea, White Tea, Rooibos Red Tea dan Taurina. Adunan kandungan ini menjadikan teh keluaran Shaklee minuman luar biasa yang hebat. Di mana ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
Sesiapa yang memerlukan tenaga tambahan dan perlu berjaga malam digalakkan untuk mengambil cinch energy tea ini. Ia akan memberikan tenaga sepanjang hari kepada anda. Malah mereka yang ingin berdiet juga disarankan untuk mengambil cinch energy tea ini.
kandungan
Antara testimoni pengguna yang mengambil cinch energy tea mix shaklee ini :
testimoni cinch tea
cinch tea 1 testimoni cinch
testimoni cinch1
Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dengan kelebihan dan kehebatan cinch energy tea mix shaklee ini. Nak cuba boleh sms / whatsapp : 014-2639901

Bahayakah Pendarahan Ketika Awal Kehamilan?

As salamualaikum 

hamil yang sihat

Emmm.. bila bercakap tentang pendarahan ringan ketika hamil mesti ada yang berasa sedih dan mungkin juga ada yang berasa bimbang… Kenapa Nur katakan begitu??? Pendarahan ringan faraj awal kehamilan telah menyebabkan sesetengah wanita hamil mengalami keguguran..

Yang pasti setiap orang menerima kesan yang berbeza dengan pendarahan yang berlaku ketika awal kehamilan mereka. Jangan ambil mudah apabila anda mengalami pendarahan ketika awal kehamilan!

Apa itu pendarahan awal kehamilan??

Pelekatan telur yang disenyawakan pada dinding uterus membolehkan pendarahan berlaku ketika hamil. Pendarahan ini dipanggil implantasi yang berlaku selama 1 atau 2 hari. Pendarahan ringan dari faraj atau spotting biasanya berlaku di awal kehamilan dari persenyawaan dan berakhir ketika kandungan wanita itu berusia 20 minggu.

Pendarahan faraj juga disebut spotting dan ia serupa darah haid. sebenarnya pendarahan awal kehamilan adalah normal tetapi kerisauan tetap ada apatah lagi kehamilan tersebut adalah kehamilan pertama yang dinantikan bertahun-tahun oleh seorang wanita. Manakala sesetengah wanita hamil yang mengalami pendarahan menganggap ia “SATU PERKARA BIASA” dan tidak mendatangkan masalah.

pendarahan ketika hamil
Kajian menunjukkan bahawa 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan faraj dalam trimester pertama mereka. Bagi wanita yang pernah menjalani IVF atau rawatan kesuburan lain berkemungkinan besar mereka akan mengalami pendarahan ringan bergantung kepada bagaimana bayi anda disenyawakan dan mungkin terdapat dua embrio diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan salah satunya tidak kekal yang boleh menyebabkan pendarahan. ..


Namun pendarahan awal ketika hamil boleh menjadi lebih serius seperti keguguran ataupun kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim). Di mana pendarahan ini disertai dengan sakit perut dan kekejangan. 

Adakah anda tahu sebanyak 20% daripada kehamilan yang berlaku akan mengalami keguguran dan 80% berlaku ketika usia kandungan wanita itu 2 atau 3 bulan usia kehamilan. Haaaaa…mesti ramai yang bimbang kan??? 

Keguguran pada awal kehamilan berlaku disebabkan bayi tidak berkembang dengan betul seterusnya pendarahan berlaku semakin banyak secara beransur-ansur. Keguguran awal sememangnya sering berlaku kepada waita hamil malah sesetengah wanita yang mengalami keguguran tersebut tidak mengetahui tentang kehamilan mereka dan menganggap mereka sedang haid. 


Keguguran ektopik (kehamilan luar rahim). Kehamilan ini berlaku apabila telur disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Tanda anda mengalami kehamilan ektopik ialah apabila berlaku pendarahan yang berterusan tanpa henti. Pendarahan yang berlaku berwarna gelap dan cair umpama jus prun. Kehamilan ini menyebabkan kesakitan yang teruk. 

Faktor Penyebab Pendarahan Faraj Ketika Kehamilan

  • Hormon yang menyebabkan kehamilan boleh mengubah permukaan serviks seterusnya uterus cenderung untuk berdarah dan mungkin mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks. 
  • Mungkin juga anda mengalami fibroid iaitu ketumbuhan pada dinding rahim.. JANGAN BIMBANG fibroid bukan kanser tetapi terdapat plasenta melekat di tempat yang terdapat fibroid. 
  • Kemungkinan juga anda mengalami jangkitan serviks atau jangkitan di bahagian faraj. 
  • Terdapat juga kemungkinan anda mempunyai ketumbuhan kecil pada serviks anda dan ini dipanggil polip serviks atau cervical polyp yang tidak membahayakan
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks @ jangkitan faraj 

Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku pendarahan??

