Mengatasi Masalah Anak Cerewet Makan Hanya Dengan Meal Shakes Shaklee

As salamualaikum dan selamat petang..

Salah satu tugas mencabar dan sukar bagi ibu bapa apabila bercerita bab memberi anak makan. Apatah lagi apabila ibu bapa berhadapan dengan anak cerewet dalam memilih makanan.

Apabila anak mula membesar mereka akan mula menerokai kehidupan sekeliling mereka dan sifat ingin tahu itu lebih tinggi. Apabila berhadapan dengan makanan anak yang semakin membesar lebih gemar menerokai apa yang mereka makan daripada memakan makanan yang diberikan kepada mereka.

Pada situasi ini mereka akan mengambil lebih banyak masa, lebih-lebih lagi apabila mereka pertama kali memakan makanan pejal kerana mereka belajar membiasakan diri dengan pelbagai tekstur, warna dan rasa baru makanan mereka. Mungkin sebelum ini anda hanya berikan susu ibu sebagai makanan mereka.

Terdapat tiga kategori masalah makan yang sering dihadapi oleh anak anda :

  1. Anak yang terlalu cerewet makan 
  • Mereka hanya makan makanan tertentu sahaja dan jarang atau enggan makan makana yang bertekstur, berbau dan mempunyai rupa bentuk tertentu
  • Sukar dan gelisah bila diberi makan makanan yang mempunyai ciri-ciri makanan yang mereka tidak suka.
  1. Anak yang aktif tetapi jarang lapar
  • Mereka suka berlari dan bermain-main ke sana ke mari dan keadaan ini menyukarkan ibu bapa mereka makan.
  • Mereka ini adalah golongan yang tidak suka duduk diam.
  • Kurang selera makan
  • Suka bermain daripada makan
  1. Anak yang takut makan 
  • Sangat sukar untuk disuruh makan dan akan menangis apabila diberi makan
  • Mungkin akan mula menangis apabila nampak barang berkaitan makanan seperti sudu, botol atau mangkuk.

CARA MENGATASI ANAK CEREWET MAKAN 

Beberapa kaedah yang boleh anda gunakan apabila berhadapan dengan anak cerewet makan antaranya :

  • Pelbagaikan makanan – Anda perlu terus berusaha memberikan anak anda pelbagai jenis makanan yang pelbagai dan makanan baru walaupun mereka tidak berminat untuk makan. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa ia boleh mengambil masa sehingga 15x percubaan sebelum kanak-kanak itu menerima makanan baru.
  • Elakkan permintaan anak – Pastinya seorang ibu itu ingin menyediakan makanan terbaik untuk anak mereka di mana makanan itu juga amat disukai oleh andak anda. tetapi ini akan menyukarkan anda untuk menyediakan hidangan untuk seisi keluarga. Anda boleh memberi galakkan untuk anak anda makan makanan yang dimakan oleh ahli keluarga.
  • Makan bersama-sama – Apabila anda dan anak anda makan bersama anda boleh membiarkan mereka makan sendiri dan ketika makan tunjukkan reaksi dan katakan mereka bahawa makanan tersebut sedap dan lazat. Mungkin pada mulanya dia terpaksa makan dan lama kelamaan mereka akan mula menyukai makanan tersebut.

CADANGAN SUPLEMEN MENGATASI ANAK CEREWET MAKAN 

Kini anda tidak perlu risau lagi berhadapan dengan anak cerewet makan dengan adanya Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes Shaklee merupakan makanan segera yang berkhasiat dan hidangan lengkap.

  • Ia mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
  • Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
  • Lactalbumin adalah bahan terbaik yang mengandungi organisma protin yang berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh badan manusia dari bayi hingga ke orang dewasa.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh badan
  • KAya dengan serat yang membantu membuang lemak berlebihan yang terdapat pada usus dan perut.

Bestkan Meal Shakes Shaklee ni?? banyak khasiat dan mudah untuk disediakan. Semua golongan boleh mengambil Meal Shakes sebagai hidangan mereka..