Perlukah Kita Mengambil Sarapan Pagi Setiap Hari?

As salamualaikum dan Salam Sejahtera!

Mungkin ada yang merasakan sarapan pagi ini tidak penting dan tidak kisah jika tidak diambil.. Tetapi sebenarnya sarapan pagi adalah perkara atau hidangan penting yang wajib anda ambil setiap hari untuk tubuh badan yang sihat. Teringat pesan orang-orang tua di mana sarapan perlu diambil untuk kekal sihat dan langsing serta kesihatan fizikal dan mental yang baik.. 

Kepentingan sarapan pagi ini disarankan oleh pakar pemakanan sendiri dan kajian yang dijalankan kepada mereka yang mengambil sarapan pagi menunjukkan mereka lebih langsing, menikmati kualiti hidup berkualiti, daya pemikiran yang baik, ceria dan sentiasa berfikiran positif..

Namun kesilapan masyarakat ini apabila mereka mengabaikan sarapan pagi dengan alasan yang pelbagai antaranya kesibukan kerja, tidak sempat makan, tidak selera nak makan pagi dan bimbang berat badan naik. 

Di dalam islam itu sendiri menyarankan umatnya bersahur apabila hendak berpuasa menggantikan sarapan pagi bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Bersahur ini bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh badan seseorang tetapi juga amat digalakkan dalam islam itu sendiri.

Dalam riwayat Ibnu Hibban “Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air”. Ini menunjukkan bahawa sarapan pagi itu amat penting untuk tubuh badan kita walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma ia mampu memberi perubahan yang jelas pada diri seseorang. Jadi anda tidak boleh memandang rendah kepada kepentingan sarapan kepada tubuh badan kita yang telah dicipta sempurna oleh Allah.

Pengambilan sarapan juga bergantung kepada aktiviti anda dan sebaik-baiknya mengambil sarapan dalam 300 hingga 500 kalori. Sarapan juga boleh meningkatkan berat badan sekiranya pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi ketika sarapan. Begitu juga makanan yang kurang berkhasiat akan menyebabkan pertambahan berat badan terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, tidak bersenam dan gaya hidup yang kurang aktif.

Sarapan pagi yang perlu dielakkan seperti makanan berminyak, bergoreng dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Antara makan tersebut roti canai, nasi lemak, kek, ayam goreng, mee goreng dan banyak lagi. Sarapan yang disarankan pula adalah makanan yang mempunyai serat tinggi atau karbohidrat kompleks seperti gandum, bijirin, buah-buahan, susu rendah lemak, kurma dan madu.

KENAPA SARAPAN PENTING KEPADA TUBUH???

1. Memenuhi Nutrisi yang diperlukan tubuh badan setiap hari 

Pemilihan sarapan pagi yang baik adalah sarapan yang lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi nutrien seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat yang rendah, lemak yang rendah dan air. Malah pengambilan sarapan yang baik seharusnya makanan yang memberi tenaga yang berpanjangan sepanjang hari, dapat memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan mengawal keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dengan waktu makan tengahari.

2. Meningkatkan daya tumpuan otak 

Sarapan yang baik untuk tubuh adalah sarapan yang menyediakan tenaga segera yang penting kepada sel-sel otak untuk berfungsi dengan baik. Sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen adalah sebahagian besar digunakan pada hari-hari sebelumnya. Dengan pengambilan makanan yang mengandungi glukosa ia dapat digunakan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan seseorang. Dengan adanya glukosa badan akan bertenaga dan dapat menumpukan perhatian.

3. Menurunkan berat badan 

Menurut Zuckerbrot,R.D sarapan pagi yang diambil ketika perut masih kosong akan meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori akan menjadi lebih baik. Namun semua adalah penting kita lihat apa makanan yang kita ambil sama ada yang berkhasiat ataupun sebaliknya. Sebagai contoh makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana seperti donut akan menaikkan kadar glukosa tetapi akan turun dengan cepat yang menyebabkan anda rasa cepat lapar. Karboidrat kompleks sangat sesuai untuk diambil kerana mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula dan dicerna dengan lambat yang akan memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama.  

4. Mencegah penyakit jantung

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melewatkan sarapan mempunyai kolestrol buruk LDL berbanding mereka yang mengamalkan sarapan sihat dan bernutrien serta tinggi serat. Menurut Havard Nurses Health pengambilan serat yang tinggi dapat menurunkan risiko penyakit jantung 50%. 

Haaaa nampak tak kepentingan sarapan pada tubuh badan kita?? Sekarang ni tidak terlambat untuk ubah gaya hidup anda kepada lebih sihat. Badan bukan nak pakai kejap je jadi hargailah tubuh anda dan berilah makanan yang berkhasiat untuknya.. Selamat beramal! Ok lah jumpa lagi kita di lain entri.. 

2 thoughts on “Perlukah Kita Mengambil Sarapan Pagi Setiap Hari?

Leave a comment