  • Anda perlu segera berjumpa dengan doktor anda untuk mengenalpasti penyebab kepada pendarahan. Ia juga mengelakkan masalah semakin teruk seperti keguguran. 
  • Doktor akan membuat pemeriksaan dalam faraj untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan baik atau sebaliknya. Imbasan ultrabunyi juga dilakukkan untuk melihat bayi yang anda kandung berada dalam keadaan baik di dalam uterus atau pendarahan tersebut disebabkan oleh kehamilan ektopik. 
  • Mungkin juga doktor anda akan membuat beberapa ujian rutin seperti mengambil darah dan air kencing untuk melihat tahap hormon kehamilan anda.
  • InsyaAllah bayi anda akan selamat sekiranya tidak ada masalah..Sesetengah wanita hamil yang mengalami masalah pendarahan ketika hamil akan dapat meneruskan kandungan mereka sehingga detik kelahiran.

Pemakanan juga amat penting untuk anda yang sedang hamil bagi menjamin kandungan anda sentiasa selamat dan sihat. Apabila anda disahkan hamil usahakan untuk anda menjaga kesihatan tubuh dan kesihatan makanan anda.

Makanan anda perlu dilengkapi semua nutrien sejak awal kehamilan hingga tarikh kelahiran. Bagi anda yang sedang hamil untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dapatkan set kehamilan shaklee yang membantu dalam kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan. 

Mudahnya Mencuci Dengan Pencuci Serbaguna Semulajadi : Basic H

As salamualaikum, Salam sejahtera.

Puasa 6

Hari ni, masuk hari ke-5 syawal ada yang sudah mula berpuasa enam hari di bulan syawal? Alhamdulillah kalau ada yang sudah mula dengan puasa sunat yang amat digalakkan di bulan Syawal. Di saat kita berhari raya jangan lupa antara sunnah Rasulullah S.A.W pada bulan syawal adalah Puasa Sunat Enam.

Menurut Hadis Riwayat Muslim : “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan syawal, maka pahalanya seolah-olah berpuasa selama setahun”

Siapa yang tak ambil peluang ni memang lah amat-amat rugi tau.. Jadi masih ada masa panjang lagi kan? Petua Nur nak senang habiskan puasa sunat enam ni puasalah di waktu biasa dan sambung sabtu. Nak ke jamuan hari raya atau rumah terbuka bolehlah pergi malam ke atau hari ahad sahaja.

Berbalik kepada tujuan asal entri ini, Nur suka nak berkongsi dengan pencuci serbaguna merangkap pencuci ajaib yang Nur kenal setahun lalu ni, nama pencuci ni Basic H. Memang kalau tak de Basic H memang susah hidup Nur nak menyental dan mencuci serta membersih.

Apa istimewa sangat Basic H ni sampai jatuh wajib?? Jom kita tengok keistimewaannya :

ShakleeCleaner

  1. Tidak mengandungi toksik, pencuci semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  2. Tanpa bahan kimia yang berbahaya
  3. Tidak mengandungi pewarna dan bahan pewangi
  4. Tanpa fosfat
  5. Lembut pada tangan
  6. sesuai untuk 1001 kegunaan dalam dan luar rumah.

Disebabkan penggunaan Basic Hni beberapa titik ni, ia sangat menjimatkan ada pengguna yang mengguna hampir setahun, ada yang setengah tahun dan Nur juga begitu sehingga kadang-kadang tak sabar nak bagi habis Nur p tuang banyak-banyak dalam baldi..

Kegunaan Basic H :

1. Mencuci lantai, tingkap, bilik mandi, sinki, tingkap, perabot rumah, cermin kabinet tanpa kesan melekit.

2. mencuci kasut tanpa perlu menyental.

3. Menghilangkan kesan contengan pada dinding dengan mudah dan tanpa perlu tenyeh kuat-kuat

4. Mencuci puting dan botol susu yang berkerak.

5. Mencuci periuk yang mempunyai kesan degil dan berkarat.

6. Boleh meredakan demam anak. Dengan memasukkan 3-4 titik basic H ke dalam air suam kemudian sapukan air tersebut ke seluruh badan anak anda. Insha Allah suhu badan anak anda akan cepat turun.

Nak buat rumah terbuka sesuailah untuk anda beli pencuci serbaguna ni, senang, mudah, murah dan menjimatkan serta selamat untuk anak anda..

photo_2015-07-20_11-15-34

Berminat untuk dapatkan pencuci serbaguna ini sms I whatsapp : 014-2639901