4 Tips Penyusuan Susu Ibu Sebelum Si Ibu Kembali Bekerja

As salamualaikum

Kembali bekerja adalah sesuatu yang menyedihkan bila anda akan meninggalkan anak yang baru lahir dengan orang lain mahu pun sesiapa sahaja termasuk keluarga sendiri. Selama tiga bulan bersama anak melihat perkembangannya di depan mata tapi semua akan berubah apabila anda akan keluar untuk bekerja.

Anda juga mula berkira-kira bagaimana untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak anda kan?? Jom kita lihat tips penyusuan susu ibu sebelum kembali bekerja. 

1. Keazaman dan sokongan padu

Setiap apa yang kita lakukan perlu diiringi dengan keazaman tanpa keazaman anda pasti kalah dengan cabaran yang berlaku. Keazaman untuk meyusu dengan susu ibu itu perlu kuat bagi menghadapi cabaran atau masalah yang mendatang sepanjang proses penyusuan susu ibu. 

Pada yang sama, meneruskan penyusuan susu ibu memerlukan sokongan moral dan emosi daripada orang paling penting atau mereka yang paling rapat. Penyusuan susu ibu sepenuhnya bukanlah semudah yang anda sangkakan. Tekanan dan keletihan dalam bekerja yang bakal dihadapi juga boleh menyebabkan masalah susu kurang dan sebagainya. 

2. Membeli pam payu dara yang berkualiti 

pam susu

Sekiranya anda yang ingin menyusukan anak anda dalam jangka masa yang panjang anda digalakkan untuk membeli pam payu dara yang lebih berkualiti kerana ia berbaloi untuk penggunaan tempoh yang lama. Kini pelbagai pam payu dara yang dijual dipasaran anda hanya perlu memilih pam payu dara manual (tangan), pam payu dara tenaga ( bakteria atau elektrik), pam tunggal mahu pun pam berganda. 

Pemilihan pam payu dara juga perlu mengikut bajet, keselesaan dan suasana tempat kerja. Bagi anda yang bekerja pam payu dara elektrik amat digalakkan kerana ia lebih efisien dan menjimatkan masa untuk mengepam susu. Jika tidak mempunyai bajet pam manual sudah memadai. 

3. Kelengkapan penyusuan yang mencukupi dan lengkap 

Apabila anda mengepam susu ibu anda di tempat kerja anda memerlukan kelengkapan yang baik untuk membawa hasil perahan susu ibu balik dalam keadaan yang berkualiti dan masih baik. Apa yang anda perlukan adalah beg pendingin dan botol menyimpan susu. Botol menyimpan susu anda boleh memilih sama ada botol ataupun beg plastik khas. Anda boleh menyimpan stok botol menyimpan susu di pejabat bagi tujuan kecemasan.

Bagi anda yang mempunyai peti sejuk di pejabat anda boleh meletakkan susu anda sementara di situ. Anda juga menyediakan ejen penyejuk aiaitu pek ais bagi susu boleh bertahan sejuk sepanjang perahan susu ibu yang disimpan di dalam beg pendingin. Bagi anda yang menghantar anak kepada pengasuh, anda juga boleh menyediakan pemanas botol susu. 

4. Simpan dan kumpul bekalan susu ibu secara perahan

tempoh simpanan susu

Selepas sebulan melahirkan bayi, anda boleh mula mengepam susu ibu bagi membuat persediaan sebelum anda bekerja. Mengepam susu boleh dilakukan setiap tiga jam sekali.

Selain itu anda boleh melakukan teknik tandem pumping iaitu dengan mengepam susu ibu sambil meyusukan bayi anda. Apa yang penting kosongkan payu dara anda sebelum mengepam dan hukum supply & demand adalah penting untuk proses menyusu anak anda. 

Dengan tips yang diberikan diharapkan para ibu-ibu yang bakal menamatkan tempoh berpantang dapat mengaplikasikannya dalam menyusu bayi mereka secara esklusif selama dua tahun dan paling tidak sepanjang enam bulan.. 

Apa yang penting dalam meneruskan penyusuan susu ibu kepada bayi anda, tetapkan matlamat dan berfikiran positif selalu!

Semoga berjaya!

sumber : Majalah PA&MA ; ogos 2014 ; ms/s 4

One thought on “4 Tips Penyusuan Susu Ibu Sebelum Si Ibu Kembali Bekerja

Leave a comment